Permainan Online Beri Pengalaman Berbeza
Permainan Online Beri Pengalaman Berbeza | Tidak kira peringkat umur, kanak – kanak atau dewasa pasti menyukai permainan video. Kanak – kanak era lewat 80an dan awal 90an yang pernah bermain permainan lagenda seperti Super Mario dan Street Fighter kini dalam lingkungan umur dewasa pasti masih meneruskan hobi ini dengan permainan video yang lebih moden dan menarik.
Suami ciktom ni salah seorang kategori kanak – kanak 80an yang masih aktif dengan permainan video. Cuma yang tak merisaukan tu dia tetapkan masa tertentu untuk bermain. Yelah, kalau tengok news sekarang ni takut juga kan kesan negatif ketagihan permainan video ni.
Pro Evolution Soccer: Permainan Video Sepanjang Zaman
Okeh, ciktom nak kongsi suami ciktom ni suka permainan video Pro Evolution Soccer (PES). Ikutkan cerita mak mertua, Padin bermain bola tepuk bermula 1994, sehinggalah abang dia beli PlayStation 1 pada 2004. Dah bekerja, Padin beli pula PlayStation 2 pada 2010 dan sekarang bermain PES di smartphone.
Dia cakap PES ni merupakan salah satu permainan video yang terbaik! Yelah, ciktom ni mana lah tahu game yang terbaik atau tidak. Jadi suatu hari, ciktom sengaja tanya,
“Apa yang menariknya game PES ni? Sampaikan hari – hari main?”
Permainan Online Beri Pengalaman Berbeza
Permainan video online nyata memberi pengalaman berbeza. Kalau sebelum ini, bermain PES di PS1 atau PS2, terbatas permainannya melawan komputer. Lagi pulak features yang disediakan agak statik dan kurang berkembang.
Berbeza dengan permainan online, features yang ditawarkan lebih dinamik malah boleh menunjukkan kemahiran dengan lawan sebenar. Korang boleh lawan dengan kawan – kawan yang korang kenal dengan features “local matches”, atau menentang pengguna online yang lain. Baru boleh uji kemampuan dan kemahiran di tahap mana.
Bina Kesebelasan Utama Idaman
Korang boleh bina pasukan atau kesebelasan utama idaman korang. Macam biasalah, nak bina pasukan ni bukannya sehari dua atau semudah petik jari. Ada teknik dan trick yang korang boleh guna, tapi kalau asyik guna trick je tak best juga kan?
Korang boleh dapatkan player melalui Scouts, Agents ataupun Scout Auction. Ada yang free, ada yang perlu menggunakan coins (dikumpul melalui permainan atau requirements). Yang menjadi menarik, player diberikan beberapa kategori iaitu White Ball, Bronze Ball, Silver Ball, Golden Ball dan yang paling power Black Ball! Fuhhh….
Pilih pemain terbaik korang untuk beraksi dalam “Challenge” yang disediakan (maybe daily, atau special events), yang menawarkan rewards tertentu.
Beraksi Dengan Lagenda
Berbeza denga PES edisi PS1 atau PS2, aplikasi PES ini menawarkan pemain – pemain lagenda seperti David Beckham, Zico dan Maradona. Korang boleh blend pasukan fantasi dengan pemain semasa dan pemain lagenda. Nak dapatkan player ni mungkin susah juga sebab dia muncul pada special event. Jadi jangan terlepas pandang untuk pemain lagenda ni.
Dynamics Player Abilities
Ini juga merupakan salah satu faktor menjadikan PES di antara permainan video yang terbaik. Player Abilities boleh ditingkatkan melalui pengalaman beraksi dalam kesebelasan utama, ataupun korang boleh melatih pemain dengan “special trainer”.
Maksudnya, kalau korang ada Neymar dan pasukan lawan juga ada Neymar, boleh jadi kemahiran dan kemampuan kedua – dua Neymar ini adalah berbeza. Menarik, bukan?
Pasukan Fantasi Padin
Ini merupakan pasukan fantasi Padin, yang disnap pada 4 September. Kononnya ini adalah pasukan terkuat. Tapi kalau tengok ranking online, kedudukan Padin masih dalam ranking ratus ribu, worldwide. Jauh lagi nak jadi juara dunia ni, hehee
Permainan Video: Hobi Sihat Jika Kena Gaya
Panjang lebar juga kan jawapan kepada soalan ciktom di atas. Dah jadi macam info tentang permainan online pulak. Bagi ciktom, permainan video ni hobi yang sihat jika kena gaya. Nak menyokong tidak, nak melarang pun tidak. Selagi suami ciktom tidak ketagih sehingga mengabaikan tanggungjawab pada kerjaya dan keluarga, biarlah dia bermain. Nampak depan mata ciktom, hehe.. Nak dapat lebih info tentang permainan online? Layarilah MyGameOn.
So, korang pula suka permainan online yang bagaimana?
Sharing is caring
kalo game online ni, yg pernah ketagih lama macam candy crush, dan yg ala-ala candy crush..tapi sekarang da tak main da..da lama tinggal..kalo time ketagih tu, sampai masuk mimpi mainnye..hahahah
Jom baca entri terkini sunah sakura …Sekilas Ku Teringat
Kalau internet laju dan kurang tergendala, lg syok nak main.. huhuu
Jom baca entri terkini Padin …Bercuti ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion
Wowww hebat ar CT..
Lin kalau bab permainan online ni memang mengalah le..lagi kalau nak menulisnya..
Takde pengalaman..Kalau anak ye laaa..teror bab online game ni…
org lelaki dgn bole memang xdpt dipisahkan..try la main dekat ps4 pula..baru best..hehe
Wah.. Review Games pulak ni. Memang baru keluar PES 2019 ni.
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …Pemasangan Sticker RFID Pilot Test
tak salah bermain game kalau pandai bahagikan masa. dulu masa saya bujang, zaman belum ada anak, rajin juga layan game kat pc.
Jom baca entri terkini mar mansor …Pokok Petai Belakang Rumah
orang lelaki lah yang lebih suka dengan permainan online ni kan…hahaha..tapi kalau layan syok jugak ciktom
dah lama dah tak main game. sebab tak nak terjebak. takut nanti bila dah start, x boleh nak stop. hehe
Jom baca entri terkini nikkhazami …Cara Daftar iFlix