Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax
Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semakin dekat dengan Hari Raya makin kuat debarannya untuk menyiapkan segala persiapan hari raya. Yelah ciktom lebih suka buat persiapan raya lebih awal. Seperti Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, suami ciktom memang prefer Hari Raya pertama pakai baju melayu bersamping dan raya seterusnya bergaya dengan kurta moden.
Kebiasaannya dari zaman bujang lagi, setiap kali raya suami ciktom akan belikan ahli keluarganya baju raya dari Butik Busana Jamilah. Bila mana suami dapat tahu yang owner butik tu dah buka 1 lagi butik tapi khas untuk koleksi kurta dan kemeja lelaki. Suami memang teruja sangat.
Lagi awesome nama butik ni agak catchy dan trendy iaitu Butik KACAX!! Lokasi butik ni pun tak jauh dari rumah kami iaitu di Angsana Johor Bahru Mall. Kami ambil keputusan datang ke Butik Kacax untuk window shopping jika ada yang berkenan di mata suami.
Suami Kacak Bergaya dengan Kurta Kacax
Butik Kacax ni terletak di Tingkat 3 dalam Angsana JB Mall berhampiran dengan kedai buku Badan. First impression ciktom bila masuk butik Kacax sedap mata memandang tengok konsep minimalis moden dengan susunan kurta dan kemeja tersusun rapi.
Antara Pilihan Kurta Kacax Dewasa
Smart kan Kurta Kacax Primo ni?Sekali lalu tengok dah macam design ala-ala army. Hihi… Kurta Primo ni kainnya memang sejuk sangat bila ciktom pegang tau. Confirm kalau pakai ni relaks je dari pagi sampai ke petang nak pergi beraya pun. Haha… Oh patutlah sejuk je rupanya material digunakan ialah cotton linen tau. Design ni nampak eksklusif sangat dengan 3 line cotton floral di kiri dan kanan lengan.
Ni pulak Kurta Kacax Modica. Ciktom suka design ni simple dengan 2 line cotton floral pada dada baju. Sekali sarung terus nampak sado sebab kurta ni jenis slimfit. Butang pada kurta ni memang eksklusif diperbuat dari ‘coconut shell’ atau bahasa melayu tempurung kelapa. Cantik tau butangnya!
Ada banyak lagi kurta yang ada tau. Antaranya Kurta Kacax Rovigo, Mataro, Vero, Gio, Getxo dan Zamora. Haa amik kau. Dengan nama kurta pun kelass sangat sampai terbelit lidah ciktom nak sebut. Hahaha…
Confirm kalau korang datang Butik Kacax ni tak sah kalau tak beli at least sehelai kurta sebab semua design cun-cun.
Kurta Kanak-kanak Matching Sedondon dengan Ayah
Selain kurta dewasa, terdapat juga pilihan kurta sedondon anak dengan ayah tau. Nasib baik anak sulung ciktom perempuan. Kalau dah lelaki confirm ciktom beli kurta set sedondon dengan suami.
Ciktom berkenan sangat tengok design kurta yang comel2 ni sampai terus rasa teringin nak tambah anak lelaki pulak. Dahsyat benor penangan kecomelan Kurta Kacax ni. Haha..
5 Sebab Kurta Kacax Jadi Pilihan Kami Suami Isteri
Apa yang kami suka ialah Kurta Kacax ini diperbuat daripada material berkualiti tinggi. Bila suami pakai je terus rasa seronok sejuk macam nyaman dalam bilik aircond. Haha.. Material kain ni penting tau pilih yang high quality supaya selesa untuk kita pakai sepanjang hari. Lagi2 kami nanti nak beraya dari pagi sampai ke petang. Antara material yang digunakan ialah cotton linen, cotton osaka, cotton diamond dan premium koshibo.
Yang suami ciktom paling seronok sebab banyak pilihan design kurta moden yang ada. Semua design moden dan kontemporari tau. Sampai rambang mata dan berjam dia duk tilik mana yang nak beli. Adoii dia punya cerewet tu kalah ciktom yang perempuan ni tau kalau nak membeli.
Nasib baik ada ruang serta kerusi menunggu, boleh ciktom relaks duduk dengan Adira sementara ayahnya sibuk membelek dan try fitting kurta yang mana berkenan dihati.
Kat Butik Kacax ni pun banyak pilihan warna untuk setiap jenis kurta. Jadi senang la suami nak cari baju sedondon yang matching dengan baju ciktom. Tak silap ciktom Kurta Vero tu ada sampai 10 pilihan warna. Wow macam ni boleh datang beli lagi untuk seminggu raya. Warna yang berlainan ikut tema hari lain-lain. Haha..
Kalau tengok luaran butik ni mesti rasa takut-takut juga dalam hati kalau kurtanya harga mahal kan? Ya Allah sekali masuk survey harganya memang berpatutan. Kurta dewasa yang paling mahal pun RM119 je tau! Kurta kanak-kanak pulak mengikut saiz budak dari range RM69 hingga RM89. Bagi ciktom harga ni memang sangat berbaloi dengan material berkualiti tinggi.
Haa ni duk gaduh2 manja. Ciktom suruh amik kurta royal blue ni kolor cantik. Tapi dia tak nak pulak. Katanya nak kolor maroon untuk kurta.
Suami ciktom ni memang seorang yang cerewet dalam memilih tema warna dan juga kualiti material pakaian yang dia pakai. Oleh sebab tu, biasa ciktom biarkan dia sendiri decide tema warna kami setiap tahun. Tahun ni raya pertama dia decide tema royal blue manakala hari kedua maroon.
Mula-mula fitting testing Kurta Kacax Gio warna royal blue.
Pilihan dihati suami Kurta Kacax Vero kolor maroon. Ok ke idok?? Kecik besar ciktom tengok gaya dah ala penyanyi nasyid pulak. Haha…
Pada korang yang tercari-cari koleksi kurta kacak yang material berkualiti tinggi, design modern serta banyak pilihan warna dengan harga yang berpatutan. Silalah ke Butik Kacax di Angsana JB Mall. Butik ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Facebook: https://www.facebook.com/KACAXORIGINAL/ Instagram: https://www.instagram.com/kacax_official Lokasi butik: L3.41, Level 3, Angsana JB Mall, Johor Bahru.
Korang nak dapat diskaun 20% ???
Guna kod ini>> BG10KACAX dan whatsapp ke http://www.wasap.my/60197351037/BG10KACAX.
Macam mana nak dapatkan DISKAUN 20% ?
Hanya print skrin sahaja post blog cik tom ini dan tunjukkan gambarnya semasa korang membuat pembayaran di kaunter Butik Kacax. Promo kod ni SAH utk pembelian online & offline sehingga 10 Jun 2018, 11.59 pm.
Jom shopping raya!!
Sharing is caring
memang kacak bergaya kalau pakai kurta KACAX ni..hihii
Jom baca entri terkini sunah sakura …DAPUR RAMADHAN NISA’ JOHOR 2018
Mampu beli Kurta ni.. design semuanya menarik.. kalau dekat nak ke JB memang dah pergi sana dah..
Jom baca entri terkini anuar …WW : Prinsip Jualan RM1 Juta Ringgit
nama kedai sesuai dengan produk yang di sediakan, by the way cantik-cantik koleksi baju lelaki di sini
Pergh, nama dia Kacax. Ni takut beli kang suami terlebih kacax pulak. Tapi sukalah tengok design dia, ada banyak yang simple tapi lelawa.
Jom baca entri terkini Zayani Zulkiffli …Pilih Kismis California Sebagai Snek & Dalam Masakan
makin kacax encik suami Cik Tom ni , hehehe
Jom baca entri terkini Wan Zawawi …Segak dan Bergaya Di Hari Raya Dengan Kurta #KACAX
Bagusnya ada baju sedondon bapa dan anak2 selalunya baju sedondon ibu dan anak ajer kan?. Agak agak kalau suami pakai boleh jadi KACAX tak?. Hehe
Jom baca entri terkini Ezna …Promosi voucher berbuka puasa berbaloi penangan Lazada
Nampak selesa potongan kurta ni. Harga pun berpatutan. Kalau dekat, dah serbu kat butik dah ni untuk suami
Jom baca entri terkini Chiktie …Kejayaan kita. Usaha kita. Redha-Nya
Mmg segak kalau lelaki pkai kurta…
Byk tu dscount 20% tu…seronok nya da beli baju raya..kita blum lg
Jom baca entri terkini Alia …Kenapa aku pindahkan anak aku ke tadika lain?
Nama mall nya unik ya. Butik KACAX. Ini baju bajux couple ya. Memang cocok untuk hari raya nanti. Oh ya.. warnanya suka ma biru juga ya. Sama dong
berkenan sangat tengok kurta ni. Design lain daripada yang lain. Memnag nampak kacakla kalau laki kita pakai ni. Boleh beli onlina kan>? Boleh usha ni..siap ada diskaun haritu nampak kawan post pasl kacak ni juga. Baju laki pun belum beli lagi ni
Jom baca entri terkini Nadia Johari …MAKAN MALAM DI RESTAURANT CROW’S NEST AVILLION PORT DICKSON
wah trendy jugak nampak kurta mereka ni yea, colour pon banyak pilihan macam best tuu. Memang bagus sangat buat untuk raya para suami hehe.
Jom baca entri terkini Qeela …Persembahan Artis-Artis with Kilafairy!
cantik juga kain kurta ni..nama butik ni mmg khas menjual pakaian lelaki ya heheheh…kalau pegi JB bolehlah singgah…cari kurta kacax 🙂
Jom baca entri terkini ayu rafikah mohd amin …Kempen Together-gether Fund Dari Domino’s Malaysia
Memang ada kat Johor je eh butik ni? Baru nak terjjah….sebab adik-adik suka pakai kurta.. mesti harga dia berbaloi gakkan. InshaAllah kalau ada ke Johor kita nak ke sana 🙂
Jom baca entri terkini Mek Onie …PRA-PELANCARAN KOMIK LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR
Nama kedai pun dah kacak apatah lagi kalau dapat baju dari sana mesti lagi bertambah kacak di pagi raya hehehe bestnya tengok koleksi kurta sekarang dah ramai orang suka pakai kurta. Mudah dan selesakan kita pun suka..
Jom baca entri terkini Mahamahu …Rawatan Penyakit Zaman Moden Melalui Produk Water Of Magnesia
Wahhh bestnya…orang lelaki pakai kurta Kacax terus jadi kacak ekk..terbaiklah..hehehe. Sekarang dah ramai jugak kaum lelaki suka berkurta ni, selesa katanya, nanti sis akan rekemen tempat ni gan kwn2 sis
Nampak menarik pula kurta dekat kedai kacax ni… kalau ada anak lelaki boleh pakai sedondon ayah dan anak, malangnya tak ada pulak anak lelaki.. nak info dekat adik iparlah dia ada anak lelaki!
Jom baca entri terkini Bonde Zaidalifah …RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON
bertambah kacax suami cik tom.
Jom baca entri terkini mar mansor …Kurma Nurrasyaè
Kurta dah jadi semakin popular dan pilihan ramai kan. Rawlins pun suka kurta gak sebab mudah dan senang dipakai.
Jom baca entri terkini Rawlins GLAM …Enjoy Breaking Fast Beside the Lake Cempaka Villa
wahhhh makin bertambah kacak lepas menyarungkan kurta by kacax nie. first time sy dengar jenama ini dan sangat jatuh ahti dengan pilihan dan koleksi yg ada. okay sy nak terjah nanti utk beli satu dua utk raya
Jom baca entri terkini Zharif Azis …Majlis Pelancaran OPPO R15 Pro
Cantiknya kurta di kedai Kacax ni. Adik dengan abah pun tengah cari Kurta untuk Raya. Boleh la IKa try cadangkan kepada meraka.
Jom baca entri terkini Ika Sani …Ramadhan Buffet 2018 Di Flamingo Hotel Penang
suggest la kat diorang tau sebab ada promo code ni less 20%. mana nak dapat kurta eksklusif dengan discount banyak macam ni
Nak belikan suami kurta untuk pakai raya tahun nih macam x berbaloi pulak sebab dia tak dapat nak beraya dengan kitorang. Kena operasi di Lahad Datu. Kalau dia ada mesti best dan seronok tengok dia pakai kurta nih
kirim la hadiah suprise untuk suami diperantaun mimi..confirm dia tersenyum lebor je bila dapat..
Perghhhh….!!! Mau kacax bergaya macam nie… Tapi tengah fikir tahun nie nak pakai apa… baju melayu ke, kurta atau jubah? Susahnya nak buat keputusan sekarang nie ahahaha
Jom baca entri terkini Bro Framestone …Nasi Beriani Gham Special (Tanam) Keistimewaan Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang
Raya kan sebulan…boleh gilir2 pakai baju melayu, kurta dan jubah… hahaha
habis la ibu n dira tenggelam sebab ayah dah terlebih kacax..hahahaha
Jom baca entri terkini Hernee Nazir …Majlis Berbuka Puasa Swiss-Inn Johor Bahru Bersama Warga Pekak Dari Persatuan Orang Pekak Johor
Nama baju pun sekacak rekaan baju dan jenamanya juga.Koleksi baju lelaki pun banyak pilihan dan warna. Tak macam dulu rekaan sangat hambar. Kini lelaki pun boleh bergaya macam perempuan kan di pagi raya.
Haruslah kacax bergaya di pagi raya nanti kan..hehehe..tapi suka tau material kain tu,sejuk je
Pemakaian kurta dah semakin mendapat tempat dalam masyarkat kita kan
Jom baca entri terkini Ibu Zaid …Umai Cafe Putrajaya? Aduh Sedapnya! Tempat makan best di tepi tasik
Biar tak hensem asalkan kemas dan sedap mata memandang
Jom baca entri terkini Mama Hakim …10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!
kacak bergaya la raya nanti
hahahahaha..
Raya tahun saya pun nak gina kurta juga la
Jom baca entri terkini mrhanafi …5 Punca Kalah Teruk Dalam Contest SEO