Review Mamaway’s Crossover Sleeping Nursing Bra And Panties
Review Mamaway’s Crossover Sleeping Nursing Bra And Panties | Assalamualaikum dan salam sayang…. Rasanya tak ramai yang agak “open minded” untuk berbincang mengenai isu nursing bra dan panties secara online atau di media sosial. Yelah mungkin segan sebab kita orang Malaysia masih tebal dengan nilai adab ketimuran dan sopan santun. Ciktom sendiri baru-baru ni ada kawan ciktom yang tengah mengandung whatsapp ciktom bertanyakan; “Ciktom tolong suggest maternity bra mana yang bagus? Breast aku makin besar la dah tak sesuai pakai bra biasa. Emm aku malu la nak tanya orang lain. Lagipun ko suka survey and shopping online.”
Nampak benar kat situ ciktom suka sangat shopping online sampai kena cop macam tu. Haha.. So entri kali ni khas untuk membantu rakan-rakan diluar sana dalam mengenal pasti ciri-ciri terbaik maternity plus nursing bra yang korang patut beli. Sebelum masuk ciri-ciri maternity & nursing bra, mai ciktom terangkan kenapa maternity/nursing bra ni satu keperluan kepada semua ibu-ibu.
Kenapa Pentingnya Maternity Bra and Nursing Bra kepada ibu?
Perubahan badan ibu mengandung iaitu akan berlaku pertambahan saiz dada dan juga pinggang bermula sekitar 16 minggu ke atas ketika mengandung. Pembesaran saiz dada ini seiring dengan persediaan susu untuk bayi bakal lahir,manakala pembesaran pinggang pula seiring dengan penumbesaran bayi di dalam rahim ibu. Selepas bersalin pulak, pinggang akan kembali mengecil ke saiz asal manakalasaiz dada akan bertambah sehingga 1-3 cup saiz bra.
Mamaway | Antibacterial Crossover Sleeping Bra & Antibacterial Panties
Maternity & nursing bra yang ciktom nak recommend pada kekawan ialah keluaran Mamaway. Benda yang baik kena la share kan? Baru dapat manfaat bersama. Hihi..
Crossover Bra ini sangat selesa yang membuatkan anda berasa seperti anda memakai apa-apa tetapi pada masa yang sama memberikan sokongan struktur pada dada. Ianya bukan sahaj sesuai dijadikan bra menyusu malahan selesa dipakai semasa mengandung juga. Crossover Bra ini direka untuk menyusu bayi dengan mudah, mengelakkan kendur, memberi sokongan kepada dada.
Manakala panties (seluar dalam) pula, diperbuat daripada material khas untuk antibakteria serta ultra stretchy yang memberikan keselesaan dan selamat untuk ibu yang mengalami pemulihan selepas bersalin secara caesars.
Ciri-ciri maternity & nursing bra yang bagus
1)Bra yang sesuai ketika mengandung dan menyusu
Sebagai pengguna bijak korang better beli bra yang sesuai digunakan ketika mengandung dan juga selepas bersalin (untuk mudah menyusu anak). Jadi nanti bra tu dapat dipakai dari mengandung sehinggalah selepas bersalin.
Crossover bra dari Mamaway ni memang sesuai digunakan ketika mengandung dan juga menyusu.
2) Kain jenis anti bakteria dan anti bau
Crossover bra diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Bahan premium menggabungkan teknologi Switzerland Brand HeiQ Pure iaitu spandeks yang sangat kuat yang secara semula jadi tahan terhadap bakteria. Ianya menghalang pertumbuhan bakteria dan selamat untuk bayi ketika menyusu.
3)Nursing Bra yang mudah dibuka dan ditutup
Reka bentuk crossover memudahkan proses menyusu iaitu hanya tarik bra dan menyusu bayi dengan mudah. Hanya selak menggunakan sebelah tangan pun boleh.
Reka bentuk padding yang panjang juga memberikan lebih banyak kesan sokongan kepada dada dan extra selesa.
4)Selesa pakai ketika tidur
Biasanya kita tak digalakkan pakai bra ketika tidur untuk memberi ruang bernafas. Tapi dengan crossover bra yang sangat nipis, kain sejuk dan super regangan memberikan keselesaan ketika ciktom tidur.
Tali bahu pada bra yang lebih lebar turut memberikan sokongan tambahan untuk bahu dan belakang badan ketika tidur.
5)Tahan lasak
Yang ciktom suka material kainnya yang sangat elastik dan tahan lasak serta tidak mudah rosak. Kiranya, kainnya tidak mudah longgar atau kendur walaupun selepas pakai dan cuci berulangkali.
Nursing bra ni takde padding dan boleh pakai dengan breast pads. Mudah untuk menyusu anak selepas bersalin, hanya selak je nursing bra.
Terdapat 3 pilihan warna crossover bra iaitu coklat, beige dan biru.
Review Antibacterial Panties dari Mamaway
Seluar dalam ini direka untuk keselesaan semasa kehamilan dan selepas bersalin (terutamanya selepas bersalin). Ultra strechy di pinggang dan paha, ia memberikan keselesaan dan sokongan sepanjang hari, setiap hari.
Material premium yang sama digunakan untuk crossover bra dan juga panties. Ianya memang lembut, mudah menyerap peluh, sejuk dan selesa dipakai walaupun sepanjang hari.
Pemilihan terbaik untuk pakaian dalam ialah pastinya yang memberi keselesaan ketika dipakai. Panties ini dengan ciri-ciri ultra stretchy dapat menyokong perut apabila perut semakin membesar ketika mengandung atau bersalin.
Sebenarnya ada 6 pilihan warna menarik iaitu pink, beige,black, blue,brown dan purple. Tapi ciktom pilih warna brown sama untuk crossover bra dan panties. Rasanya lepas ni nak repeat order kolor pink pulak la.hehe..
Kalau korang tak sure saiz nursing bra atau maternity panties mana yang sesuai, korang boleh je tanyakan dengan customer service Mamaway samaada di messenger, whatsapp ataupun email.
Semoga perkongsian ciktom kali ini bermanfaat buat anda semua. Jangan malu atau segan untuk bertanyakan apa yang terbaik untuk keselesaan pemakaian nursing bra dan seluar dalam. Ibu selesa memakai, anak pun gembira menyusu.
Nak beli jugak macam ciktom punya Antibacterial Crossover Sleeping Bra & Antibacterial Panties, boleh klik ke website>>http://bit.ly/2wNFo4v
Korang nak tahu ada banyak lagi produk kelengkapan ibu dan anak yang menarik Mamaway ni jual tau, korang boleh layari di laman sosial Mamaway berikut:
Website : https://my.mamaway.com/ Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/ Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Sharing is caring
mommies yang breastfeeding memang wajib guna brand ni kan..
Artikel yang sangat berguna. Tq, me a new user in here …
wah.. tak tahu lah saya soal ginian.. saya nak lanjut ke artikel ciktom yang lain saja.. hehe
Jom baca entri terkini Gerai Toyota …Harga dan Spesifikasi Mobil Toyota Sidoarjo Terbaru di Tahun 2019