Mahalnya Ucapan Terima Kasih
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Apa khabar semua? Harap sihatlah hendaknya ya. Bila dah cuti mengajar ni rasa dah lama pulak tak membebel kat student yang malas2 tue. So, amik inisiatif membebel kat blog jelah. Terasa rindu pulak kat student. Tahniah diucapkan pada yang berjaya dapat result dengan cemerlang. Alhamdulillah result student semua bagus dan lulus dengan 0% kegagalan. Bila dapat result bagus ni memang tak putus2 dapat message terima kasih dari student. Happy la tue..
Hmm.. Terima kasih, dua patah perkataaan yang tak ternilai harganya malahan ia tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tapi kenapalah manusia ini susah sangat nak ucapkan perkataan terima kasih. Bila tak reti nak ucap terima kasih biasanya orang akan label “ni mesti emak ayah tak pandai ajar anak“. Jangan asyik nak salahkan emak ayah je kalau tak reti nak terima kasih. Kadang-kadang emak ayah dah ajar yang terbaik buat anak-anak tapi anak2 je bodoh sombong lupa daratan. Pastu salahkan emak ayah itu dan ini. Ingat kita yang perlu ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih baik. Bukan hanya menyalahkan orang lain je.
Nak share senario mahalnya ucapan terima kasih yang cik tom alami dalam dunia blogging. Antara keadaan biasa yang cik tom lalui dalam dunia blogging ialah bila blogger tanyakan cik tom bagaimana nak edit dan buat itu ini kat blog. Siap mention harap sangat cik tom reply sebab dah tak tahu nak tanya siapa.*ayat raih simpati.. Cik tom pun jawablah soalan diorang. Lepas tue terus senyap je. Takde reply pun berjaya ke tak buatnya atau terima kasih? Cik tom pergi tengok blog dapat je buatnya. Takpelah kes macam ini memang banyak cik tom terima. Cik tom fikir maybe dia buat sendiri so tak perlulah nak reply kot. Just ignore it.
Kisah kedua pulak, blogger ini nak buat table of content. Banyak kali juga berbalas email duk ajar budak ni. Last2 sekali diam. Tengok blog dia dah berjaya buat dan tengok coding memang betul yang cik tom bagitau dalam email tapi langsung pun tak reply bagitahu berjaya buat or tak or ucap tq ke. Ok cik tom senyap jelah. Aiks lepas sebulan dia email lagi cik tom tanya yang lain pulak. Cik tom fikir masa tue ialah tak baik fikir negatif. Niat mesti ikhlas tolong orang. Konon2lah tak nak balasan. Cik tom reply dan ajar dia lagi. Tup2 senyap jugak. Tengok blog dia berjaya buat! Pastu selang 2 minggu dia email lagi tanya lain pulak. Aih ni dah naik lemak! 2 kali minta tolong tapi satu pun tak bagitahu berjaya atau ucap terima kasih. Susah sangat ke nak ucap/ taip TQ?? Last2 cik tom amik option terus masukkan komen dia dalam SPAM. Hati pun takde geram. huhu…
Kisah ketiga… Ini blogger adik-adik.. Sama juga tanya macam mana nak edit blog. Cik tom okay je nak ajar. Cik tom ajar 2,3 kali tak boleh buat jugak. Pastu duk merayu2 cik tom tolong editkan sebab dia buat tak menjadi. Kesian jugak budak sekolah ni anggap cam adik2 cik tom je. Cik tom suh invite admin dia tak reti pulak. Dia terus bagi id dan password blog dia mintak tolong buatkan. Cik tom pun edit jelah. Dia ucap terima kasih. Tapi tak habis cerita lagi. Tup2 seminggu lepas tue tuduh cik tom edit blog dia dan tukar password blog. Adeh takde masa cik tom nak buat kerja budak2 camtu. Siap suruh cik tom bersumpah dengan nama Allah lagi. Geram tue dah la tolong penat2 ada ke patut tuduh camtu pulak. Cik tom reply bagi jawapan terbaik pastu 2x dia email minta maaf yang sebenarnya dia lupa password. Tapi hati cik tom ni dah terluka. Pengajaran cik tom jangan sesekali accept id dan password email blogger lain!!!
Lepas kejadian tue, cik tom still je jawab pertanyaan blogger cuma kalau dah lebih2 tue terus je cik tom bagi link blog yang ambil tempahan untuk design blog. huhu.. Masalah blogger dari dulu sampai la sekarang kalau tak respon sebarang pertanyaan blogger tue akan di cop SOMBONG, KEDEKUT, BERLAGAK!! Tapi kalau dah biasa experience contoh 3 kes kat atas ni boleh jadi serik nak melayan kerenah. Harap entry ini dapat buka mata blogger kat luar sana yang asyik duk buat entry kutuk2 blogger lain.
Itu baru kes untuk soalan niche tutorial blog dari blogger, tak masuk lagi part nonblogger yang tanya soalan jobdirumah, says, senang ke nak buat duit dari blog, kura-kura tak sihat, resepi masakan, nak hilangkan jerawat, nak kurus badan cepat, diploma sains, emas dan lain-lain. Kadang-kadang seronok juga jawab soalan camni sebab rasa cam pakar pulak. hehe.. Tapi kadang-kadang serabut jugak bila tengok email penuh dengan pertanyaan rasa macam kerja kat kaunter pertanyaan je. huk3…
Entry ini bukan tujuan nak kata diri sendiri ini bagus tapi tujuan untuk saling ingat mengingati sesama kita dan juga peringatan buat diri sendiri. Yang pasti ucapan terima kasih dapat menggembirakan hati penerima disamping meningkatkan motivasi untuk buat yang lebih baik. Amalkanlah sifat berterima kasih bermula dari dalam rumah sendiri. Berterima kasih pada ibu bila makanan yang lazat disediakan, terima kasih kepada bapa yang sudi menghantar kita ke sekolah, menyediakan keperluan kita seharian, terima kasih kepada isteri atau suami yang banyak memahami, berterima kasih kepada adik beradik yang sentiasa memberi sokongan. InsyaAllah kalau dah biasa akan jadi amalan hingga ke luar rumah. =)
Ringankanlah mulut memberi tanda terima kasih. Bila sesuatu kerja itu dihargai, semakin semangat orang lain ingin memberi!
Sumber gambar:farisazim
Sharing is caring
sabar ciktom.. dunia blogging mcm2 ragam. lagi popular blog itu lagi byk ragam blogger lagi byk tugasnya.
sabar je..hehe…blog xpopular pun..blog pertanyaan adalah kot..hik3 ;p
okaylah tu dr sudut positif meningkatkan trafik hihihi
ek? tapi ni kes yang pm kat email…huhu..
Bila baca entri cik tom ni, tersenyum sendiri, sebab sudah acapkali mengalami perkara yang sama, bila nak minta tolong, memang tak sempat-sempat hantar email susulan, waktu lain takder pun nak bertegur sapa.
Pasal terima kasih tu dah tentulah susah, perhubungan dengan kita ni hanya sekadar waktu nak minta tolong. Kalau diikutkan hati memang sedih dan kecewa, tapi sebabkan memang dah tetapkan niat nak membantu blogger tanahair, so banyak yang dipendam jer…
Sememangnya ucapan terima kasih itu sudah cukup sebenarnya untuk membuat di pembantu itu rasa dihargai, kalau tak rasa macam orang lain cuba ambil kesempatan semata-mata.
Maaf teremosi pula… -_-
xpe eizil..cik tom faham situasi eizil..
kadang2 banyak pendam pun xbagus jugak utk kesihatan tuan blog..
better luahkan..hati pun rasa lega..baru org faham situasi kita mcm mana dan xdelah asyik nak mendesak je..
diorg kn faham yg tak semua blogger 24hours depan pc..dan bila dah diluangkan ms utk bantu septtnya diorg appreciate..
tq pun dah ok..bukan suh buat entry bgth smua org pun…huhu
cuma risiko entry cam cik tom maybe tak semua orang suka dengan apa yang di share..
tapi xpelah ini kan blog cik tom..kalau xsuka jangan masuk..hehehe ;p
hehe..bro teremo disitu..kui3..
takpe bro ..luahkan je..
hehehe
macam2 dugaan jadi seorang blogger.. ^_^
tue yg mahal & seronoknya..hehe
Cik Tom tolong editkan blog buleh? Saya bagi id dengan password 🙂
Tak apa la cik tom, kita tolong orang ni, esok lusa orang lain pulak yang akan tolong kita.
Bila sampai giliran kita mintak tolong, In Shaa Allah pertolongan untuk kita tu akan sentiasa ada.
Sepanjang saya tulis blog… orang duk tanya pasal Air Asia. Tanya term and condition, dan macam-macam lagi.
Tak pe… steady. Mana yang memang saya tahu saya tolonglah jawab, wlaupun kadang2 terasa diri ni dah macam Air Asia customer service 🙂
Terima kasih manusia ni murah… tak dapat pun tak pe 🙂
xpayah ciktom edit..sabree lg pro kot…hee…
thanks atas pandangan sabree…betul2 brainwash ciktom…
byk kekhilafan ciktom jgk tanpa sedar…
insyaAllah akan cuba perbaiki lagi diri utk tolong org lain wlpn xde penghargaan terima kasih.
terima kasih manusia memang murah je..keredhaan dari Allah yang lagi penting.. 🙂
dunia yang byk ragam, bukan setakat blogging saja kan
eh nape cik tom nak masuk blog tak boleh?? tengah edit theme ek..
ada atur benda sikit kot…skrg ok x?
oh patutlah..skang dah ok 🙂
Terima kasih cTom kisah ini akan akan jadikan sebagai pedoman untuk diri sendiri….jangan serik kalau akak minta tolong tau!hihiiii…
dont worry akak…insyaAllah cik tom akan tolong..hehe…
Gerun juga kalau kena bab tuduh tukar password tu. Hilang habis kredibiliti kita jika difitnah merata-rata.
nasib baik dia email je..xfitnah pun kat orang lain..tapi adik ni dah minta maaf cuma tue sedih kaw2 dia tuduh..xpelah pengajaran buat diri ciktom..
itulah dunia cik tom.. kita buat baik last2 kena tuduh mcm2. memang sakit hati bila diingat balik tp tak pelah. tuhan ada dan maha adil.. kan?
part kena tuduh memang sedih gak..tapi fikir2 balik budak2 sekolah maybe tak matang..kdg bagus jgk baca pendapat kwn2 ni..jd positifkan balik minda..thanks ye 🙂
memang kebiasaannya begitu. ada masanya mereka yang meminta pertolongan kita..dengan ayat memerintah atau memaksa.
bila dah tolong begitulah jadinya… ucap terima kasih pun tidak.
juga insan2 sebegini jarang ingin memajukan diri utk belajar. asal ada masalah, mereka arahkan kita membantu..bila dah ok,senyap. kemudian mengarah lagi..
mendesak pun adalah jgk..xpelah ciktom akan cuba hadapi dgn lebih professional akan datang..huhu
ps: xboleh bukak r blog ladfe amir…
memang tak boleh sejak tengah malam tadi. rasanya server bermasalah
smlm pun sekejap blog ciktom prob..tp hantar support server..alhamdulillah xsmpi 10 minit dah ok..
moga ilmu yg ciktom sampaikan selama ini akan mendapat ganjaran yg setimpal dariNya. Ilmu bermanfaat ini pahalanya bkn sahaj kita dpt semasa hidup, malah masa kita dah mati esok2 pon ianya akan terus berjalan. Inilah yg disebut dlm hadith tentang 3 amalan yg tidak akan terputus pahalanya:
1. sedeqah jariah
2. ILMU YG DIMANFAATKAN
3. doa anak yang soleh
terima kasih ciktom sbb sudi berkongsi.
thanks atas ingatan tue..kena rajin konsgsi ilmu dan tak lokek utk mengajar orang lain…
org yg tak reti bagi terima kasih ni sama dengan org yg tak bersyukur.
aah pernah dengar time ustaz bagi ceramah yang terima kasih ni diumpamakan dengan bersyukur dalam Islam..kalau tak tau terima kasih maknanya tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..thanks remind cik tom point tue..
sabar je la cik tom…maybe dia terlupa kot… (ada ke kes terlupa byk kali…hmmm….no komen)
ok maybe jugak…ada manusia short term memory..
Salam.. Lama tak singgah blog Cik Tom.. Harap Cik Tom sihat2 belaka.. Biasalah tu Cik Tom, kalau pasal ucapan terima kasih dari anak murid memang dah selalu hadapi.. Tak mengharapkan pun, cuma apalah salahnya jumpa kita untuk kongsi kejayaan mereka..
Sabar ye Cik Tom.. Karenah manusia ni pelbagai.. Macam kes Cik Tom tu, lepas ni rasanya baik Cik Tom tolong sekadar mampu je.. kalau mereka nak lebih, cadangkan mereka pergi pada yang ambil tempahan edit blog.
Ok semoga Cik Tom selalu ceria dan jangan sedih2 ye..
wslm..alhamdulillah cik tom sihat akak..semoga akak pun sihat dan ceria2 selalu ye…
alhamdulillah anak murid ada yang bg penghargaan terima kasih ada yang tak..tapi xkisah sebab niat nak mengajar diorang yang terbaik..cuma seronok bila diorg kongsi kejayaan dengan kita kan akak…
aah cadangan akak tue memang cik tom dah praktis lepas kes ketiga tue..hee…ciktom tak sedih pun akak..ni saja kongsikan pengalaman blogging dan juga untuk renungan bersama+diri ciktom..
mcm2 hal rupanya yg cik tom lalui ya..mmg elok share sini. buat panduan/pengajaran bersama. Bukan senang rupanya jadi blogger bernama Cik tom ni.
*gamba derma tu, tak payah izin2 pun..mmg elok disebarkan. 🙂
br beberapa cerita cik tom share..tak masuk lagi part yang lagi dahsyat terpaksa dirahsiakan dan banyak kisah lain lagi insyaAllah akan share dari masa ke semasa ikut kesesuaian n tahap sensitiviti..hhuhu…tue semua pengalaman yg mematangkan dlm dunia blogging =)
Terima Kasih Cik Tom..banyak maklumat dapat dari blog Cik Tom ni..tapi xdapat nak apply..terima kasih sebab berkongsi ilmu =)
sama2..apa yang tak dapat apply?? huhu.. tue terima kasih dah apply point dlm entry ni mulakan diri dengan biasakan ucap terima kasih..hik3 ;p
Rasanya ini adalah antara perkataan yang paling susah nak sebut kalau kita tak selalu menggunakannya…sam jugak dengan minta maaf…ramai yang fikir dua tiga kali nak sebut dua perkataan ni coz selalu fikir tak penting atau perkara kecil aje..so tak perlu ..hmmm
yup minta maaf lagi susah nak sebut dari terima kasih..kerana ego manusia yang terlalu tinggi..
Asam garam jadi blogger ciktom…BTW, ciktom banyakkan bersabar ye… rasanya ramai antara kita yang pernah lalui pengalaman yang sama ngan ciktom especially kes 1 & 2 tu.
Kalau kes no 3, sekrang ni sy memang awal2 lagi menolak sebab pernah kena hampir sama ngan kes ciktom. Tapi, itu semua dah lama berlalu,..
bila umur dah makin meningkat, pengalaman yang berharga (sendiri & perkongsian) banyak mengajar kita utk lebih hati – hati dan matang dalam membuat keputusan.
Banyakkan bersabar ciktom & keep on smiling. Peace!
kalau shraqs mesti lg byk pengalaman blogging kan..bagus jgk pengalaman camni mengajar erti kesabaran dan lebih menghargai orang sekeliling..pengalaman seiring dengan dengan peningkatan usia…buatkan kita lagi matang dlm pemikiran.
dunia blogging, mcm2 hal bleh berlaku..dugaan,
semoga cik tom terus jadi blogger yg hebat lagi lps ni ^^
yup..tp dunia luar lagi byk dugaan dr blogging..so hati mau kental..hee
betul tu cik tom..hati mau keras mcm batu..haha
baru boleh berjaya!
haha..mcm2 kerenah orang ni..kalau ada sy terlupa nak ucapkan terima aksih, sy mintak maaf yer..kadang2 waktu kalut memang akan terlupa..lepas tu ada sahaja perkara lain datang menggangu..terus lupa nk ucapkan terima kasih..hehe..TERIMA KASIH cik tom atas pertolongan selama ni..Hehe..harap halalkan…
sama2 hafizul…hafizul tak termasuk golongan ni..hehee…terima kasih sudi berkawan dan singgah ke blog cik tom ye.
Macam2 dah cik tom lalui yer, yup manusia memang susah nak ucap terima kasih..PM secara berdepan dah jumpa manusia mcm nih, contoh nyer setiap kali selepas adjust or cuci spec customer, dia blah mcm tuh jer..say tq pun tak, tapi PM dah biasa..
PM mesti lg byk pengalaman customer kan..kdg2 diorg mindset dah bayar buat apa terima kasih..mmg xpatut..budi bahasa tue kan budaya kita.
Hakikatnya, ucapan terima kasih itu sangat bererti dan merupakan hadiah paling mahal. orang tidak berterima kasih ni sama seperti orang tidak bersyukur….
yup betul tue…tp manusia skang dah byk terpengaruh dgn hidup barat..hee
Hai ciktom,
Harap siapa yang baca entry ni akan berubah hatinya satu hari nanti. Harap ada kesedaran dalam diri. Tidak perlu terlalu ego dan sombong sesama manusia, kelak nanti kita pergi ke tempat yang sama.
yup xperlu ego dan sombong..
jadi..jadilah cikgu disekolah..sebab lepas habis kelas.. budak-budak mesti cakapppp..
“terima kasih cikgu!”
selagi tak cakap..cikgu takkan keluar kelas. hihi..
aah jadi cikgu best..jadi lecturer ada yang ucap terima kasih tapi tak satu class lah..hahaa
Blogger yang bagi ID dan password tu memang blogger yang teruk tahap gaban,tak berbudi bahasa,tak kenang budi,bermasalah dan macam2 lagi sifat negatif..geram je saya dengar..
Errr..Cik Tom,tolong edit blog saya bleh?Saya bagi ID dan password..tolong la…….
sabar2…rs hairul pulak yang emo ni..hehehe…
berterima kasih amalan yg mulia..setiap kebaikan mesti dibalas dgn ucapan terima kasih..
macam 2 orang..harap bersabar je cik tom..
artikel ni bukan untuk dunia blogging je..amalan terima kasih patut dijadikan amalan diluar blog jugak.hee
saya pon pernah kena mcm ni gak, tp 50% ucap terima kasih, ok gak la, hehe
oklah tue..budi bahasa budaya kita..
Sabarlah cik Tom, yang pasti ada ramai lagi insan yang tidak akan lupa jasa cik tom termasuk Pemikir yang kerdil ini. TERIMA KASIH Cik Tom…
terima kasih sudi singgah ke blog cik tom ye.
Mahal nilai 2 patah perkataan ini. Asam garam kehidupan seorang blogger. Mahukan jalan pintas untuk mendapatkan bantuan.
tak bertanya sesat jalan..tapi adab or cara bertanya tue salah..
sabar tau ciktom… kesian jugak dengar cerita ciktom tu.. memang tak patut sebenarnya….hmmm.. takpe lah cik tom. yang penting ciktom ada ramai lagi kawan yang tau menghargai ciktom… terima kasih ye ciktom sebab sudi jadi sahabat alam maya saya…. terima kasih… 🙂
terima kasih boni yang kacak sudi kawan dengan cik tom comel..hahaa
beberapa tahun dulu Menteil pun pernah buat entri macam ni. memang ramai yg susah nak ucap terima kasih sama ada dalam alam maya ataupun realiti.
menteil? siapa tue? blogger jugak ke? realiti memang manusia susah nak ucap terima kasih walau kat mana2 pun.
Salam..
dah biasa dah cakap ucapan
terima kasih nih..sampai kat
orang yang marah saya pun
saya ucapkan “terima kasih”
btul tuh ..
dlu msa skolah pn sy gitu ..
cikgu mrh, sy ckp terima kasih gak ..
skrg ..
bos mrh2 .. pastu sy blah smbil senyum dn ucp terima kasih gak ..
hehehehe ..
baguslah are_rull ni…marah pun terima kasih…keep it up!
mmg bagus apa yg bro buat tue…maybe kalau yg marah pun jd xmarah..sejuk hati..hee
Sabar ciktom.. bila baca kisah blogger adik-adik tu ibarat melepaskan anjing tersepit je. dah tolong gigit pulak kaki kita. Jadi, yang penting kita reda. lapangkan dada dan ingatlah setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya…
maybe budak2 dia tak tau lagi nak berfikir..ciktom pun dah maafkan cuma pasni lebih berhati2 nak tolong orang.
terima kasih cik tom!
sy plg suka entri2 cik tom y bkisar nsht spt ni ..
bkn dlm dunia blogging je .. dlm dunia realiti lg byk dramanya .. berat sguh mlt nk mgucpkan “terima kasih” tu .. heran dn pelik jugak manusia2 skrg ni .. hu3
sama2 yunk..sekali sekala ubah niche penulisan..asyik komisen je lately ni bukan semua orang suka..hee
Sebelum terlupa. Rasa dah sebut dalam email. TERIMA KASIH CIK TOM! Banyak menolong Mummy! Mwahssssssssss (peluk ketat-ketat)
Heheheheheh
dah cakap da mummy…sama2 mummy..tak banyak pun tolong..setakat yang cik tom tau..cik tom doakan mummy semakin sukses dalam dunia blog dan juga kehidupan seharian..amin..
Siapa tolong Mummy for sure dapat kiss (XX) dan pelukan yang ketat-ketat (oo)
Dan juga icon <3 Love~
kl blogger lain baca ni mesti suke..ehee
Hahaha
Ciktom , akk pun ada pengalaman macam ciktom , tp tkpe la ..redo jek .. huuu~
xpe redha je la..hehe
Terbaik ar entri ni. Jujur dan ikhlas. Best.
Gitulah manusia. Masa nak, habis cara nak. Dah dapat, lupa nak terima kasih. Bukan kena bayar pun…hehehe
Yg tanya pasal kura2 pun ada…dasat keyword yg masuk blog cik tom ni…hehe
thanks bro..berdasarkan experience…hee..
oh kura2 tue sebab dulu ciktom pernah bela kura2 n mmg ada buat entry dan fanpage kura2..heehe