Cara Tambah Pendapatan Dengan Jana Elektrik
Rentetan dari artikel cik tom sebelum ini, ada yang minta cik tom ceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana Sistem Feed-in Tariff (FiT) beroperasi dan bagaimana cara untuk jana pendapatan dengan jual elektrik kepada TNB.
Ok.. for starting.. cik tom nak refresh balik korang dengan ringkasan FiT.
FiT adalah satu sistem untuk menyokong pelaksaan tenaga boleh baharu yang mewajibkan pembekal tenaga untuk membeli tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber yang boleh diperbaharui pada harga dan tempoh yang ditetapkan.

Sistem FiT ini telah dilaksanakan hampir 50 negara di seluruh dunia untuk membangunkan pelaburan tenaga boleh diperbaharui. Sistem FiT dilaksanakan untuk menambah penghasilan elektrik, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menghasilkan elektrik dari sumber teknologi hijau. Secara langsung merendahkan penghasilan karbon dioksida yang menyumbang climate change serta global warming.
Baca: FiT dan Kepentingannya
Bagaimana sistem FiT dilaksanakan?
Secara ringkasnya sistem FiT ialah pihak utiliti kuasa (Distribution Licensees) contoh TNB, NUR dan SESB akan membayar pemegang tariff galakan (Feed-in Approval Holder) untuk setiap tenaga elektrik dijana dari tenaga boleh baharu (TBB) disalurkan ke grid elektrik. Meter akan dipasang untuk rekod jumlah kapasiti TBB yang dihasilkan.
Kemudian, elektrik yang dihasilkan dari TBB, NUR dan SESB dan juga sistem janakuasa TNB akan di agihkan kepada pengguna elektrik. Pihak utiliti kuasa akan claim bayaran untuk bayar pembekal elektrik TBB dari RE Fund. RE Fund ini ialah dana yang dikumpul dari surcaj 1.6% bil elektrik pengguna yang melebihi RM77.
Antara sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang layak untuk memohon sistem FiT ialah;
- Biomas – tenaga yang dijana dari pereputan bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan contoh sisa pepejal seperti sampah, kayu, tanaman atau baja.
- Biogas- tenaga yang dijana hasil dari pembebasan gas organik seperti tapak pelupusan serta kumbahan.
- Hidro kecil -penghasilan elektrik menggunakan sistem pengaliran air sungai
- Solar PV-penghasilan elektrik dari cahaya matahari menggunakan solar panel.
Baca: Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Cara nak mohon sistem FiT?
Bagi yang berminat nak jana pendapatan dengan jual elektrik kepada TNB under sistem FiT, first korang kena mohon Feed-in Approval (FiA) dan mendapat kelulusan dari pihak SEDA. Untuk permohonan FiA boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu manual dan online. Secara manual, korang boleh dapatkan borang di pejabat SEDA atau isi secara online diwebsite SEDA. Untuk mohon borang secara manual, ini alamat pejabat SEDA;

Untuk mohon online ada 2 registration stage untuk permohonan Feed-in Approval (FiA) iaitu;
- Profile registration
- Project registration


Siapa yang layak mohon Feed in Approval (FiA)?
Permohonan FiA layak pada pihak pemaju mahupun individu. Syarat permohonan sistem FiT untuk individu;
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
- Pemilik sah tanah
- Setiap individu terhad untuk 2 permohonan
- Setiap permohonan tidak melebihi 12kW installation capacity
- Setiap permohonan hendaklah berlainan alamat
Untuk lihat lebih details syarat lanjut sila layari website www.seda.gov.my dan lihat pada menu Feed-in Tariff> How to Become a Feed-in Approval Holder.
Ada caj tak dikenakan untuk permohonan Feed-in Approval?
Ini details untuk permohonan FiA. Kalau lihat lagi jimat isi secara online. Banyak save cost kan? Apa pun pilihan atas pada diri masing2 ye. Jangan lupa sebelum mohon tengok dulu ada available tak quota untuk permohonan FiA di website SEDA Malaysia. Klik untuk check >> RE QUOTA.

Semoga artikel dapat fahamkan korang lagi details mengenai cara jual elektrik pada TNB. Kalau ada soalan boleh ajukan pada cik tom tapi kalau soalan details proses FiA sebaiknya direct dengan pihak pengurusan SEDA Malaysia ya.
Sumber rujukan; SEDA Malaysia, FiT SEDA Malaysia,
Sharing is caring
Terima kasih di atas perkongsian info. .
Jom baca entri terkini anuar …Teknik mendapatkan Upah Simpan PERCUMA ketika Memajak Emas
ya.
kalau dapat wat duit dengan cara ni..memang best.
Jom baca entri terkini titan …Bagaimana untuk memohon FiT(Feed-in Tariff)
waa…. rumah kita pulak jadi pembekal tenaga lektrik… kalau pindah rumah habis black out nanti…
untung2… ni baru betul pasif income dari rumah…
Jom baca entri terkini saljuhumairah …Kerja Sambilan Dirumah Jual Produk Kesihatan dan Cara Pasarkannya
bagus ni buat duit dengan elektrik..tp kita masih tak faham lg huhu
Jom baca entri terkini Farid Laham …Payment Pertama Dari H12 Media
wahh…boleh buat duit…bagusnya…..
Jom baca entri terkini Alynn …Penyusuan Susu Ibu Semula (RELAKTASI)
wah.. menarik tu.. boleh buat duit juga melalui jual tenaga elektrik..
Jom baca entri terkini Mizz Aiza …Teman Setia Mizz Aiza Januari dan Februari 2014
oo boleh jual elektrik kepada tnb ke…bagus ni..
Jom baca entri terkini hafiz …Majalah Kei Kompak Mac 2014
menarik ni, terima kasih untuk info ini 🙂
Jom baca entri terkini intern Malaysia …Great Eastern Apprenticeship Programme (Internship)
memang leh buat duit ni nampaknya..
Jom baca entri terkini ohcikgu …CoolTek Home â Perintis Pertama Rumah Tenaga Solar di Malaysia.
Terbaru ni teknik pendapatan cam ni. Kawe bab2 letrik mmg tak mahir. confuse jer.. Kena baca 3 -4 kali baru paham ..
Jom baca entri terkini Dulu Lain Sekarang Lain …Muat Turun Kit Membina Laman Web Dengan Mudah Menggunakan WordPress
Wah CIKTOM ini sangat menarik..rasa nak sarankan dekat mak dan ayah di kg..saya suke sanagt kalau bab save n earn ni..thanks for sharing dear 🙂
Sedang Hangat Diperkatakan
Emm menda ni..kena baca banyak kali nampaknya baru leh faham..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung
Ini untuk semenanjung ja kan. Atau termasuk sabah dan sarawak ? Macam berminat pula..
Jom baca entri terkini Bungkilan.com …Why you should marry a teacher
baru pertama kali tahu. terima kasih
Jom baca entri terkini faizal …Set Mengandung Shaklee Untuk Ibu
macam-macam idea sekarang ini. asalkan jadi duit
Jom baca entri terkini faizal …Amalan Harian Jauhi Fitnah Dajjal
Sangat menarik, semoga sukses.
Memang boleh buat duit dengan cara ni. Tapi untuk modal permulaan memang agak besar jugalah.
Jom baca entri terkini yusri …Metformin and Weight Loss – Best Way to Lose Weight?