Cadangan Penambahbaikan Blog Ciktom[dot]com
Salam.. Terima kasih atas segala komen mengenai blog ciktom[dot]com bersempena Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes. Jangan bimbang cik tom terima segala komen dengan hati yang terbuka dan senang hati kerana segala komen ini bertujuan penambahbaikan blog menjelang tahun 2013.
Cik tom kumpulkan kesemua komen dari 24 peserta ke dalam entri ini;
1. Header yang kecil
Okay ini komen paling banyak yang cik tom terima mengenai header. Saiz header yang asal bagi theme twenty eleven ialah 1000×288 tapi cik tom dah ubah kepada saiz header yang lebih kecil yang sedia ada sekarang kerana fikir masa tue nak jimat bandwith blog. huhu.. Tapi sepanjang guna header tersebut memang banyak dapat komen mengenai saiz header yang terlalu kecil.
Cik tom mula2 plan nak buat contest reka header dan tagline baru blog ini tapi bila fikir2 makan masa nak buat. Nak buat sendiri takde masa pulak. Header lama pun cik tom main hentam je buat. hehe.. So, cik tom amik inisiatif pergi upah servis buat header baru. Korang tunggu jelah rupa baru header yang cik tom tempah tue ye.
2. Tab menu tidak tersusun
Tak perasan pulak bab tab menu yang tak tersusun kat blog ini. Rupa-rupanya dah masuk 2 baris untuk tab menu. Memang tak berapa kemas nampaknya. Cik tom dah baiki menu jadi sebaris atas rekemen dari korang semua.Β Thanks sangat2 pada yang tegur.Β
3. Iklan yang banyak
Ini pun ramai yang tegur. hehe.. Diakui blog cik tom memang banyak iklan tapi kalau korang nak minta cik tom buang memang tak dapatlah sebab semua iklan tue ialah berbayar termasuk iklan affiliate. Iklan banner affiliate yang korang nampak tue ialah kepunyaan orang lain bukan cik tom punya tau. Mostly dah bayar untuk tempoh 3-6 bulan. Malah ada yang dah bayar untuk tempoh setahun. Lagipun korang cakap load blog cik tom still LAJU kan walaupun BANYAK IKLAN. hee.. Tapi cik tom akan cuba limitkan sewa ruang iklan untuk masa akan datang ye.
4. Sidebar tidak tersusun
Ok cik tom dah baiki sidebar cik tom tapi tetap rasa agak serabut jugak. Entah dah nak baiki camane. Maybe sebab banyak iklan kot. huhu.. Entri terkini cik tom dah letak kat tengah2 seperti yang Hafizul rekemenkan.
5. Footer reciprocal link tidak kemas
Okay cik tom pun tak alert selama ini pasal reciprocal link kat footer luar dari theme. Cik tom main letak je asal namanya kat footer. Cik tom pun dah baiki letak dalam theme dengan bantuan Amirez. Thanks ye.
6. Post tips, tutorial dan resepi untuk tarik pembaca wanita
Isk..isk… Ini komen yang paling buat cik tom termenung seketika membacanya. Sedih pun ada. Bukan sedih sebab marah pada komen tersebut. Tapi sedih mengenangkan yang memang benar apa yang dikatakan sekarang blog cik tom dah makin kurang dapat komen dari blogger wanita. Ini semuanya sebab bila diorang masuk blog tak tau nak komen apa bila entry cik tom asyik duk cerita pasal sideincome je. Bila cik tom cerita bab resepi dan tips baru diorang komen. Nampaknya untuk tahun 2013, cik tom kena alert dan seimbangkan jenis artikel dalam blog.
7. Post personal mengenai kerja dan review makanan di restoran pilihan
Okay bro ladfeamir bagitahu yang blog cik tom ialah personal tapi takde ceritakan entry kerja, anak murid dan review makanan di restoran pilihan. Ada je cik tom ceritakan tapi jarang kot. InsyaAllah cik tom akan cuba tambah untuk entry personal. Tapi bab review makanan kat restoran tue cik tom memang tak dapatlah kot sebab cik tom kerja di Kuala Pilah. Tempat makanan limited, jadi cik tom prefer masak sendiri so tue yang banyak entry resepi kat blog skang. π
8. CommentLuv
Dulu blog cik tom pernah guna plugin CommentLuv tahun 2011 tapi oleh sebab masa tue blog ada masalah cik tom buang plugin tue sampai sekarang. Cik tom amik keputusan masukkan balik plugin commentluv. Commentluv tue ciktom dah setting untuk dofollow ye. So, boleh la korang komen banyak2 untuk dapat backlink. Tapi jangan spam sudahlah ye.
9. Komen pada artikel lama telah ditutup
Memang dah lama cik tom tutup ruang komen untuk artikel lebih dari 3 bulan. Bukan saja2 cik tom tutup tau. Cik tom terpaksa tutup sebab tak sempat nak manage segala komen berunsur pertanyaan di artikel lama. InsyaAllah cik tom akan cuba buka semula komen untuk semua artikel bagi 2013.
10. Tukar font entri
Cadangannya ialah tukar font entri untuk kelainan. Ok jugak cadangan tue cuma cik tom kena cari jenis font yang bersesuaian. Kalau pelik-pelik nanti susah pula pembaca nak bacanya.
11. Masukkan gambar cik tom
Erk.. yang ini agak payah pula. Dulu masa awal berblog cik tom ada je masukkan gambar. Tapi pastu cik tom dah buang semuanya. Sebab cik tom rasa tak best nak tunjuk gambar. Takut nanti ramai kenal. hehe.. Lagipun cik tom ni biasa je orangnya tak cun pun macm blogger lain yang cantik menawan tue. Cukuplah dengan gambar pada profile google plus cik tom je ye.
12. Tukar warna yang terang untuk link.
Yang ini pun cik tom dah adjust. Tapi rasa warnanya terang sangat pula sampai berpinar mata. Rasa cam nak ubah warna lain pulak. Yang gelap sikit. Ke korang rasa macam mana??
Blog cik tom sekarang dalam proses penambahbaikan. Bagi warna baru sikit dan make up sana sini. Tukar theme lain? Tak kot buat masa sekarang sebab tak jumpa theme yang berkenan di hati. Nak dapatkan servis theme berbayar tapi entah cik tom tengok ada beberapa blog yang dapatkan servis theme tue cam ada problem je. Ada yang tak compatible dan kemas pada pandangan cik tom. Jadi takpelah cik tom hold dulu niat untuk theme berbayar.
ps: ada cadangan atau komen lain mengenai blog ini dipersilakan.
Sharing is caring
selamat maju jaya di tahun 2013 cik tom!!
CommentLuv macam menarik jerr hhehe!
Jom baca entri terkini akhil …Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com?
Takder nak komen apa dah,semua komen dah ada kat atas hehehe……..selamat berwajah baru yer!
Jom baca entri terkini azman …Kalendar Kuda Juga Jadi Pilihan
Bagus ni boleh tumpang belajar sama…
Jom baca entri terkini raudzah …China wajib anak lawat ibu bapa
perh, leh kawan dengan red mummy dah blog nih. tp blog red mummy lagi menyengat mata kot color dia… huhuhu
Jom baca entri terkini belalang …Mana Bloglist?
hehehe djdanchef takut ciktom marah tentang komen kurang pembaca wanita tu.. harap ciktom dapat tarik blogger wanita pula lepas ni :-).
semakin cun blog cik tom..
Jom baca entri terkini Panas Giler (djchef) …Gambar Perkahwinan Pernikahan Apex & Leuniey Part 1
eiela tak tau nak komen ape la, hehe blog pun carca marba tu. cuma satu je bhgn footer nih, rasanya kalau buang recent komen and letak feed di tgh and g+ di sidebar mesti lg kemas kot.
Jom baca entri terkini eiela …Resepi Rendang Ayam Mak Saya
wassalam.
header baru yeay yeay π haha
kak, adik akak x blogging dah ke? O.o
Jom baca entri terkini Syatoza …Neng, ini cara kau ke?
Memang blog Cik Tom sudah tahap terbaik.
Jom baca entri terkini akubiomed …Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1
Header tu kena diberi keutamaan cik tom. mungkin spent sikit duit utk upah designer. Baru menyerlah blog cik tom… Tahun depan mesti byk stesyen TV panggil cik tom… Semoga terus berjaya cik tom…
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa Anda
tak sabar nak tgk header baru blog ini.hihi
Jom baca entri terkini lokman …Beza Antara Memberi Nasihat Dengan Memberi Sokongan
semoga terus maju di masa hadapan
Jom baca entri terkini hairulafiz …2012 Tahunku Yang Kacak
Semakin mantap blog ciktom ni
Jom baca entri terkini wazy …Peringatan Buat Kita
part iklan tu sebenarnya hak peribadi tuan punya blog. memang pembaca akan nampak semak, tapi Cik Tom dah bagi alasan.
sama juga contoh blog yg letak muzik, alaupun lagunya best..ada masa ketika ianya terasa bingit dan mengganggu. tapi itupun hak tuan punya blog. kita nak melaat, kena pandai2 cari butang pause atau stop
Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Bukannya Fizo Omar (Episod 2)
tak reti nak komen apa
semua nampak ok je [kecuali header yang belum siap]
Jom baca entri terkini TehR …Apa Maksud Incoming Links?
warna merah keterlaluan la plak hehehe…:)
Jom baca entri terkini budak felda …Contest Top Refferral iPhone 5 Gadget Impian by Ummihanie.com
cik tom semoga bertabah terhadap blog upgrading…hehehe.dont forget to komen kat belog saya juga yer…makaceh…eh cik tom keje kat Pilah…urmm stay kat mana?? kalo area2 seremban.bley la singgah2 makan2
Jom baca entri terkini aeyla …jatuh CINTA!!!
yup.. sokong bab header tu… tak sabar tunggu header baru π
bab tamau tunjuk gambar sgt pun, geng dgn akk dolu2… skrg je baru nak letak sikit2, tu pun selit2 dgn family π
warna background agak garang… hee… warna tomato yer…
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Gambar Diana Danielle dan Farid Kamil berbulan madu di Sydney, Australia
Tak apa nak komen dah..cuma saya lebih suka warna purple yang sebelum ni. yang sekarang ni merah sangatlah la mak ngah.. hehe
Jom baca entri terkini halim …Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian
HP memang suka kalau ciktom pakai header yang 1000 x 288. But any way. nice dah ada comment luv.
Jom baca entri terkini hatiputera …Super Sweet BFF Day di Sanrio Hello Kitty Town
apa2 shja ciktom lakukan akan sy sokong 100% krn ciktom power π
Jom baca entri terkini syaifuddin alias …Tips Fesyen Lelaki 2013
hoho..dah siap perbaiki dahh ke?
Jom baca entri terkini ohcikgu …Menang hadiah contest-contest tahun 2012
Hihihi… part header tu setuju.. mmg kecil. Tp x komen sbb rasa branding cik tom dh kuat. X bergantung kpd banner.
Part iklan tu, mmg semak. Tapi, dh iklan berbayar, takkan nak buang. Sumber income tu.
MA pun nk letak byk2 kalo ada yg nk bayar. Hihihi
tak sabar nk tgk header bru ciktom..hehe
Jom baca entri terkini syu90 …iPhone 5 gadget impian
Tahniah wajah baru….CtoM betullah ramai jejaka Malaya yang komen sini. Permisi ye…nak balik segan pula akak. Apa pun best juga perubahan baru ini….terasa berAURA baru 2013.
Jom baca entri terkini Kak Mahh …Menu sebelum sampai di Pak Bara, Thailand ( wordless)
blog Ciktom punya msh nmpk kemas dan tersusun..perubahan yg d bt sngt bgs..
Jom baca entri terkini syok …Tingkah Laku Perempuan Yang Meminati Anda
Assalamualaikum…
Salam sejahtera ciktom…
Apa yang telah mereka komen tentang blog tu memang bagus, ini dapat kita tahu di mana kekurangan yang ada, supaya bileh diubahsuai.
Moga tahun 2013, lebih menarik, insya Allah
Wassalam…..
Jom baca entri terkini sensasi2020 …Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger Baru
saya plak tak tahu nak komen apa lagi..semua penambahbaikan dah dibuat..makin hot la blog ni nanti..hehe
Jom baca entri terkini hafizrahim …Ikan Tilapia Air Masin
background pick, warna link merah… ok dah tu..
dah ada blik commentluv.. ni yg best.. hehe
Jom baca entri terkini zhazmi …Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian
sempoi semua cadangan diatas
Jom baca entri terkini Zarul Umbrella …Baldu Merah di Bisou KLCC
blog saya laju tak?
blogspot slalunya slow kan..
wordpress best..
huhuhu… tak sabar nak tunggu header bari cik tom
Jom baca entri terkini sohoque …Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPress
Selamat maju jaya ciktom π
selamat tahun baru π
tak sabar nak tunggu header baru dan wajah baru blog ciktom π
Jom baca entri terkini Miza Yusof …EYRIQAZZ SPONSORED POST : AARON AZIZ DI FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA
rasa cam dah ok je tu… just tunggu header. Mesti gempak laa ciktom.Opss…slmt thn baru 2013 ye
Jom baca entri terkini SisHaza …SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013
Emm apa yang sy tgok sekrang ni, nmpk makin menarik..entah kenapa tetiba pula hati terdetik untuk memakai themes twentyeleven..huhu
Jom baca entri terkini Hafizul …Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensemβs Blog
Makin fresh ciktom punya blog.. π
Jom baca entri terkini shraqs …Tarikh Istimewa MobilityWorlds β 23 Disember
yey dah header baru π
Jom baca entri terkini Syatoza …Ada apa dengan 2012? #flash
header baru cik tom comel! heheh! atototot ! Hehe selamat tahun baru ye cik tom π . Start tahun ni saya nak singgah ke blog cik tom selalu ,kihkih
Jom baca entri terkini SM …Dah sampai
Tahniah cik tom…ambe rase mmg lebih kemas dan tersusun…mmg lagi best!
haaa…entah masalah firefox atau setting blog, link tajuk sebelum (kat atas sebelah kiri setiap page) bertindih dengan perkataan “posted on…”
lain2…superb!
Jom baca entri terkini hafizmd …Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012
wah mkin cntik blog ciktom
Jom baca entri terkini azim …Ayam Yang Melahirkan Anak