Perlu Ke Isteri Support Hobi Suami? Painting By Numbers DIY Oil Paintings

Perlu Ke Isteri Support Hobi Suami? | Assalamualaikum dan salam ceria.. Suami ciktom memang jenis jiwa seni dan sejak PKP jiwa seni dia nak mendekorasi rumah membuak-buak. hahaha… Jadi ciktom sebagai isteri perlu ke suppost hobi suami ni? Yelah selalu jugak dengar topik ni hebat dibahaskan dalam slot televisyen samada perlu ke isteri support hobi suami?

Perlu Ke Isteri Support Hobi Suami?
Painting By Numbers DIY Oil Paintings

Perlu Ke Isteri Support Hobi Suami?

Bagi ciktom selagi hobi tersebut tidak memudaratkan diri dan tidak menganggu kebahagian sebuah rumahtangga, lebih baik kita support je hobi suami. Macam suami ciktom hobi suka melukis, mewarna, DIY macam2. Kekadang pening dan stress jugak sebab dia suka selerakkan barang. Bila nak buat balik mula la tercari- cari mana semua barang konon- konon hilang. haha…

Slowly nampak rupa kuda
Slowly nampak rupa kuda

Painting By Numbers DIY Oil Paintings

Hobi terbaru suami ciktom ialah mewarna lukisan mengikut nombor atau famous nama Painting by Number DIY Oil Paintings. Dia berangan nak letak frame kat dinding rumah hasil keras tangan dia #paintingbynumbers pada canvas lukisan gambar kuda. Suami ciktom start mewarna pada 26 Jun 2020 dan siap selepas 2 minggu lebih iaitu pada 11 Julai 2020. hihi..

Baca juga: Suami Kena Faham Kenapa Isteri Suka Ber’fashion’ & Kelihatan Cantik

Painting By Numbers DIY Oil Paintings
In Progress

Semuanya ada 24 jenis warna. Memang seronok pada yang minat dan ianya memerlukan kesabaran dan ketelititan yang tinggi.

Ada 24 jenis warna dan pada penutup ada tertulis nombor
Ada 24 jenis warna dan pada penutup ada tertulis nombor

Suami ciktom ni kalau ikut bukan kategori penyabar sangat tapi pelik suka benor buat aktiviti atau hobi renyah macam ni.

Tekun dan sabar mewarna. hehe
Tekun dan sabar mewarna. hehe

Tips dan Trick Mewarna Lukisan Painting By Numbers

Tips nak mewarna lukisan Painting By Numbers ialah;

1) Warna guna warna yang paling banyak dahulu.
2) Mewarna dari kawasan yang besar sebelum ke kawasan yang lebih kecil.
3) Mewarna dari atas ke bawah
4) Mewarna pada background dahulu baru kemudian pada subjek
5)Tak payah skema ikut area sangat, kena buat comot2 sikit baru nampak macam canvas lukisan dan berseni 😂
6) Mewarna waktu yang tenang tanpa hiruk pikuk anak tau aka waktu anak tidur. haha…

wainscoting DIY di ruang tamu rumah sendiri
Rajin pulak bab macam ni. Wainscoting belakang tu pun suami DIY buat sendiri. hehe..

Paint by Numbers mengajar kita untuk menjadi pelukis yang lebih baik

Selain menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan bagus untuk bersantai, mewarna mengikut nombor adalah kaedah yang bagus untuk meningkatkan kemahiran korang dan lebih baik lagi untuk permulaan untuk yang berjinak-jinak nak jadi pelukis. Mewarna mengikut nombor membantu korang mengembangkan sifat-sifat seni dan pelukis.

Adakah mewarna dengan nombor dikira menipu?

Close up gambar dengan nombor. Korang perlu warna mengikut nombor yang tercatit pada canvas dan juga penutup warna
Close up gambar dengan nombor. Korang perlu warna mengikut nombor yang tercatit pada canvas dan juga penutup warna

Haha.. Sebenarnya tak tipu pun. Ini pun dikira salah satu cabang atau proses seni. Bukannya korang kena memasukkan cat dengan nombor projek dalam pertandingan, dan kemudian melanggar peraturan semasa melukisnya, maka yang tu barulah dikira menipu dalam berkarya.

Adakah perlu mewarna background atau subjek terlebih dahulu?

Kelebihan melukis background terlebih dahulu adalah korang tidak akan cenderung menganggu subjek di depan. Contohnya, jika korang mewarna dengan teliti pada subjek terlebih dahulu (katakanlah, mawar merah) dan kemudian mewarna pada background, korang akan lebih berisiko mencacatkan warna pada mawar jika tersilap dalam proses mewarna.

Hasil Suami Painting By Numbers DIY Oil Paintings

Ini hasil gambar progress dan hasilnya ye. So, next kami rancang nak cari frame bersesuaian untuk bingkaikan gambar canvas ni pulak. Baru cantik nak gantung kat dinding rumah. hehe..

Hasil Painting by Numbers yang dah siap!
Hasil Painting by Numbers yang dah siap!

Suami atau isteri korang ada hobi apa? Korang support tak hobi pasangan masing- masing?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Perlu Ke Isteri Support Hobi Suami? Painting By Numbers DIY Oil Paintings

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!