Nikmati Masakan Western Murah Sedap di Eye Steak Kilang Bateri

Assalamualaikum dan salam sayang.. Hujung minggu yang lalu geng JDT Blogger ada mengajak ciktom join mini gathering di Eye Steak Kilang Bateri. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan Uyul asyik duk tayang gambar menu masakan dalam group whatsapp JDT Blogger. haha.. Kebiasaan ciktom agak sukar nak join gathering atau event JDT blogger anjurkan oleh sebab Adira masih kecil lagi dan lokasi agak jauh.

Tapi Alhamdulillah kali ni ciktom berpeluang join dan dapat green light dari suami. Al-maklumlah Restoran Eye Steak tu bersebelahan kedai toys favourite padin, Collector Paradise. haha.. Ciktom memang recommend korang datang makan ke sini dengan lokasi yang strategik di tengah bandar Johor Bahru plus slot parking yang banyak.

restoran eye steak

Antara pilihan menu yang ada macam mana tak rambang mata nak pilih mana yang nak order.

Padin pening fikir nak order menu apa sebab dia tak makan pasta. hihi…

Sementara tunggu makanan siap, ciktom bagi adira makan kenyang-kenyang dulu. Kalau keluar ciktom memang standby bubur dan biskut untuk dia gigit2. Tak lupa juga toys kesukaan dia   supaya dia tak bosan.

Sebenarnya planning awal ciktom nak celebrate anniversary sekali kat sini. Ciktom siap order Happy Box dengan Sunah tapi sayang oleh sebab mood suami  ciktom tak berapa  elok. Plan tu terpaksa tunda lain kali. huhu..

Kami makan Marinara Pasta, Stirlon Steak, Jumbo Green Tea, A&W Float dan milo kosong panas. Geng2 JDT blogger ada offer ciktom rasa menu diorang order juga tapi sebab pegang adira tengah aktif tak sempat nak merasa yang lain. Tengok semuanya sedap dan mengiurkan.

Marinara Pasta

Meatball Pasta

Bolognese Sphagetti

Chicken Parmigiana

Carbonara Pasta

Grilled Lamb Chop with Aglio Olio Pasta

Fajitas Chicken

Sirlion Steak

Secondtime jumpa sunah yang kekonon kembar di facebook. Yelah bila sunah upload gambar ciktom selalu dapat notification nak tag muka ciktom tak kat gambar sunah. Sama ke idok??hehe..

Marinara Pasta ni ciktom highly recommend untuk pengemar seafood. Memang sedap. Sirlion steak tu pun sedap especially blackpepper sos. Rasanya kalau korang makan tak cukup tau makan satu mangkuk kecil tu sedap sangat! Jumbo green tea tue kalau lagi pekat green tea confirm lagi sedap! Ciktom ni memang addict air green tea.

Padin cakap tengok sedap Fajitas Chicken yang kawan JDT blogger order. Dia ajak ciktom repeat makan lagi lain kali menu Fajitas Chicken dan cheezy wedges. Ok  deal!

Pada korang yang nak ke sini jom;

Eye's Steak Kilang Bateri 
Kilang Bateri @ Warehouse, 
No.83, Jalan Tampoi, 
81200  Johor Bahru, Johor. 
Facebook: Eye's Steak - Kilang Bateri 
Instagram: @eyessteak_bateri

Restoran Eye’s Steak ni terletak hujung sekali di area TRAFO. Di buka setiap hari pada pukul 5 pm-12am.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Nikmati Masakan Western Murah Sedap di Eye Steak Kilang Bateri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!