Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru
Assalamualaikum dan Salam Sayang…
Cik tom nak mulakan entri dengan bertanyakan pada diri korang semua; “Adakah korang rasakan diri korang cantik??“
Mesti ada yang malu-malu nak mengaku dia cantik kan. Hehe… Tak kurang pulak akan cakap saya tak cantik pun, biase je. Sobsob.. ;(
Kalau kita kata diri kita tak cantik? Siapa yang buat kita? Allah yang mencipta kita kan? Kalau kita mengutuk orang lain atau diri kita sendiri tidak cantik bermakna kita mengutuk ciptaan Allah.
Kita memang selalu merasa tidak puas dengan apa yang Allah kurniakan pada kita sedangkan ada ramai diluar sana kurang bernasib baik apabila dilahirkan buta, bisu, pekak, kudung tangan atau kakinya. Ucapkanlah syukur ALHAMDULILLAH kita dilahirkan sempurna anggota tubuh badan.
Ramai wanita yang terlampau taksub untuk mengatasi kekurangan diri sehingga ada yang nekad melakukan pembedahan plastik untuk mengubah ciptaan Allah. Yang terlalu besar dikecilkan manakala yang kecil dibesarkan pulak. Tue belum dikira dengan perbelanjaan yang ditanggung demi untuk sebuah wajah dan tubuh yang kononnya “lebih cantik”.
Hasilnya cantik ker????
Maaf gambar kat atas nak buka aib minah salleh ni tau. Sebagai teladan kita bersama ye. Hamba Allah di atas begitu taksub melakukan pembedahan plastik semenjak dari muda. Hasilnya ia memberi risiko kepada rupa dan kesihatan (kalau tak dalam masa terdekat, maybe jangka masa panjang). Hasilnya rupanya makin hodoh. Pasti ada hikmahnya bagi setiap larangan yang Allah melarang umatNYA mengubah paras rupa.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan cantik? Bagaimanakah yang didefinisikan cantik pada pandangan korang?
Cantik itu sendiri membawa maksud yang subjektif bergantung pada pandangan setiap orang yang pastinya berbeza. Ada yang mengatakan cantik itu dilihat pada rupa paras dan fizikal seseorang. Ada yang mengatakan cantik itu dilihat pada hati, jika hati cantik maka cantiklah luarannya.
Wanita dengan keinginan untuk cantik memang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Demi sebuah perkataan pujian cantik, wanita sanggup mencuba pelbagai komestik merbahaya serta membayar berapapun harga yang diminta. Tapi itukah rahsia untuk satu kecantikan pada seorang wanita? Sudah pastinya tidak!
Produk berasaskan bahan kimia merbahaya memang menjanjikan kecantikan yang segera tetapi ianya boleh memberi kesan sampingan yang lebih dahsyat sehingga menjadi punca sel kanser merosakkan kulit. Kesannya boleh menjadi mimpi ngeri yang menjadi igauan hidup. Korang nak ke jadi camtu? Ishhh…. mesti tak nakkk kannnn….
So, kita sebagai wanita di alaf baru ni harus lebih bijak untuk menyerlahkan kecantikan dalaman serta luaran yang terdapat dalam diri kita. Bagaimana agaknya?
Kecantikan dalam diri harus dimulakan dengan mensyukuri segala nikmat yang dimiliki dan tidak berlebihan dalam semua aspek. Terima dan cintailah bentuk tubuh badan kita sedanya samaada kurus, gemuk, tinggi, rendah, kasar, lembut, kemek. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya dan jangan membandingkan diri kita dengan wanita lain. Jangan asyik melihat kekurangan pada diri kita sebagai wanita. Tapi lihat pada kelebihan diri kita dan tingkatkan KEYAKINAN DIRI dengan memberikan semangat untuk sentiasa nampak cantik dalam kehidupan seharian.
Elakkan diri dengan perasaan iri hati atau dengki apabila melihat kecantikan wanita lain. Tetapi hadapilah orang lain dengan penuh rasa percaya diri, bahawa kita punya kelebihan dan CANTIK. Elakkan negatif thinking ye.
Kita sebagai kaum wanita tidak harus meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri kita. Ianya dibolehkan asalkan kita tahu seimbangkan bila masa perlu ia tonjolkan dan bila masa pula ia perlu disembunyikan. Kita perlu memastikan kebersihan badan, wajah dan semua yang diamanahkan dengan sebaiknya.
Cara wanita moden masa kini lebih suka menyerlahkan dan mengekalkan kecantikan diri dengan melakukan rawatan di spa atau pusat rawatan bertauliah.
Sekarang ni pelbagai jenis spa yang ada bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. So, spa bagaimana yang perlu dikunjungi? Sebaiknya Spa yang tidak bercampur baur lelaki dan wanita serta keadaan bilik rawatan yang selesa untuk memanjakan diri. Sebelum mendapat rawatan, persoalan kos perlu kita amik perhatian dan pertimbangan supaya tidak berlaku kes perbelanjaan yang berlebihan ye.
Antara pilihan spa yang ada khusus untuk wanita sahaja ialah Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. So, nanti baru senang hati suami atau boyfriend nak bagi izin massage lama-lama kat sana. Kalau tau ada servis lelaki confirm suami jeles kan. hehe…
Malahan yang best spa ini menawarkan harga yang berpatutan dengan pelbagai servis rawatan kulit serta badan berkualiti yang disediakan. Siap ada promosi lagi istimewa untuk bulan Mac. For those yang nak kahwin boleh amik full treatment sebelum kahwin. Baru la nampak lagi berseri-seri kan?
Untuk pakej harga bagi servis rawatan lain boleh lihat di>> SERVICE.
Lagi bagus bahan produk badan di spa Anjung Jelita tidak mengandungi bahan kimia iaitu 100% diperbuat dari organik tanpa bahan pengawet. Takdelah bimbang nak dapatkan rawatan kat sini sebab tak gunakan bahan kimia kan.
Bilik-bilik rawatan kat sini pun luas dan cantik yang memberi keselesaan untuk customer mendapatkan rawatan kecantikan di sini. Best tengok setiap bilik disediakan lilin aromaterapi mesti tenang je bila bau aromaterapi dari lilin time massage. Confirm lelap dibuai mimpi. Perggh dah terbayang-bayang duk massage ni. haha..
Wanita alaf baru memang suka memanjakan diri dengan urutan badan, muka serta aromaterapi. Masa di spa ini la kita dapat luangkan diri dengan merehat dan memanjakan diri dari kerja seharian di pejabat atau di rumah.
Hilang semua stress kerja kat ofis atau kerja kat rumah kan. Bila lagi nak manjakan diri sendiri? Sayangilah diri kita dengan memanjakan diri kita sekali sekala di spa. hehe…
Kalau badan dah cukup rest, treatment, bertenaga barulah lagi berseri-seri wajah kan dan terserlah kecantikan pada diri. Takdelah asyik nampak sembab je muka dan badan yang asyik letih stress dengan kerja
Selain ber “spa”, jangan dilupakan juga pemakanan yang seimbang sangat penting kerana kecantikan bermula dari dalaman. Sekiranya dalaman badan sihat, luarannya turut akan sempurna. InsyaAllah…
Untuk lihat maklumat lanjut mengenai spa ini boleh layari fanpage; Fanpage Anjung Jelita atau website Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.
Contest Rahsia kecantikan Wanita Alaf Baru dianjurkan oleh Denaihati.com dan ditaja oleh Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.
Sharing is caring
Tak pernah lagi menggunakan pakej servis yang ditawarkan oleh pihak Anjung Jelita… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …RAHSIA DR SHAH RAZALI Dan OTAI-OTAI HARTANAH DAPAT MEMBELI LEBIH DARIPADA 100 BUAH HARTANAH
nanti boleh cuba
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Setuju sangatlah cik tom. Benda2 ubat telan makan ni, jgn main bedal jer…kena tgk baik2…halal ke tak…ada stiker kkm atau tak…
pentingnya kena selidik dulu…
apapun, selaamt berjaya yer!
Jom baca entri terkini hafizmd …EPHYRA Pilihanku Hanya Jika….
kena minta nasihat doktor
Jom baca entri terkini faizal …15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
cantiknya spa dia..nampak selesa la..akak suka kalau spa tu tak ramai yang menunggu dalam nya.biasa kat sini akak call dulu tetap masa dan hari apa nak pi.sebelum pi pun akak akan call tanya ramai tak orang,..maklum la..ada anak kecil.ni kadang2 suami kena tunggu sama kat situ jadi agak tak slesa kalau ramai sangt perempuan dalam tu..orang pun tak selesa tengok anak kita dok berambat merata.heeh
Jom baca entri terkini diana …GAMBAR:BILA LELAKI MENYUSUKAN ANAK
suami jarang ingin tunggu. kalau ada yang tunggu bagus la
Jom baca entri terkini faizal …5 Perkara Yang Menyenangkan Hati
Bestnye kalo dpt gi spa before kawin! tp syg xsmpt nk join.. 😉
Jom baca entri terkini Miss Yaty …EPHYRA PILIHANKU
kalau tidak sempat nak pergi sebelum. pergilah selepas kawin
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
nanti suami lagi suka..
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Apa tujuan spa eh?
Jom baca entri terkini yusri …Zoloft Weight Loss – Is it Really Safe?
untuk relaks kan minda…cam terapi diri..
kalau wanita baca buku tentang bahaya kosmetik dari persatuan pengguna.. mmg takut la nak pakai apa2 kosmetik..
Elok berserdehana dan setiap sudut..
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Contoh Design Ceiling Dari Rumah Saya & Kisah Peniaga Putu Jana RM1500 Seminggu.
semua patut baca buku ini. untuk kebaikan bersama
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Cantik sungguh ruangan dalaman SPA di anjung jelita. Servis yang ditawarkan menarik.
Jom baca entri terkini saimi …Pengaruh daripada AuthorRank
rasa macam nak masuk sahaja ke dalam spa tu
Jom baca entri terkini faizal …15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
cantik luar dalam akhir kita berjaya siapkan task ini yeha.
Jom baca entri terkini suri …Ephyra Pilihanku. Kenpa Mesti Ephyra?
tahniah
Jom baca entri terkini faizal …15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
betul, cantik tu subjektif, pembawaan watak dan akhlak seseorang akan menjadi salah satu ciri cantik jugak, orang kata, sejuk mata memandang.
pemilihan produk yang selamat dan semulajadi pun perlu.
Jom baca entri terkini myliferia …Bagaimana Protein Berperanan Menyokong Proses Kurus
saya setuju sangat dengan pandangan ini.
Allah itu Maha cantik. Dia jadikan kita sebaik-baik kejadian
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
seseorang perempuan mesti mempunyai kecantikan dalaman & luaran, satu perkongsian yang bagus tu kak 😀 , zaman sekarang ni macam macam produk muncul, kena bijak dalam memilih.. silap pilih, abislah hehe.
Jom baca entri terkini cik lisa …Tip Jaga Rambut Bila Bertudung
itu harus di ambil tahu jangan ikut sedpa sahaja itu bahaya kena ambil tahu dengan apa kita ambil sekarang banyak produk ada pasaran.
Jom baca entri terkini suri …Trick Saya Menjadi Membuat Kuih Pau Kedai
pendapat ini tepat sekali..banyak juga kes silap barang kosmetik ini
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
lepas ini bolehlah kita buat ya ciktom hee..saya tak sabar nak merasa detik indah gitu heee
Jom baca entri terkini suri …NIVEA In-Shower Skin Conditioner
wanita memang suka pergi spa..baguslah untuk kepuasan diri
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Kecantikan dalaman dan kecantikan akhlak lebih utama…suka bc tulisan cim tom
Jom baca entri terkini wan …Atasi Cramp Semasa Mengandung
Emm sebab tu kena pergi jumpa mereka yang dah berpengalaman sebelum membuat apa-apa tindakan bab mencantikkan muka..hehe..macam best jer anjung ni..nak kena pergi juga..tu pun kalau ada rezeki..hehe..terima kasih atas perkongsian ni..
Jom baca entri terkini Hafizul …Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung
saya setuju sangat..dalam membuat keputusan kena hati2..lebih baik bertanya sebelum terjadi apa2 yang tidak diingini
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Yang penting jangan guna produk tiruan. Kalau tiruan saya jamin boleh sebabkan kesan sampingan pada kulit. Kalau nak cantik boleh tapi pastikan original.
Jom baca entri terkini Arieon …Semakan Keputusan SPM 2013
salam kembali
lama sudah tidak datang sini..artikel dari ciktom memang terbaik
Jom baca entri terkini faizal …Belajar Dari Master Shaklee Norlaila
Kesian juga pada mangsa-mangsa kecantikan ni T__T
Jom baca entri terkini profhariz …Review Buku Denaihati Blog
Cantik bukan hanya pada paras rupa.. 🙂
Manusia adalah sebaik2 kejadian..
Jom baca entri terkini ANIRAH AZURI …Cara Nak Membuat Ibadah Korban Hari Raya Aidil Adha di Kemboja Secara Online 2014
kecantikan asli lebih baik dari menanggung derita mcmni….
Jom baca entri terkini Jamian Sarif …Soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Boleh Tanggal, Kini di Malaysia
eh cik tom pula menyepi..
semoga segalanya sihat sejahtera ya…
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …5 Sebab Kegagalan Bisnes Makanan dan Aduan Pembeli Kenapa Rahsia Bun Murah Sangat nie?
Salam… Kecantikkan dalam lebih disayangi Allah daripada luaran. Ramai yang sanggup membuat pembedahan plastik demi untuk kelihatan cantik, walhal Allah ciptakan ada hikmahnya.
Pemakanan yang baik dan seimbang amat bagus untuk kesihatan. Carilah pemakanan tambahan yang baik, tidak mengandungi bahan2 terlarag supaya kelihatan menawan.
Terima kasih Gadis Tomato yang cute…berkongsi informasi yang panjang lebar.
Jom baca entri terkini Kamil Salleh …Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014
“Ore loni semo nok comel”.. hihihi
Jom baca entri terkini Shafiq …Langkah-langkah Membuat Produk Jenama Sendiri
Terbaik nih.. Macam2 sekarang nih., produklah, suntiklah, bedah sana bedah sini..
cantik itu subjektif, bukan objektif.. hihi
org yg cantik ialah yg paling cantik akhlaknya..
Jom baca entri terkini MDHAFiZ.NET …Cuti Pertengahan Semester II UTHM
Sebelum membeli produk kecantikan tu kita kena selidiki terlebih dahulu halal ke haram. Dan berbahaya ke tak?
Jom baca entri terkini yusri …Weight Loss Pills That Works! At least..
gak brani paki yang gituan mending semua buat aja sendiri kan lebih alami
Tidak salah menjadi cantik yang penting bahan itu halal dan tidak memudaratkan. Kalau salah pilih diri sendiri yang akan menyesal.
Jom baca entri terkini Bungkilan …Comment on Kisah seorang jejaka sabah bernama Paken by kak ina kl
cantik itu subjektif…cuma perlu bijak, nak cantik yang macam mana..Yang penting, tidak memudharatkan diri…Peace!
Yang pasti pilih bahan yang aman, lebih baik lagi jika itu bahan alami terbuat dari rempah dari malaysia sendiri. sudah waktu kita pintar pilih kosmetik 🙂
Jom baca entri terkini kta bri …Tips KTA Permata agar disetujui dalam Sehari