Rancang Percutian Impian dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018!
Assalamualaikum dan salam sayang..Kali terakhir ciktom pergi bercuti bersama suami pada April 2017 di Jakarta, Indonesia. Kemudian ciktom terpaksa simpan sementara semua niat percutian impian ciktom selepas ciktom mengandung dan pernah bleeding masa 3 bulan mengandung. Doktor nasihatkan elakkan buat aktiviti lasak.
Yelah masa tu juga fikir save duit untuk segala persiapan untuk beli kelengkapan baby yang bakal lahir dan masa berpantang. Al-maklumlah anak pertama segala persiapan perlu beli baru, lainlah kalau dah anak 2,3 orang. Mungkin boleh guna barang kelengkapan anak sebelumnya.
Sekarang anak ciktom, adira pun dah makin besar nak masuk 8 bulan. Rasanya sudah tiba masanya ciktom buka balik segala percutian impian ciktom.
Ciktom memang suka travel di dalam dan luar negara semenjak dari zaman bujang lagi. Antara percutian luar negara yang ciktom pernah jejaki ialah Thailand, Korea Selatan, Vietnam dan Indonesia. Seronok timba pengalaman di negara orang sambil jalan-jalan makan angin.
Ciktom bercuti selama 3 hari 2 malam sambil cari ilmu meniaga dan supplier di Jakarta. Apa yang menarik memang kreatif dan inovatif produk2 hasil keluaran orang kat sana. Makanan pun sedap serta pelbagai. Sepanjang di Jakarta ciktom sempat berkunjung ke Tanah Abang, Monas (Monumen Nasional) dan Masjid Istiqlal. Kalau lama-lama stay sana mesti cepat gemuk. Haha..
Manakala percutian 3 hari 2 malam turut secara backpacker di Vietnam ialah bandar Ho Chi Minh syurga shopping bagi rakyat Malaysia. Sehinggakan boleh dikatakan majoriti peniaga di sana pandai berbahasa Melayu dan mereka turut menerima matawang malaysia untuk urusan jual beli. Antara tempat yang popular dan menarik untuk dilawati ketika bercuti ke Ho ChiMinh ialah Ben Thanh Market, Night Market, Delta Mekong, Cu Chi Tunnel, Ho Chi Minh City Central Post Office serta banyak lagi.
Tapi dalam banyak kenangan bercuti ke Vietnam yang paling ciktom tak boleh lupa ialah ciktom bukanlah penggemar kopi tapi selepas rasa kopi vietnam terus ciktom jatuh cinta pada rasa kopinya yang lazat lemak berkrim. Hihi..
Percutian ke luar negara paling lama ciktom pergi ialah ke Korea Selatan selama 8 hari 7 malam. Ini pengalaman percutian paling best dan juga memenatkan kerana turun naik tangga subway yang bertingkat-tingkat. Huhu..
Gambar ni kat Lotte World. Memang enjoy dapat masuk ke sini cuma sayang kami masuk lambat. Kalau masuk awal banyak tempat boleh round dan try main. Antara tempat yang ciktom lawati kat sana ialah Nami Island, Petite France, Itaewon, Lotte World, Hello Kitty Cafe, Namdaemun dan yang lain pernah ciktom share dalam itinerary ke Korea.
Nak bercuti ke Singapura ke Lombok??
Next destinasi percutian impian yang ciktom rancangkan samaada Lombok atau Singapura.
Rancang Percutian Impian dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018!
Setiap kali nak travel, kebiasaannya ciktom akan rancang segala percutian terlebih awal dengan menempah tiket penerbangan dan juga hotel. Kalau dulu nak tempah tiket dan hotel kena buka dan check website berlainan. Kini mudah je nak buat tempahan dengan hanya menggunakan aplikasi atau website Traveloka.
Korang boleh buat tempahan tiket kapal terbang dan hotel di dalam mahupun luar negara. Ciktom prefer download dan buat tempahan melalui apps Traveloka di smartphone. Lagi senang dan interface apps pun mesra pengguna.
Ciktom start jadi pengguna setia Traveloka semenjak tahun 2016. Masa tu tempah flight dan hotel honeymoon ke Sabah memang berbaloi dan murah dengan menggunakan kupon diskaun. Kalau ikut suami kursus pun memang ciktom akan tempah hotel 4-5 bintang menggunakan kupon diskaun. Best tau dapat stay kat hotel banyak bintang tapi dengan harga yang murah! Pernah ciktom tempah hotel di Putrajaya untuk bilik biasa tapi oleh sebab tertentu ditukar dapat suite room terus. Rezeki tempah hotel dengan Traveloka.
Selalunya kaki travel akan tunggu event Matta Fair untuk grab harga dan pakej perlancongan murah serta mampu milik yang banyak ditawarkan oleh syarikat perlancongan. Sempena berlangsungnya Matta Fair 2018, Traveloka Sale-abration 2018. It’s back! Kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran yang menarik dan mengugat hati jiwa korang.
Traveloka turut menawarkan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera sahaja. Yang best sangat diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. Tertakluk kepada terma dan syarat. Paling penting NO Booking Fee tauuu!!!
Harga yang tertera di website/ apps Traveloka ialah harga sebenar tanpa tiada harga tersembunyi. Itulah rahsia kenapa korang patut memilih Traveloka sebagai website yang dipercayai untuk membuat tempahan tiket kapal terbang mahupun penginapan.
Jomlah korang cepat-cepat rancang percutian dan tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Tempoh tempahan bermula selama seminggu je tau dari 4 September sehingga 10 September 2018.
Jangan lupa check out Traveloka Sale yang berbaloi seakan-akan Matta Fair 2018!
Sharing is caring
jomlah kita bercuti pulak ke seengapore
memang best kalau dapat pergi bercuti dgn family kan ciktom..
Halahhh halahhhhh adiraaaa yg comel. Eii gewammmm.
Jom baca entri terkini Uyul Cantik …AWAL BULAN MEMANG SIBUK DARI BIASA
Teringin nak bawa famili besau saya melancong ke luar negara belum kesampaian lagi.
Peluang baik ni, kena grab satu ni…
Jom baca entri terkini Zumal …SAFI DERMASAFE – PRODUK TERKINI LEBIH MESRA KULIT !
Saya pun teringin nak bawa family bercuti ke luar negara nanti
Jom baca entri terkini Wan Zawawi …JANGAN KETINGGALAN UNTUK REBUT PROMOSI DI MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION
skrng tengah minggu Matta ni banyak sungguh promo. kalo ada ongkos menarik merembat hehe..
amboi Adira.. nak pegi mana tu…
nak ikut
Liez tak pernah g luar negara selain singapore..tak berkesempatan lagi..
skrg plan saving utk ke korea..
Best jalan-jalan kalau dapat harga mampu milik ni. Ada pula si kecil menemani. Pasti memberi pengalaman berbeza.
Jom baca entri terkini Afiffuddin …Belajar Cara Menaip dengan Cepat, Pantas dan Laju
jakarta best..rasa nak repeat lagi..kat sana transport murah..hitel pon murah..cuma macet ja..teringin nak bawa anak2 enjoy naik bajaj
Jom baca entri terkini zara …Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara Semulajadi
tahniah ciktom, ada baby. saya lama tak blogwalking tak perasan perkembangan.
Jom baca entri terkini Raihanah …15 Manfaat Vitamin D Kepada Kesihatan
Wah, seronoknya dapat meluangkan masa bercuti ke luar negara. Banyak perkara dan pengalaman baru boleh diperoleh. Cumanya kena pandai bajet la kan 🙂
ambik peluang time nie la klu nk cr tiket murah2 kn
Jom baca entri terkini farah wahida putra …MAKANAN MURAH DAN HARGA BERPATUTAN DI MAULANA CAFE, PERLIS