Pelajar Lepasan SPM: Dilema Minat dan Hasrat Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…  Sebelum ini cik tom pernah kongsikan pendapat buat pelajar lepasan SPM dalam artikel; Pelajar Lepasan SPM: Antara Matrikulasi dan Diploma dan juga Pelajar Lepasan SPM: Jangan Salah Pilih Kursus. Korang boleh juga cuba baca di dalam artikel tersebut sebagai rujukan. Artikel kali ini rentetan dari persoalan yang cik tom terima antara minat dan hasrat ibu bapa. Memang antara masalah paling utama ialah pelajar lepasan SPM: dilema minat dan hasrat ibu bapa.

Bagaimana pelajar lepasan spm yang hadapi masalah ini cuba menyelesaikannya? Kebanyakannya mengambil jalan mudah pendamkan sahaja minat dan ikuti segala hasrat ibu bapa kerana tidak mahu di cop sebagai anak derhaka. Iye pelajar tidak sepatutnya melawan cakap ibu bapa. Namun pelajar tersilap, sebenarnya masih terdapat cara-cara atau kaedah untuk berbincang dengan ibu bapa tentang minat pelajar kerana ini soal masa depan pelajar. Bukannya ibu bapa yang akan melanjutkan pelajaran tapi ANDA. Sebaiknya pelajar lepasan SPM memilih kursus yang diminati bukannya belajar sekadar memenuhi hasrat ibu bapa.

Ibu bapa pelajar bukanlah seorang yang zalim. Pasti ada sebab mengapa mereka inginkan anaknya menjadi itu dan ini. Ibu bapa banyak memberi perhatian kepada anak kerana tujuan ingin melindungi anak dari kesusahan hidup. Kadang kala ada juga ibu bapa yang “ego” dan merasakan bahawa sebagai “anak” wajar mengikut segala arahannya. Kasih sayang ibu bapa membuatkan mereka bersifat melindungi anak-anaknya.

Situasi ini yang menyebabkan ramai pelajar dalam dilema. Antara minat dan hasrat ibu bapa? Manakah yang harus diikuti?? Masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan bijak dengan ibu bapa. Cik tom sharekan tips perbincangan yang boleh digunakan oleh pelajar lepasan SPM;

1. Tips pertama bagi yang beragama Islam sebaiknya buat solat istikharah minta petunjuk mana pilihan yang terbaik antara minat dan hasrat ibu bapa.

2. Jika memang pelajar tetap pilihan untuk minat, teruskan untuk perbicangan yang mana pertamanya pastikan masa yang pelajar pilih ialah sesuai sebaiknya waktu masa santai @ berehat ibu bapa bukannya waktu selepas balik kerja.

3. Sediakan air untuk ibu bapa dan mulakan perbualan santai untuk melihat mood ibu bapa.

4. Jika segala keadaan baik dan selesa, mulakan langkah perbualan main point tentang hala tuju pelajar.

5. Nyatakan kepada ibu bapa segala minat pelajar dan sebab-sebab kukuh mengapa pelajar berminat untuk kursus yang dipilih.

6. Yakinkan ibu bapa bahawa kursus yang diminati itu bagus untuk diikuti. Pelajar pasti lebih kenal perangai ibu bapa masing2 so gunakan strategi untuk memujuk dan menyakinkan. Sediakan segala jawapan2 bernas untuk persoalan yang “bakal” diajukan oleh ibu bapa.

7. Lebih bagus tunjukkan contoh atau bukti tentang kursus yang diminati.

8. Ingat segala perbincangan ini mesti dalam keadaan selesa dan tidak tegang. Jangan sehingga berlakunya pergaduhan atau bercakap kasar dengan ibu bapa.

9. Jika masih gagal menyakinkan, cuba gunakan orang disekeliling seperti abang, kakak atau saudara-mara untuk menyokong minat pelajar.

10. Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jika mereka melihat segala kesungguhannya pelajar dalam menyakinkan mereka. InsyaAllah mereka akan terbuka hati dan merasa yakin untuk membenarkan pelajar teruskan pilihan kursus yang diminati.

Pasti yang muncul dalam fikiran ibu bapa bahawa anak mereka kini sudah matang dalam membuat keputusan kerana segala hujah bernas yang pelajar berikan untuk menyakinkan mereka. Ingat perbincangan yang bijak bukannya perbincangan cakap “kosong”.

Belum cuba belum tahu..
Nak seribu daya.. Tak Nak Seribu Dalih..

Semoga yang terbaik untuk pelajar lepasan SPM dan semoga berjaya dalam hidup!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Pelajar Lepasan SPM: Dilema Minat dan Hasrat Ibu Bapa

  • May 22, 2012 at 12:10 am
    Permalink

    Susah juga hendak menolak harapan orang tua dan pada sama mempunyai pendirian sendiri untuk menentukan hala tunju. Syukur saya tidak ada masalah tersebut kerana orang tua selalu memberikan sokongan minat saya.

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:24 am
      Permalink

      memang agak susah tapi kalau kena gayanya takde masalah yang tiada jalan penyelesaiannya..

      Reply
    • June 7, 2012 at 3:31 pm
      Permalink

      mak n abah suh saya jadi nurse tapi saya ada minat yang laen gak…..

      Reply
      • June 7, 2012 at 9:37 pm
        Permalink

        Kalau jadi jururawat ada kemungkinan bertembung kerana saya berkerja didalam bidang Kejuruteraan Biomedikal.

        Reply
  • May 22, 2012 at 2:11 am
    Permalink

    untung mereka yang sentiasa mendapat sokongan dan izin dari ibu bapa dalam memilih jurusan

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:12 am
      Permalink

      aah memang untung lepasan spm yang sentiasa dapat sokongan ibu bapa..so jangan hampakan harapan diorang dan belajar rajin2..

      Reply
  • May 22, 2012 at 10:55 am
    Permalink

    kene berbincang elok2 utk penyelesaian yg terbaik.. 🙂

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:11 am
      Permalink

      yup betul tue..perbincangan perlu jika terdapat perbezaan antara minat dan keinginan ibu bapa…

      Reply
  • May 22, 2012 at 11:36 am
    Permalink

    Mostly situasi ni berlaku bila ibu bapa yg nk aturkan ank kena jd apa bila abis bljr nnt….

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:33 pm
      Permalink

      memang ramai ibu bapa yang suka tentukan kerjaya anak tapi lupa bahawa anak yang akan belajar dan menangungnya..sepatutnya bertanyakan pandangan dan minat anak juga.

      Reply
  • May 22, 2012 at 12:16 pm
    Permalink

    Dulu saya lepas spm,mak tanya nak sambung atau tidak,saya jawab tak,kalau tak pi K.L cari kerja he3..sampai sekarang..hahaha sempoi kan..tapi ibu bapa sekarang agak susah sikit,entah sebab apa,untuk impian anak atau untuk ibubapa nak menunjuk2..entah…

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:31 pm
      Permalink

      bagus ibu bapa yang tidak mengongkong anak2…biarkan mereka buat pilihan sendiri..

      Reply
  • May 22, 2012 at 12:19 pm
    Permalink

    Persiapkan dengan maklumat yang cukup sebelum berbincang dengan org tua. Kesungguhan kita boleh mempengaruhi mereka. Jangan setakat minat,.. bagi alasan kerana kawan dan sebagainya. Buat carian terlebih dahulu. IMHO

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:32 pm
      Permalink

      alasan kawan memang langsung tak kukuh untuk yakin kan ibu bapa..kena cari alasan kukuh seperti peluang kerja, potensi tempat belajar, kemudahan belajar dan sebagainya..

      Reply
  • May 22, 2012 at 1:39 pm
    Permalink

    tengok minat dan hasrat ibu bapa. tak salah pun kalau ikut kalau benda tu tak menyusahkan..aku sendiri bekerja dengan apa yang aku tak minat selama ni..

    Reply
    • May 22, 2012 at 1:50 pm
      Permalink

      memang betul tak salah ikut hasrat ibu bapa..cik tom sendiri ikut hasrat ibu bapa yang akhirnya berubah jadi minat..tapi xsmua orang boleh buat macam tue..so harapan dengan tips entry ini dapat membantu lepasan spm yakinkan ibu bapa..

      Reply
  • May 22, 2012 at 3:03 pm
    Permalink

    boss dgn mem saya tak kisah janji yang terbaik untuk anak-anaknya

    Reply
  • May 22, 2012 at 3:15 pm
    Permalink

    ibu baoa jgn ikut kehendak dir hati dn minat anak2 juga perlu utk kita ambil tahu..

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:38 am
      Permalink

      ibu bapa perlu ambil tahu dan dorong anak2 ke arah kejayaan..

      Reply
  • May 22, 2012 at 4:24 pm
    Permalink

    rasenye ibu bapa tak payah la kacau kecenderungan anak tu…bukan depa nak belajar jadi tak baik pun. depa nak belajar ikut minat, rasenye ibu bapa patut galakkan lagi

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:54 am
      Permalink

      sepatutnya ada perbincangan antara ibu bapa dan anak2 untuk nilaikan mana yg terbaik..tp lebih baik galakkan anak belajar mana yang diorang minat supaya lebih bersungguh2..

      Reply
  • May 22, 2012 at 4:33 pm
    Permalink

    kalau saya nak melanjutkan pelajaran..
    saya ikut tinggi gred spm..kalau subjek tu A..
    kena mengalah lah..kena kerja gak ikut jenis subjek yg diambil tu..

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:53 am
      Permalink

      ok je..banyak cara nak pilih kursus..cara din tue pilih kursus ikut kelayakan yang ada..memang bagus..

      Reply
  • May 22, 2012 at 5:22 pm
    Permalink

    Assalam..
    Ibu bapa sekarang ni dah open minded,
    anak2 pun dah pandai buat keputusan tetapi pendapat ibu bapa perlu juga diambil kira dan dipertimbangkan, untuk kebaikan bersama di masa depan..

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:51 am
      Permalink

      wslm..itu pentingnya perbincangan..supaya masing2 dapat dengar pendapat..mana yang lebih bagus..

      Reply
  • May 22, 2012 at 5:54 pm
    Permalink

    lepas spm je dulu terus kerja.. x mampu lanjutkan sekolah,

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:50 am
      Permalink

      setiap orang ada bahagian masing2..kalau xlanjutkan sekolah ada cara lain lagi untuk berjaya..

      Reply
  • May 22, 2012 at 8:49 pm
    Permalink

    Paling penting, berbincanglah dengan ibu bapa. 🙂

    Reply
  • May 22, 2012 at 8:52 pm
    Permalink

    masa depan tu mmg kene bincang elok2… minat paling utama~

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:47 am
      Permalink

      yup kena ada perbincangan..pelajar pun kena dengar juga pendapat mak ayah..mak ayah kena dgr pendpat anak2..so perbincangan lebih senang..

      Reply
  • May 23, 2012 at 12:04 am
    Permalink

    Mak bapak janganlah desak anak2… Last2 x jadi kang susah…

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:43 am
      Permalink

      kalau desak anak dapat adapt belajar ok juga..yang jadi masalah bila xdapat adapt..tue sebaiknya perbincangan dari hati ke hati antara ibu bapa dan anak2.

      Reply
  • May 23, 2012 at 12:22 am
    Permalink

    ciktom,dulu masa lepas spm.lepas kejadian yang telah menimpa kami sekeluarga,sy ikut je ckp abg sy..walaupun pada dsarnya sy tak suka,alhamdullillah itulah pekerjaan sy skg ni..terima kasih abg long…

    Reply
    • May 23, 2012 at 10:42 am
      Permalink

      asal xsuka lepas tue kita usahakan juga untuk berjaya alhamdulillah ok..tapi ada sesetengah yang salahkan ibu bapa bila mereka gagal..so langkah sebaiknya biar diorang buat pilihan sambil ibu bapa guide diorang..

      Reply
  • May 23, 2012 at 1:14 pm
    Permalink

    Bagi saya la kan, ibu bapa just bagi pandangan dan pendapat jer..bg la masa kat anak untuk tentukan apa yang diorang nak..kalau salah pilihan diorang, kita perbetulkan…

    Reply
    • May 26, 2012 at 2:19 am
      Permalink

      ibu bapa patut bagi guideline pd anak2 utk buat pilihan tapi jgn sampai sekat pendapat anak2.

      Reply
  • June 7, 2012 at 3:42 pm
    Permalink

    lepas je SPM abah suh saya mntax nursing…saya memeng minat jadi nurse ny…tapi tulah bukannya senang nak apa yang kiti mahukan kene usaha lebih sikit la…result SPM sains dapat B+ tapi math D…so saya pegi ke form6

    Reply
    • June 10, 2012 at 1:31 am
      Permalink

      so wawa masuk form 6 ye? belajar rajin2 kat form 6.. still berpeluang nak sambung nurse lagi kl berminat.

      Reply
  • August 10, 2012 at 8:36 am
    Permalink

    yeayyy. dah lepas spm. huhu

    Reply
  • August 10, 2012 at 9:40 am
    Permalink

    kadang2 minat tu akan timbul bila kita dah lama duduk dalam 1 bidang tu tambah pula dgn member2 yg support spanjang pngajian tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!