Peluang Kerja Sambilan Dengan Menulis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ciktom.com… Diharap kunjungan anda ke blog ini mendapat seribu manfaat dan apa yang dicari dapat diketemui. Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan? Kalau ada bakat, kenapa disia-siakan begitu saja? Kenapa tidak dikongsikan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca dengan menulis?
Pasti ada yang dah tak sabar-sabar nak tahu peluang kerja sambilan dengan menulis kan??Β Cik tom pun tak sabar nak kongsikannya πΒ Yelah dengan hanya bergantung pada gaji yang diperolehi tidak cukup untuk membuat persediaan hidup lebih selesa bagi keluarga tersayang. Jadi, semakin ramai yang mengambil inisiatif untuk buat kerja sambilan termasuk suri rumah sepenuh masa yang rajin ingin membantu suami tersayang.
Dulu selalu jugak cik tom dengar kerja sambilan dengan menulis atau menaip dapat bayaran lumayan. Tapi cik tom tak percaya sangat sebab tiada bukti depan mata masa tu. Bila dah alami sendiri dan dapat hasil bayaran dari menulis advertorial memang seronok tak terhingga! Untuk peluang kerja sambilan menulis advertorial insyaAllah nanti cik tom share dalam artikel akan datang ye. Sebabnya kali ini cik tom nak share peluang kerja dengan jadi penulis bebas di majalah-majalah.
Semalam cik tom berborak-borak dengan kawan sekerja, Hajar. Hajar lahΒ yang bagitau dia selalu buat kerja sambilan dengan hanya menulis artikel dan hantar artikel tersebut ke majalah-majalah. Dia dah buat kerja ini semenjak dari belajar lagi sampai sekarang. Bayaran yang dia biasa dapat minimun RM200 untuk satu artikel! Pergghh lumayan tue kan?? Tue baru satu artikel. Kalau 5 artikel sebulan? Tak ke dah RM1000 hanya dengan menulis artikel dan hantar ke majalah.
Seronok cik tom borak-borak dengan Hajar korek rahsia cara nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan menulis. Alhamdulillah tuannya pulak tak lokek ilmu. Dia siap murah hati kongsikan dengan cik tom dan pembaca blog cik tom, 3 tempat utama rezeki dia hantar artikel iaitu Kosmik, Tunas Cipta dan juga Buku Prima;
- Kosmik- http://dwnkosmik.dbp.my/
- Tunas Cipta, Sastera Generasi Baharu- http://tcipta.dbp.my/
- Buku Prima-http://www.bukuprima.com.my/, Β klik ke menu >> Kerjaya (http://www.bukuprima.com.my/kerjaya.asp)
Hajar bagitau banyak lagi majalah-majalah lain yang boleh hantar artikel. Contoh majalah-majalah under Karangkraf. Yang penting kita perlu pandai mencari peluang dengan menghantar draft artikel ke email mereka.
Pasti ada yang dah lemah semangat bila dengar bab bakat menulis ni kan?? Lepas itu terus lemah semangat bila rasa diri ini TAK BERBAKAT.
Tapi TUNGGUU…..
Sekiranya anda rasakan diri anda tiada bakat, jangan bimbang semua bakat itu dapat diasah dan digilap dari dalam diri anda semua. Jika sekiranya anda minat untuk mencuba dan berusaha ke arahnya. Based on experience, cik tom bukanlah seorang yang pandai dalam penulisan tapi cik tom berusaha untuk belajar. Jika cik tom mampu, pasti anda semua pun mampu!
Korang boleh cuba juga>>Buat duit dengan menulis<<. Asalnya tips ini ialah untuk idea penulisan blog. Tapi korang boleh gunakan teknik ini untuk buat dan hantar artikel ke majalah-majalah. Kerana point utama dalam penulisan ialah bagaimana untuk menjana idea yang bagus dalam penulisan. Dengan 37 teknik ini insyaAllah anda takkan kering idea untuk buat artikel. Kalau anda seorang blogger memang berbaloi belajar untuk jana idea update blog setiap hari.
Tapi kalau korang betul-betul serius nak buat duit dengan menulis jadi penulis bebas, boleh juga rujuk Rahsia Kerja Sambilan dengan menulis dari bro Shamsuriyadi. Beliau seorang penulis buku, blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. π
Atau pada yang tambah ilmu macam mana cara nak menulis terbaik. Cik tom syorkan korang pergi baca tips dari saudara Aqif Azizan>> Rahsia Mudah dengan Menulis.
Semoga tahun 2013 menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih ceria buat kita semua dalam mencari rezeki sampingan yang Halal. InsyaAllah π
UPDATE 2017
Pada yang banyak email cik tom bertanyakan mengenai 2 ebook menulis diatas, cik tom minta maaf kedua-dua link ebook telah dihentikan penjualan pada tahun 2016. Tapi jangan risau cik tom dah dapatkan source baru bagi korang yang berminat untuk belajar cara buat duit dengan menulis. Hasil nukilan dari saudara Shamsuriyadi seorang penulis buku yang banyak mengeluarkan pelbagai jenis buku di pasaran.
Beliau seorang juga seorangΒ blogger dan juga penulis bebas. Ada pelbagai tips untuk buat duit yang didedahkan dan ianya amat berbaloi dipelajari untuk tambahan duit sampingan dan mungkin sepenuh masa. π
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut sila ke website beliau>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis<<
Sharing is caring
waa,menarik la sis..nak try usha-usha 3 web tuh
Jom baca entri terkini afif …SEGMEN BEBAS SYARAT:Entry Terbaik 2012 Untuk Direview
macam seronok je kak…saya memang lame dok mencari mcm mana cara nk jual artikel kt karangkraf, sbb dulu zaman sekolah pernah dengar tapi xtahu cara..thanks ye akak..
masih active ke blog ciktom?
boleh mencuba lepas ne….
Jom baca entri terkini ecadwinkyasha …Wordless Wednesday #53
berpinar-pinar djdanchef baca entri ni, pernah dgr boleh jana pendapatan dgn menulis artikel dan hantar kepada syarikat yg berminat, tapi xtau nk kena hantar kpd siapa. Skrg baru tau.
lepas ni boleh cuba π
terima kasih berkogsi π
Jom baca entri terkini Miza Yusof …NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : ANAK PATUNG KERTAS
sangat manarik,,
nabti nk cuba cri mklumat lanjut,, thanks π
Jom baca entri terkini ahsfantasy24 …20 Hari Bulan Yang Selalu Aku Lupa
salam..ciktom sentiasa ada idea baru untuk pembaca blog.kagum!
Jom baca entri terkini ummuakmal …Disember yang ceria!
memang saya bercita2 ingin jadi penulis bebas satu hari nanti. tapi belum tahu cabang yg mana ingin saya ikuti. saya juga tidak tahu ke mana hendak hantar artikel tersebut.
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Bukannya Fizo Omar (Episod 2)
Memang saya ada terbaca yang mengunakan bakat menulis untuk meraih pendapatan sampingan.
Jom baca entri terkini akubiomed …Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1
ciktom ni selalu je kongsi rezeki dengan pembacanya,,makin suka dengan blog ni,,
Jom baca entri terkini belogisam …Perbezaan diantara telur ayam palsu dan asli
Niat nak menulis tu dah ada tapi dengan kisibukkan belajar ,alahai ..nak mencari masa terluang pun susah .huhu , after pmr nilah mungkin ada sedikit ruang . thank you cik tom for sharing π
Jom baca entri terkini SM …KAWAII GIVEAWAY by MImie & Isha
wahh bagusnya..tak tau ada kerja sampingan begituuu!!
wahh bagusnya. tak tau ada peluang kerjaya macam tu..
Jom baca entri terkini Ain Atika Zailani …Ada-Ada Saja Dong !
guna kan segala bakat yg allah swt beri dengan sebaiknya. in shaa allah kita akn dpt manfaat kehidupan di dunia juga ‘di sana’
Jom baca entri terkini Amir Aiman Akashah …Majlis Menyambut Menantu
terus terang..
mmg x berbkat dlam bidng pnulisan ni…
mncarut pndai la…haha
bakat boleh diasah dengan banyakkan membaca dan belajar teknik penulisan yang betul..
baru nak belajar tulis artikel..paling penting kena rajin membaca baru boleh dapat banyak idea.
Jom baca entri terkini qadar …Basic Tips on Personal Finance
banyak membaca dan buat pemerhatian dari sekeliling banyak membantu utk jana idea penulisan..
Salute dengan mereka-mereka yang mempunyai gaya penulisan yang bagus…sebab diriku memang tak berbakat…dua baris ayat aje..dah berhenti..nasib baik rajin membaca..mesti cik tom ni berbakat besarkan…
Jom baca entri terkini raudzah …China wajib anak lawat ibu bapa
menarik nih…
macam teringin mencuba. nanti nak try belek2 link yg ciktom kasi kat atas tu…
tq atas info yg best nih π
Jom baca entri terkini belalang …Permulaan Awal Menjadi Blogger Tegar!
perghhh. .RM200 setiap artikel.. sape tak mau… mmg berbaloi belajar rahsianya…
perghh.. byk betul produk bro syamsuriyadi… good luck… π
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa Anda
ni la yang orang kata rezeki ada di mana2
asal rajin usaha je
harap2 ramai yang ambil peluang ni
Jom baca entri terkini TehR …Apa Maksud Incoming Links?
saya ingat nak try hantar la..hehehe
Jom baca entri terkini boni kacak …Filem Pendek – Terlambat
nak try laa ciktom ..hihi..
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …Tips Kecantikan : Kekal Berseri Dengan Sabun Beras
ha..bolehlah cuba nanti ye.
Jom baca entri terkini ohcikgu …Menang hadiah contest-contest tahun 2012
Tgh belajar menulis. Menulis di blog. Biar pun masih belum kuat, pendapat peribadi mengatakan hasil penulisan entry semakin baik berbanding dulu – masuk bakul, tapi berat nak angkat sendiri
Jom baca entri terkini mama adam …Youtube Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
ciktom mcm menarik jer..nanti share la artikel yg ciktom tulis..thanks ciktom, tb2 dapat idea baru dari entri ciktom ni..harap2 2013 dpt laksanakan..:)
ciktom hantar kat publisher mane.?
Jom baca entri terkini intan …Terlanjur Cinta TV9
cik tom dah nyatakan dalam entri ni yang tips ini dikongsi oleh kawan cik tom, hajar..bukan ciktom dear π
menarik ni..thanks for sharing ye cik tom..semoga makin murah rezeki cik tom dan kawan cik tom yang inform benda ni
Jom baca entri terkini hafizrahim …Ikan Tilapia Air Masin
Memang betul-betul tips yang ciktom bagi, mula-mula ingatkan gimik saja. thanks sebab berkongsi.
Jom baca entri terkini SamDaddyCool …AmmarZakwan.com
cik tom tak suka buat gimik..biarlah input bersesuaian dengan tajuknya barulah orang datang baca pun dapat ilmunye..
errrmmm.. byk cara nak cari duit sampingan ni.. cuma kadang-kadang ruang waktu yang membataskan antara keje dan penulisan
Jom baca entri terkini sohoque …Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPress
suka menulis tapi tak tahu nak tulis artikel apa..huhu
Jom baca entri terkini zuriey …Tangan di bahu mata ke atas
itu yang kena belajar teknik cari idea, baca banyak buku, majalah..
Terima kasih ciktom berkongsi info mcm ni,..baru tahu ada jugak peluang untuk menebitkan artikel dalam majalah..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensemβs Blog
info yang menarik Cik Tom. Terima kasih. Insya Allah, saya akan mencubanya. Sebelum ini, ada mencari juga, tapi tidak bertemu peluangnya.
Jom baca entri terkini Arrazi …Melawat Bandar Lama Fes Tapak Warisan Sejarah
info yang menarik dari cik tom buat mereka yang minat dalam bidang penulisan cerpen/ novel…
Jom baca entri terkini Nana …iPhone 5 Gadget Impian
tak semestinya novel atau cerpen.. boleh hantar artikel ilmiah dan berinformasi π
best juga ni..tapi nak mencari masa yang agak susah sikit..huhu…
Jom baca entri terkini Puan Bardboo …Apa Pandangan Anda Tentang Bardboo.com?
perkongsian ini sangat bagus kepada mereka yang minat menulis
Jom baca entri terkini faizal …Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau Merana
perkongsian yang amat bagus saya rasakan. peluang untuk kita ada di mana sahaja. orang yang membuka peluang tentu tinggi pahalanya.
Jom baca entri terkini faizal …Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau Merana
mesti ciktom ni dh jutawan
Jom baca entri terkini azim …Ayam Yang Melahirkan Anak
Salam Cik Tom, tiba2 saya rasa bersemangat nak berkarya. Thanks Cik Tom~
betul… kata guru saya, menulis ni adalah center / pusat segala cabang media… dengan menulis akan jadi video, cerita, movie, dan lain2
Jom baca entri terkini Hanif Menhad …Motivasi Diri β Mulakan dengan Baik (Rancang dan Laksana)
Salam. Memang betul dengan menulis dapat menjana wang mudah. Tapi perlukan usaha yang konsisten. Saya menulis secara sambilan untuk majalah PERAJURIT. Alhamdulillah, sekarang dah jadi Penulis Tamu majalah tersebut. Tentang bayaran untuk sebuah artikel, jumlah tertinggi pernah saya dapat RM500/artikel. Bergantung kpd berapa m/s artikel tersebut. Rakan2 yang berminat untuk menulis, teruskan usaha anda kerana x ada yang mustahil. Selamat menulis.
huhu bukan senang nak menulis ni kalau kurang latihan, walau macam manapun jangan cepat putus asa, π
Jom baca entri terkini Sufi MS …Mengurus waktu belajar anak
i willl try .. π
Best sangat jika dapat job untuk menulis di ruang majalah…
Jom baca entri terkini Keladi …Kenapa Aqif Azizan menipu blogger?
TQ..GOOD SHARING.. NAK CUBA JUGA LA
Jom baca entri terkini nikrohayu …BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
dah lama saya mengintai peluang untuk menulis..
tips yang menarik
terima kasih atas perkongsian
Terima kasih untuk blog ini, ia sangat membantu. Tetapi saya ingin bertanya jika Cik Tom tahu mana mana syarikat yang mengambil manuskrip dalam bahasa inggeris kerana kepakaran saya dalam menulis lebih kepada bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. Saya harap Cik dapat membalas dalam masa terdekat. Terima kasih