Pulut Kuning Diraja Sedap Delivery Sekitar Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sayang… Betullah perumpamaan yang diperkatakan jika ada rezeki insyaAllah takkan salah alamat.

Jom nak share kisah rezeki ciktom dalam bentuk pulut kuning diraja.

Sebelum ni memang ciktom pernah order pulut kuning dgn kak Salmanormi Saleh. Waktu tu mengidam nak makan pulut kuning tapi jauh dengan kampung halaman tercinta. Alhamdulillah pulut kuning easaya sedap semua cukup rasa dengan pulutnya yang lembut bersama rendang ayam. Wow sangat!

Pulut Kuning Diraja Sedap Delivery Sekitar Johor Bahru

Hari sabtu bulan lepas nampak kak normi up status nak cari 5 orang bertuah nak berkongsi rezeki Pulut Kuning Royal. Terus ciktom excited join dengan komen bagitau last ciktom makan pulut kak normi ni tahun lepas masa mengidam tengah pregnant. hihi..

Alhamdulillah rezeki ciktom untuk jadi salah seorang yang terima pulut kuning diraja tapi sayangnya ciktom pulak tak buka facebook. Tengok facebook pun dah maghrib. Bila sedar dan whatsapp kak normi. Kak normi nak mintak Runner hantarkan malam pun dah takde. Ciktom cakap bagilah kat sesiapa pun. Fikir takpelah mungkin sebenarnya dari awal bukan rezeki ciktom.

Tak sangka pula, beberapa hari lepas tu kak normi contact lagi ciktom dan cakap buat lebih sebab dan janji. Katanya janji ditepati. Padahal kita yang salah tak alert. huhu..

Ya Allah baiknya kak normi. Terima kasih banyak bagi kita merasa pulut kuning royal.

Memang best sangat! Pulutnya lembut. Serunding ada letak tengah2 pulut n melimpah lagi kat atas. Serunding pun sedap. Yelah Pulut kuning Royal (diraja) ni resepi warisan istana.

Semoga dimurahkan lagi rezeki akak sekeluarga.

FB: Salmanormi Saleh
FB pages: Penang Station
WA: 0108220609

#ciktomsaytq #fooddelivery #fooddeliveryjb

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Pulut Kuning Diraja Sedap Delivery Sekitar Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!