Orang dulu berkemban mandi, orang sekarang berkemban tayang body

gambar artis bertudung yang cantik

Macam-macam hal manusia sekarang. Makin ramai yang dah hilang sifat malu malahan makin berbangga menayang body ke sana sini. Teringat pulak kata-kata emak yang perempuan dulu-dulu berkemban apabila nak mandi di sungai kerana takde bilik air macam sekarang. Tapi perempuan sekarang makin bangga pulak berkemban untuk tunjuk body diorang. Gosip paling hot dan terkini ialah fesyen artis pada Malam Anugerah Skrin baru-baru ini.

Paling tak tahan diakhbar-akhbar banyak yang memuji penampilan diorang yang dikatakan begitu berani bergaya. Penampilan yang memukau semua hadirin yang datang. Melambung2 la pujiannya. Kesiannn…. tak saja2 dapat saham free la siapa yang bagi pujian tue. Bukannya nak nasihat malahan menggalakkan lagi. Pelik juga bila fikir kes Faizal Tahir buka baju sampai bergegar 1 Malaysia. Tapi bila artis perempuan buka baju dedah sana sini. Takde pulak nak hairan. Eh dah tertukar bahagian aurat antara lelaki dan perempuan ker?

Bagi cik tom, tak cantik langsung. Bagi yang kurus tue nampak macam papan sekeping je bila mengayakan fesyen camtu. Yang gemuk pulak macam kain sarung bungkus buah nangka je. Huhu… Hurm..artis beginikah yang ingin dijadikan ikon remaja?? Bagi cik tom setuju benar dengan kata-kata wardina safiyah di dalam satu rancangan tv, yang artis ni tidak sesuai dijadikan ikon kepada masyarakat luar.

Kenapa?? Kerana kehidupan diorang penuh kepura-puraan. Yang pasti dunia artis ni taklah seindah yang kita lihat di kaca tv. Cuba renung berapa ramai artis yang kecundang perkahwinan di tengah jalan? Tunjukkan berapa kerat yang benar2 bahagia hingga ke akhir hayat?? Lebih ramai yang hidup melarat hingga tua. Anak abaikan diorang sebagai ibu bapa.Paling dahsyat dah meninggal baru la nama di julang2 seperti P. Ramlee yang sebenarnya ketika di akhir hayatnya telah dipinggirkan.

p/s: malas letak gambar berkemban dari artis. nanti takut dapat saham yang sama.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

33 thoughts on “Orang dulu berkemban mandi, orang sekarang berkemban tayang body

  • January 9, 2011 at 12:43 am
    Permalink

    isu panas ni cik tom:) hehehe.

    Reply
  • January 9, 2011 at 12:59 am
    Permalink

    ehhe..skang ni ramai aurat pompuan ialah MALU..selagi mane rase tak malu..hah bukak le mane yang patut..akhir zaman kan cik tom

    Reply
  • January 9, 2011 at 1:11 am
    Permalink

    erm..artis sekarang kan..pelik2.huhu

    Reply
  • January 9, 2011 at 1:20 am
    Permalink

    hot isu ni…hahahaaha…

    Reply
  • January 9, 2011 at 1:26 am
    Permalink

    Salam

    Cik Tom jangan tayang bodi na

    Reply
  • January 9, 2011 at 2:09 am
    Permalink

    setuju cik tom…faizal tahir kena kaw tapi bila artis perempuan siap puji lagi…memang pelik kan??

    Reply
  • January 9, 2011 at 2:40 am
    Permalink

    kita tak suka la artis sekarang
    tu kalo der jom heboh ke konsert ke
    malas nak pergi

    Reply
  • January 9, 2011 at 2:53 am
    Permalink

    setuju sgt cik tom..
    dunia artis ni byk kepura-puraan..
    tak tau malu dah smpai snggup nak berkemban.. hmmm..

    Reply
  • January 9, 2011 at 3:42 am
    Permalink

    sebab tu dulu seorang artis sendiri pernah cakap tiada artis di malaysia ni yang boleh dibuat idola…

    Reply
  • January 9, 2011 at 4:15 am
    Permalink

    nanti dah tua dok malu sendiri baru sedar diri..

    Reply
  • January 9, 2011 at 4:26 am
    Permalink

    diaorang berlumba2 nakkan dosa.nk wt cmne

    Reply
  • January 9, 2011 at 4:29 am
    Permalink

    salam~
    CikSmile pun setuju sangat dengan entri cik tom kali nie… memang dorang nie dah cetek ilmu agama.. maklum laa masing-masing cuba kejar glamour.. yee dak ???

    Reply
  • January 9, 2011 at 4:54 am
    Permalink

    serius tak suke la artis perempuan skng… sume pakai baju macam tak cukup kain… geli nengok…

    Reply
  • January 9, 2011 at 5:23 am
    Permalink

    setuju dgn ciktom. 🙂

    Reply
  • January 9, 2011 at 5:37 am
    Permalink

    setuju bebeno ngan cik tom…

    Reply
  • January 9, 2011 at 6:11 am
    Permalink

    adik harap kak tom x berkemban di khalayak ramai ye.. hahah.. ;-p

    Reply
  • January 9, 2011 at 6:13 am
    Permalink

    saya sokong cik tom!! 🙂
    kdg2 sedih tgk artis skrg ni. T_T

    Reply
  • January 9, 2011 at 6:19 am
    Permalink

    Tu lah pasal. Wartawan pun sama tergoda terliur tgk artis wanita serupa bogel je pergi majlis. Siap puji puji. Sebab, buat kerja tak ikhlas. Nak balasan. Nak pujian dr artis balik cakap, 'wartawan ini terbaik lah!'. Durr. Haih~

    Reply
  • January 9, 2011 at 6:22 am
    Permalink

    betui tuh cik tom..setuju sangat mcam lawo berkemban!

    Reply
  • January 9, 2011 at 8:50 am
    Permalink

    huhuhu..isu panas..tp,dh mcm jd lumrah kot cik tom..

    Reply
  • January 9, 2011 at 10:06 am
    Permalink

    apa tujuan dok puji2 artis kemban gitu..kan??
    dapat apa entah la..
    nak jaga hati pun agak2 le..

    Reply
  • January 9, 2011 at 10:35 am
    Permalink

    errkkk..tu fesyen akhir zaman pun cki tom..hehe…
    *tapi isu faizal tahir tu mmg xley tima..huhu…siap kena denda lagi kan..huhu

    Reply
  • January 9, 2011 at 12:00 pm
    Permalink

    Fesyen mandi kot…sekarang kan semua ada fesyen.

    Reply
  • January 9, 2011 at 1:07 pm
    Permalink

    tapi kalau tgk cerita orang dulu-dulu pn kemban semacam je.tengok x td cerita harimau jadian.seram.adehai

    Reply
  • January 9, 2011 at 1:23 pm
    Permalink

    akak jarang2 tgk tv..dh ketinggalan..xtau pasal artis2..hehe

    Reply
  • January 9, 2011 at 5:03 pm
    Permalink

    nak dpt tarikan..mcm tu la

    Reply
  • January 10, 2011 at 6:31 am
    Permalink

    setuju..
    kita yg tengok dorg mcm tu pun dah naik segan taw..
    huhuhu..
    kan bagus kalau dorg bertudung atau tutup aurat..rasanya lagi lawa..

    Reply
  • January 10, 2011 at 1:30 pm
    Permalink

    stujuu ngaaattt ngn ciktom!!!
    bangge buat mnde salh~
    aduyai~

    Reply
  • January 11, 2011 at 12:51 pm
    Permalink

    mereka bangga berpeluang berbuat demikian 🙂

    Reply
  • January 28, 2011 at 5:44 am
    Permalink

    kita pun setuju la gan cik tom!! apa la nak jadi gan artis malaysia terutamanya melayu kita ni…dorang ni ingat kalau pegi majlis camtu kalau tak pakau seksi tak laku kot??? entah dunia dah nak kiamat ni manusia berlumba-lumba nak wat dosa bukannya mencari jalan untuk bertaubat…..akan kemana arahnya bangsa melayu kita yang mengaku islam???????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!