Suami Kena Faham Kenapa Isteri Suka Ber’fashion’ & Kelihatan Cantik

Eh! Lately ni banyak betul ciktom dengar cerita suami curang sana sini. Yang sorang tu artis dah berkali-kali curang dah akhirnya end up bercerai. Yang sorang lagi tu curang masa isteri tengah mengandung. Nauzubillah minta simpang la ciktom dapat suami macam ni. Mesti korang sebagai isteri pun kekadang terlintas rasa was-was dalam hati.

Suami Kena Faham Kenapa Isteri Suka Ber’fashion’ & Kelihatan Cantik
Sanggup ke tengok suami pandang perempuan lain?

Tapi kan curang ni kekadang kita sendiri tak tahu apa penyebabnya. Cuma kita sebagai isteri ni kena ada usaha untuk make sure suami setia dan tak beralih hati. Ceewahhh.. Macam ciktom ni lepas beranak Adira berat badan statik 60+kg. Giler gemukkk dah la pendek! Huhu… Penampilan diri pun nampak selekeh benor.

Sedih tau pergi jalan sana sini orang panggil mak cik! Ni sekarang baru dapat 53kg. Punya struggle berat nak turun lagi2 lepas dah ada anak ni kan.

Ciktom nak nampak sentiasa muda dan cantik jelita biar suami tak pandang perempuan lain. haha… Jadi ciktom ambil keputusan nak whatsapp sorang kawan ciktom ni.

Yaya, apa rahsia ko cantik bergaya dan fashion up to date walaupun anak dah 3?

Ko kena pandai bergaya la. Mix & match baju. Ala rumah ko tu lagi dekat dengan Aeon Tebrau. Kat sana ada butik YFS Concept Store. Ko boleh beli je baju kat sana. Weii serius rambang mata.

YFS Concept Store? Alamak mesti mahal kan harga ? Tengok dress up ko pun dah tahu. Aku short duit sikit bulan ni. Huawaaaa

Kahkah.. Mahal apa wei.. aku punya blouse, seluar, skirt beli kat YFS Concept Store tu semua RM100 ke bawah. Siap ada harga RM20 tau!

Apa lagi terus ciktom set date dengan Yaya pergi YFS Concept Store kat Level 2, Aeon Tebrau.

Wow sekali ciktom tengok depan YFS Concept Store mata terus nampak tulisan SALE merata-rata. Dalam hati entah betul ke tak sale ni, jangan umpan semata-mata nak orang masuk ke butik dah ler. huhu…
Yaya bagitau ciktom yang geng isteri-isteri memang suka sangat shopping kat YFS Concept Store. Ok we will see betul ke yaya ni bagitau?

punyalah ibu adira terbeliak tengok blouse cantik murah, sampai anak terbiar

Ciktom terus masuk dan ternampak wah cantiknya blouse kat sini. Dah la banyak pilihan, ada jenis yang bercorak dan juga plain. Sesuai sangat buat korang untuk pakai casual jejalan atau ke tempat kerja. Memang patutlah YFS Concept Store ni jadi pilihan utama untuk para isteri suka ber”fashion” untuk shopping. Sebab banyak giler pilihan design blouse yang ada. Malahan bukan blouse je, siap ada t-shirt, kemeja, jeans, skirt, palazo, cardigan, handbag dan banyak lagi.

Yaya siap cakap ada group geng2 shopping YFS Concept Store ni khas untuk isteri2 yang suka berfashion dan cantik! Dorang akan share tips untuk mix & match baju untuk nampak stylo macam artis gituu.

pergh confirm rambang mata

Harganya serius murah dengan material yang berkualiti. Tengok mostly blouse cantik harga dari serendah RM39 dan tak lebih RM100 tau. Yang penting bukan jenis kain linen, sekali basuh je terus renyuk tu. Ciktom sendiri dah serik beli baju online, tengok gambar model pakai wah cantik, nampak kain tebal. Sekali bila sampai kat tangan hampehhh. Rasa mostly korang pun pernah terkena macam ciktom kan?

Tapi tak tipu material kat sini semua berkualiti dan harga murah. Sebab itu ciktom tengok kiri kanan ciktom ramai je kaum isteri datang shopping ke sini. Yelah isteri ni kan lagi cerewet bab nak shopping baju ni. Nak cari material bagus, design up to date dan murah2. Bila pandai membeli suami jugak sayang kan. Betul tak suami? haha..

cecantik semua blouse, skirt, palazo

Lagipun, fesyen baju kat YFS Concept Store ni memang sesuai untuk golongan HIJABISTA tau. Fesyennya banyak jenis loose dan sesuai untuk muslimah bertudung tapi masih nak ber”fashion” dan nampak cantik.
Boleh mix and match untuk fesyen gaya Muslimah. Ada pilihan kolor pastel atau blocking. Untuk badan yang saiz comel pun ada saiz tau. Yaya tu bagitahu ramai hijabista popular kat instagram dia follow selalu shopping kat sini. Wow baru ciktom tahu. Nasib baik belum terlambat untuk ciktom ber”fashion” dan cantik juga. Confirm lepas ni YFS Concept Store jadi butik pilihan ciktom shopping. hehe…

Idea mix & match baju dari YFS Concept Store

Yang ciktom suka staff kat sini friendly tau suggest ciktom baju dan skirt mana untuk mix & match. Takpun kalau malu nak tanya, boleh tengok je contoh pada patung macam atas ni. Confirm melimpah ruah idea korang nak berfashion macam mana. Cuba korang imagine korang bergaya kat patung tu. haha…

Korang sebagai suami kena faham naluri isteri nak bergaya, so support la dorang untuk cantikkan diri. Alah jangan jadi alasan poket nipis la apa. Ni kat YFS Concept Store, ada pelbagai pilihan dan harga mampu milik.

Untuk tatapan korang ciktom try long cardigan ni ala2 style Che Ta. Lembut sangat material cotton ni. Dah la harga murah mampu milik sangat. Bila sarung terus rasa aura lain macam.Terus rasa ala2 hijabista dan awet muda. haha… Adira pun happy lain macam bila ibu cuba try dress up macam ni. Agak2 korang ciktom boleh geng dengan Che Ta tak lepas ni? hihi…

Ala jangan limit diri korang bila dah ada anak susah nak berfesyen nak cecantik diri. Patut dah ada anak kena lagi jaga diri tau. Supaya anak suami bangga ada ibu isteri cantik bergaya. hihi..

cantik sangat la mix & match blouse putih dengan skirt ni.
cantik tak design macam ni?ciktom suka kain dia lembut sesangat

Kat YFS Concept Store ni banyak pilihan baju jenis butang jadi mudah je untuk para ibu macam ciktom nak breastfeed anak. Takde asyik tengok blouse biasa tu je pakai sebab alasan susah nak cari baju stylo untuk nursing friendly. Ada anak kecil pun boleh bergaya okay!

seluar palazo pun banyak kat sini tau. murah2 je tau

 

Woww…Promo jeans ke 3 hanya RM20

Selain itu, yang ciktom suka sebab YFS ni macam concept family store. Semua satu tempat je nak beli barang untuk suami, isteri dan anak2. Tak payah pergi banyak tempat nak shopping. Ni pulak ada promo macam seluar jeans kat atas 2 helai hanya RM140. Yang ketiga cuma RM20 je babe! Kalau round out semua sekali 3 helai jadi jatuh harga sehelai RM53.33. Murah dan berbaloi sangat. Boleh share beli dengan kekawan. haha..

Buat apa beli bundle, kalau boleh beli baru dengan harga murah kan.

Korang tengoklah tshirt RM50 untuk 2 helai. Bukan jenis yang basuh tu renyuk berkedut seribu tau. Ni cotton high quality. Yelah tak nak cecantik sesorang. Korang pun mesti nak suami handsome bergaya kan. Boleh ajak suami shopping sini juga. Jimat masa dan tenaga dari pergi banyak tempat.

Korang mesti fikir nak raya takkan nak pakai blouse, tshirt, kemeja, palazzo. Sekarang hari pertama je orang pakai baju kurung, baju melayu. Hari kedua orang dah prefer baju casual macam blouse atau kemeja. Yelah lagi selesa dan boleh pakai pergi berjalan hari biasa atau kerja. Takkan korang nak berkebaya pergi mana2?haha..

Yeay ciktom dah settle shopping.

Yang paling best. Balik rumah suami ciktom tegur eh ni baju raya baru sayang ke. Terus suami ciktom puji cantiknya sayang pakai style macam ni dan nampak muda macam first time jumpa sayang.

Ciktom rasa macam nak terbang jap. Hati berbunga-bunga tau dapat pujian dari suami. Haha.. Semenjak ada anak ni dah jarang tau dia puji ciktom. Yang lagi best suami siap hulur duit extra untuk shopping lagi blouse dan skirt cecantik. Yeay tak sabar nak pergi shopping kat YFS Concept Store dengan suami pulak.

Ciktom nak share dengan korang yang YFS Concept Store sekarang buat promo dengan hanya pembelian RM200 ke atas akan layak dapat baucer RM50. Untung sangat tau dah la shopping RM200 dapat pulak voucher RM50. Rugi sangat kalau korang tak datang dan shopping kat sini. Promo ni sampai 4 Jun 2019 je kat semua outlet dorang.

Setahu ciktom ada banyak branch YFS Concept Store di seluruh Malaysia. Boleh cari yang berdekatan dengan korang.

Website : www.yfscorp.com
Facebook : www.facebook.com/yfsconceptstore
Instagram : www.instagram.com/yfsconceptstore

Kenapa bayar mahal kalau boleh dapat yang murah dan berkualiti. So, para suami luar sana korang kena faham kenapa isteri suka ber’fashion’ dan nampak cantik. Jangan kedekut hulurkan duit bahagian untuk isteri untuk cantikkan diri dorang. Bukan untuk siapa? Nanti dorang cantik untuk tatapan suami jugak.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Suami Kena Faham Kenapa Isteri Suka Ber’fashion’ & Kelihatan Cantik

  • June 10, 2019 at 2:34 pm
    Permalink

    wish, always pretty.. haha… it’s hard to have husband to understand all the time, as long as know wat self is doing, will be sufficient i suppose?

    Reply
  • June 10, 2019 at 2:50 pm
    Permalink

    Nad pernah dengar YSF ni, tapi tak sure pernah singgah ke tak. Tengok design blouse dia lawa-lawa jugak. Lagi-lagi baju kuning yang depan sekali tu, simple tapi menyerlah. Kalau time sale mesti lagi murah-murah. Selamat bershopping ciktom!

    Reply
  • June 10, 2019 at 3:55 pm
    Permalink

    Betul kata Ciktom. Wife sy pun sama. Bila shopping jer nak ambik 100 gambar haha

    Reply
  • June 10, 2019 at 11:03 pm
    Permalink

    The collection here looks nice. I want to go shopping here too. Will go there soon.

    Reply
  • June 11, 2019 at 3:27 am
    Permalink

    kita pon sakan bershopping dekat YFS sebelum raya haritu. kebetulan memang tengah sales, plus dpt extra voucher 50 ringgit lagi dengan setiap pembelian 200 keatas. apa lagi, memang shopping sakan lah

    Reply
  • June 11, 2019 at 8:15 am
    Permalink

    Bergaya la ciktom lepas ni. Heehee. Baju kat YFS tu macam murah je. Baju pun cantik-cantik. Tapi tak tau la kat kuantan ni ada ke tak. Rasa macam takde. Kita pun nak bergaya jugak.

    Reply
  • June 11, 2019 at 4:41 pm
    Permalink

    Sikit lagi nak gaya macam Cik Ta dah cik tom kita ni hehehehe.. Tapi tempat ni tengok memang pakaian meraka banyak koleksi dan design memang cantik dan harga murah dan berpatutan sangat best kalau dapat pergi kat sini kan hehehehe sapa nak belaja kita shopping kat sini jom…..

    Reply
  • June 11, 2019 at 10:03 pm
    Permalink

    Best rupanya shopping kat sani. Rambang mata nak memilih sebab semua pakaian cantik dan menarik. Harga berpatutan pulak tu

    Reply
  • June 12, 2019 at 9:42 am
    Permalink

    Beruntungnya kurus. Baju semua cantik-cantik dan murah. YFS ni semua saiz kecil. Bila lalu kedai ni. Hanya boleh tengok idea fesyen aje. Hopefully kedai ni ada baju plus size pula. Hehe

    Reply
  • June 12, 2019 at 11:46 am
    Permalink

    Yeszaa, isteri kena cantik selalu, bukan untuk orang lain, untuk suami juga..ehhe…murahla ysf ni..nak pergi la..nak cari baju sekeluarga..macam lama tak shopping

    Reply
  • June 13, 2019 at 9:01 am
    Permalink

    YFS Consept Store mmg cantik2 baju dia, Kak pun suka shopping kat sini sbb byk fashion Terbaru yg sesuai utk semua usia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!