Pergh Memang Sedap Betul Boss Chilli Sauce

Assalamualaikum dan salam sayang….. Harap korang sihatlah hendaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ehemmm…. Sebenarnya dah lama jugak ciktom tak makan pedas selepas beranakkan adira awal tahun lepas. Sedangkan hakikatnya ciktom memang suka sangat makanan pedas. Kalau order makan kat luar mesti tambah ‘pedas’ dekat belakang, contohnya nak order nasi goreng tomyam ‘pedas‘ tau. hahaha…

Baru-baru ni lalu lalang di wall ciktom yang ramai kekawan mencuba sos cili jenama Boss Chilli Sauce. Ciktom pun tengok packaging menarik. Harga pun berpatutan 1 set (3 botol) hanya RM40 je. Ciktom nak test lidah ciktom pedas ke idok #BossChilliSauce dari Boss Brothers Sdn Bhd. hihi…

Boss Chilli Sauce ni sejenis sos campuran cili dan bawang putih, Sos ni ada tiga jenis iaitu yang sedap sedia untuk dimakan terus bersama hidangan lain. Nak tambah dalam masakan pun boleh.

BOSS– “Benchmark of Superb Standards” adalah jenama produk berasaskan cili yang dimulakan dalam membuat sos cili BOSS dari resipi homemade. Sos cili ini dihasilkan oleh bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna dan juga pengawet tambahan.

Ada 3 level kepedasan Boss Chilli Sauce tau:
1. HAPPY BOSS (HOT) ?
2. ANGRY BOSS (MEDIUM HOT) ? ?
3. CRAZY BOSS (EXTRA HOT) ? ? ?

Pergh Memang Sedap Betul Boss Chilli Sauce
Set Boss Cilli Sauce

Masa mula nak order Boss Chilli Sauce ni ciktom teragak-agak juga tau. Ciktom fikir eh selamat ke nak sampai kat tangan ciktom ni sebab sos cili kan pack dalam botol kaca. Yelah risau waktu pos tu boleh jadi pecah botol kaca sos cili ni. Alhamdulillah penghantaran memang cepat dan semua botol yang ciktom terima dengan selamat. Tanpa sebarang calar, Setiap botol sos cili di bungkus dengan bubble wrap tebal.

bungkusan kemas boss chilli sauce
Semua botol boss chilli sauce diwrap dengan bubble wrap

Ciktom buka tak habis2 bubble wrap. haha… Jadi ciktom pun kira berapa tebal bubble wrap tu dibungkus untuk botol kedua. Perghh 5 lapis bubble wrap. Alhamdulillah selamat sos cili ciktom. hihi..

nice new [ackaging boss chilli sauce
Perghh 5 lapis bubble wrap!

Pergh Memang Sedap Betul Boss Chilli Sauce

Ciktom dah try semua ketiga2 flavour #BossChilliSauce serius sos cili bawang putih ni memang awesome! Favourite ciktom yg flavor ANGRY BOSS tapi tak nak la boss angry kat ciktom.. haha. .

Sos Cili Boss ni cicah makan santai macam tu je dengan frech fries memang awesome! Padu sangat rasa pedasnya. Rasa sekejap je habis sos ni ciktom makan sesorang. haha…

Kemudian ciktom ada buat cucur manis untuk adira. Tekak rasa nak makan pedas2. Senang ciktom makan cicah cucur manis dengan gabungan kombinasi 3 sos (happy boss + angry boss + crazy boss).

Rasanya lagi sedap dan kick giler pedas!

Apa Perbezaan Tiga Jenis Sos Boss Chilli Sauce

1. HAPPY BOSS (HOT)?
Tahap kepedasan biasa. Sesuai untuk mereka yang tidak berapa menyukai pedas tetapi tidak boleh makan tanpa pedas. Rasanya cukup lengkap dan padu dengan kombinasi manis, masam dan pedas.

2. ANGRY BOSS (MEDIUM HOT)??
Tahap kepedasan sederhana. Sesuai untuk pencinta pedas! Sedap jika dimakan bersama masakan bergoreng.

3. CRAZY BOSS (EXTRA HOT)???
Tahap kepedasan paling pedas. Kepedasannya mampu menyengat lidah di saat suapan pertama. Rasa yang tidak dapat digambarkan, umpama mempunyai ‘Crazy Boss’ yang memarahi anda tetapi masih juga menyukainya dalam masa yang sama.

Boss Chilli Sauce ni HALAL ke?

Korang tak payah risau tau. Sos Cili Boss ni dapat sijil Halal dari JAKIM. Malahan dapat kelulusan MESTI dari segi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan. Yang paling penting buatan Malaysia. Jom support produk Malaysia yang setanding dengan kualiti produk luar negara. hihi..

Mana Boleh Beli Boss Chilli Sauce?

Boss Chilli Sauce ini boleh korang dapatkan juga di pasaraya;

  1. Jaya Grocer
  2. Hero Market
  3. Redtick Supermarket
  4. EZGO Malaysia
  5. Aeon Maxvalue

atau kalau tak sempat nak ke pasaraya, boleh buat pembelian secara online je macam ciktom.

Nak test betul tak pedas??Kat mana nak beli? boleh beli kat?https://www.boss.net.my/

Facebook: https://www.facebook.com/bosschillisauce/
Instagram: @bosschillisauce

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Pergh Memang Sedap Betul Boss Chilli Sauce

  • May 27, 2019 at 5:52 pm
    Permalink

    Wowww mesti sedap ni kan…pernah nampak tapi tak rasa nak beli..nampak kat Jaya dan Hero Market ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!