Peranan SEDA Malaysia dan Pelaksanaan FiT
Hi semua! Korang masih ingat entri cik tom tentang penghasilan tenaga elektrik dari tenaga boleh baharu, feed-in tariff semua tue? Actually cik tom baru perasan dalam semangat duk cerita pasal semua tue, cik tom terlupa nak cerita lebih details mengenai SEDA Malaysia. Mostly ramai tak sedar akan kewujudan dan sumbangan SEDA Malaysia dalam kehidupan seharian kita.
SEDA merujuk kepada Sustainabele Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia). SEDA merupakan badan berkanun di bawah kelolaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang ditubuhkan pada 1 September 2011 dengan tujuan utama untuk menguruskan sistem Feed-in Tariff (FiT) under Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
Baca: Feed-in Tariff (FiT)
FiT dilaksanakan untuk membangunkan pertumbuhan tenaga boleh baharu (TBB) yang membolehkan elektrik dihasilkan dari sumber TBB dijual kepada syarikat utiliti kuasa pada harga dan tempoh yang ditetapkan. FiT ini juga dilaksankan untuk elak kita terlalu bergantung pada bahan api fosil (minyak) yang bakal habis satu hari nanti dan mencemarkan alam sekitar.
Baca #1: Tenaga Boleh Baharu (TBB)
Baca #2: Sumber TBB dan Perbandingannya
Untuk menyokong pelaksanaan FiT, kerajaan menjadikan ia tanggungjawab bersama pengguna elektrik dengan membuat peruntukan RE Fund. Peruntukan bagi dana ini dikumpul melalui sumbangan daripada semua pengguna elektrik yang dikutip menerusi pengguna elektrik TNB.
Tapi surcaj 1.6% untuk RE Fund tersebut hanya dikenakan pada bil elektrik yang melebihi RM77 sebulan atau penggunaan 300kW ke atas. Ianya bersesuaian dengan pendekatan yang banyak menggunakan elektrik perlu menyumbang 1.6% kepada pelaksanaan elektrik dari sumber TBB.
Bagi cik tom, ini salah satu cara alternatif untuk mendidik orang ramai agar lebih cekap dan cermat menggunakan elektrik ke arah penggunaan tenaga yang lestari.
RE Fund terkumpul ini akan diuruskan oleh pihak SEDA Malaysia untuk membayar elektrik yang kepada pemaju dan individu yang bekalkan elektrik dari tenaga boleh baharu mengikut kapasiti yang disalurkan ke grid elektrik dan juga membuka lebih banyak peluang serta kuota pemohonan FiT akan datang.
Antara peranan SEDA Malaysia secara amnya ialah;
- Mengalakkan dan melaksana objektif dasar negara bagi tenaga boleh baharu
- Melaksanakan, mengurus, memantau dan mengkaji semua Feed-in Tariff serta merekod statistik FiT
- Memastikan proses permohonan dan peruntukan kuota TBB yang adil dan telus.
- Meluluskan dan memantau penghasilan kuota elektrik dari pemaju atau individu yang melaksanakan TBB
- Memupuk kesedaran orang ramai dengan pendedahan program tenaga boleh baharu dan program kecekapan tenaga.
- Menjalankan pelbagai aktiviti, acara dan program untuk memaklumkan dan mendidik orang ramai mengenai manfaat dengan mengamalkan tenaga lestari
- Mengemaskini dan menguruskan laman web SEDA Malaysia
Walaupun kita semua dah tau peranan dan sumbangan SEDA Malaysia ni. Jangan kita lupa juga tanggungjawab kita untuk sama-sama menyokong SEDA Malaysia dengan menggunakan tenaga secara lestari.
Bagi ibu bapa pupuklah tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga di kalangan anak-anak korang semenjak dari kecil lagi. Bak kata orang tua “Melentur Biarlah Dari Rebung”. Ibu bapa perlulah jadi contoh terbaik dalam pelaksaan penggunaan elektrik dengan cara bijak dan berhemah. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak bagaimana menutup suis lampu dan kipas jika tidak menggunakannya.
Ini kerana cara pengajaran yang paling efektif adalah hasil gabungan dari segi teori dan juga praktikal.
Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Annual Report SEDA 2011.
Sharing is caring
Miss Yaty tau SEDA ni pun dari blog ciktom.. hehe… Tak sangka pulak seda ni byk main peranan dlm urus byran elektrik dr tenaga baru..nice info!
Jom baca entri terkini Miss Yaty …EPHYRA PILIHANKU
betul tu cik tom.. seharusnya kita berjimat-cermat di dalam menggunakan tenaga.. cuaca di malaysia panas sepanjang tahun, mungkin juga tenaga solar boleh digunakan sebagai alternatif..
Jom baca entri terkini Mizz Aiza …Berhenti Mengeluh
Terima kasih Cik Tom di atas perkongsian info..
Semoga selepas ini semkain ramai rakyat Malaysia yang mempunyai ladang Solar sendiri, walaupun bekermungkinan cuma ada beberapa panel yang dipasang di atas bumbung rumah sendiri…. 🙂
P/S: Cik Tom dengar ceritanya permohonan untuk memasang panel solar di atas bumbung rumah sendiri ada KUOTA tertentu.. Betul ker?
Jom baca entri terkini Anuar …Teknik mendapatkan Upah Simpan PERCUMA ketika Memajak Emas
ya, memang ramai yang tak tahu tentang peranan seda ni sebenarnya.
Jom baca entri terkini titan …7 sebab AJAIB aku mahu melancong ke Kemboja.
masih ramai yang tidak tahu peranan fit itu apa sebenarnya..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Lawatan sambil belajar ke Melaka World Solar Valley.
Kalau murah dah lama saya pasang satu solar..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung