Apa itu Feed-in-Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia?
Korang ada perasan tak kat bil elektrik korang tue (if lebih dari RM77 sebulan), ada dikenakan caj tambahan 1.6% yang dikenakan dalam bil elektrik untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB/ RE Fund).

Hasil dari surcaj 1.6% tue macam2 spekulasi keluar kat media sosial. Masa tu pun cik tom tak faham sangat kenapa ada surcaj tu. Tapi bila cik tom dengar penerangan sebenar dari pihak SEDA baru cik tom faham.
Huh semua spekulasi tue tak betul pun!
Rupanya caj tambahan 1.6% tu dilaksanakan ada keperluan yang kukuh. Tapi kita semua duk bising sana-sini tanpa kita semua tahu sebenar apa tujuan dikenakan caj tambahan tue….
Actually caj tambahan 1.6 % tue tak dikenakan untuk semua pengguna TNB. Tapi hanya dikenakan bagi pengguna yang guna tenaga elektrik melebihi RM77 sebulan atau melebihi penggunaan 300kWh sebulan.
Ini bertujuan menggalakan lebih banyak penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB sehingga tertubuhnya satu dana yang diberi nama “Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)” atau Re Fund yang terpapar pada bil elektrik korang kalau melebihi RM77 sebulan. Kalau rendah dari tue tak yah nak sibuk cari kat bil korang. Confirm takde ek.. hehe…
Bil elektrik rumah cik tom kurang dari RM77 takde kena surcaj. Pinjam bil dari ladfeamir yang exceed RM77. Nampak tak bil ladfeamir dah bulatkan kaler merah tu la Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (RE Fund).

Caj tambahan yang dikenakan oleh TNB, NUR Distribution dan SESB ini kemudiannya diuruskan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA Malaysia) untuk urusan pembayaran kadar Feed-in Tariff (FiT) kepada pembekal tenaga elektrik dari sumber TBB iaitu pemaju mahupun individu.
Erkk..tiba-tiba mesti korang tertanya2; Apa pulak Feed-in Tariff (FiT) ni??
Ok rileks ye… FiT ni sebenarnya satu sistem yang dilaksanakan untuk mengalakkan penghasilan Tenaga Boleh Baharu (TBB) oleh industri atau individu. Sistem FiT ini membolehkankan elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu oleh industriatau individu tue dijual kepada syarikat utiliti kuasa (contoh: TNB, SESB & NUR) pada kadar harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Jom baca: Apa itu Tenaga Boleh Baharu (TBB)??
Korang boleh tambah pendapatan sampingan dengan cara membekal elektrik melalui TBB seperti sistem solar, biomass, biogas dan hydro kecil. Biasanya paling mudah korang boleh pasang solar panel atas atap rumah. Cahaya matahari akan diserap oleh solar panel dang menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik ni then korang akan dibekalkan kepada grid elektrik dan dikira hasil elektrik untuk tujuan pembayaran secara bulanan.

Nak tahu details cara tambah duit jadi pembekal elektrik dari TBB boleh cek website: SEDA Malaysia.
Contoh bila korang jadi salah seorang individu yang bekalkan tenaga elektrik ni lah Sistem FiT akan memainkan peranan penting untuk melakukan pembayaran hasil elektrik dijana oleh korang. Ada faham??

Ini bertujuan menambah lagi jumlah elektrik yang dijana dalam Malaysia kerana pertambahan rakyak Malaysia yang semakin tinggi. So, ini akan menggalakan pertambahan lagi kuota untuk pemaju atau individu menyertai sistem FiT. Secara tak langsung mengatasi masalah terlalu bergantung pada elektrik dari sumber asli yang bakal habis.
Cik tom tau pasti ramai rasa tak puas hati dengan surcaj 1.6% yang dikenakan untk RE Fund ni. Tapi ini untuk kepentingan generasi anak, cucu, cicit kita akan datang jugak;
- Untuk mengelakkan bergantung sepenuhnya penjanaan elektrik hanya pada sumber asli (petroleum, arang batu dan gas asli) yang bakal habis satu hari nanti. Kalau dah habis semua sumber asli tu sanggup ke lihat anak cucu cicit korang bergelap???
- Memberikan peluang pendapatan kepada pihak pemaju atau perseorangan dengan menjana tenaga elektrik dari sumber tenaga boleh baharu.
- Yang ni paling PENTING… Untuk melindungi alam sekitar dari tercemar sebab sekarang penjanaan elektrik dihasilkan dengan pembakaran api fosil. Hasil pembakaran ni banyak menghasilkan carbon dioksida yang membahayakan manusia.

Yang ini bil terbaru rumah sewa cik tom kat Jengka, Pahang. Alhamdulillah bil elekrik dari 15 Disember 2013 hingga 14 Januari 2014 (30 hari) hanya RM40.11. Lepas tahu kenaikan tarif elektrik 2014 terus semua housemate beria nak save energy. Kalau tak sebelum ni pernah je naik bil elektrik melambung RM100 sebulan. Untuk makluman korang, cik tom duduk 8 orang serumah dan ada 5 bilik tidur dan 2 bilik air. Korang boleh bayangkan tak kalau semua 5 bilik tidur dan bilik air on lampu camne. Tue tak kira lagi buka lampu dapur dan ruang tamu.
Bil tinggi atau rendah bukan terletak pada tarif elektrik yang naik atau berapa jumlah orang yang ada dalam rumah. Kalau tak pandai berjimat duduk 2 orang serumah pun bil boleh lebih dari RM77. Tapi bagaimana kita optimumkan penggunaan tenaga elektrik dengan ambil langkah penjimatan elektrik.
Bil rendah dari RM77 tak dikenakan surcaj 1.6%. Secara tidak langsung dapat menjimatkan duit kita. So, sama-sama kita berjimat dan jangan membazirkan elektrik. Jadilah pengguna yang bijak dalam menggunakan elektrik sebaiknya.
Sumber rujukan: SEDA Malaysia (official website), Feed-in Tariff
Sharing is caring
kawal guna elektrik so tidaklah kena surcaj kan.. 🙂
*ciktom dok kat UitmJengka ke?
Jom baca entri terkini tips …Laksa Kebok Pahang
Terima kasih di atas perkongsian info.. Semoga lepas ni kita kita dapat menggunakan tenaga elektrik secara berhemah supaya tidak berlaku pembaziran.. Bila berlaku pembaziran tenaga elektrik, kita pun pening kepada nak membayar bil yang banyak… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …Limpahan Rezeki Pada Tahun 2013
Wah-wah..cik tom pun ikuti projek ni gak ekk..macam encik titan tu ye..terima kasih atas penerangannya..yang pasti, bil api bulan lepas memang leh buat saya sakit hati..tak padan dengan penggunaannya…emm redha aje la…
Jom baca entri terkini Hafizul …Jangan Takut Untuk Mencuba Jobdirumah
Hebat la cik tom…murah bil elektrik… just rm40 je.. cam best je kalau join sistem FiT.. dapat produce renewable energy and jugak money. 🙂
Jom baca entri terkini Miss Yaty …EPHYRA PILIHANKU
kalau duduk bujang murahlah kot hee..kami punya so murah juga bawah 3o higgit sahaja.
Jom baca entri terkini suri …Bertelur Besar
untungnya bayaran tak banyak….huhuhu
bil banyak bila kita tak guna dengan cara yang betul.lepas itu jangan salahkan orang lain eh
Jom baca entri terkini suri …Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan Kediaman
mesti ramai yang tak tahu pasal feed in tariff nih..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Download Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
sebab orang kita hanya tahu guna sahaja bila bil melambung baru garu kepala
Jom baca entri terkini suri …Panduan Memberi Sambil Memujuk Anak Makan Ubat Mengikut Peringkat Umur
Thanks for sharing Cik Tom..bagus jugak caj tambahan tu dikenakan..jadi rakyat Malaysia leh la pakat2 berjimat..gunakan letrik kurang dr RM77..sesuai sgt dgn kempen Earth Hour..
Jemput Singgah di Blog Saya 🙂
Jom baca entri terkini zara …Petua Atasi Masalah Jerawat Secara Semulajadi
bumi hijau itu sekejap jer ornag amalkan lepas tu mereka buat perangai lama balik
Jom baca entri terkini suri …Aduh Sayang Tekanan Dalaman Dan Luaran Kemurungan Semasa Hamil
Mari kita berhemat dalam menggunakan letrik, selain biaya menurun juga membantu penggunaan minyak bumi lebih hemat.
Jom baca entri terkini nira …Perbedaan Penyebab Asma dan Bronkhitis
sekarang semua harus berjimat bukan takat bil elektrik bil air pun seiringkan sekali
Jom baca entri terkini suri …Kasut Jururawat Cahayacinta.com
kalau banyak memang akan jadi sakit jiwa deiii
Jom baca entri terkini suri …Panduan Memberi Sambil Memujuk Anak Makan Ubat Mengikut Peringkat Umur
nampaknya kita kena sedarkan rakyat malaysia tentang peranan Seda Malaysia dan RE fund.
ramai yg belum faham lagi
Jom baca entri terkini Blogger Babyface …Bagaimana Tenaga Elektrik Dihasilkan Melalui Geothermal