Trip SEDA ke Rumah Teknologi Hijau Cooltek
Penghasilan tenaga elektrik di Malaysia banyak bergantung pada pembakaran bahan api fosil. Hasil dari pembakaran ini menghasilkan karbon dioksida yang secara tidak langsung menyumbang kepada pemanasan global.
So, alternatif yang ada dengan menggunakan tenaga boleh baharu (TBB) dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang pencemaran pada alam sekitar.
Baca #1: Tenaga Boleh Baharu (TBB)
Baca #2: Sumber TBB dan Perbandingannya
Pada bulan lepas cik tom ada follow satu trip anjuran pihak SEDA Malaysia bersama blogger ke rumah hijau Cooltex kepunyaan Stephanie Mary Bacon di Tiara Golf and Country Club, Ayer Keroh, Melaka.

Actually Stephanie salah seorang pemegang (individu) yang terlibat dalam menyumbang tenaga elektrik under sistem Feed-in Tariff (FiT).
“Secara ringkasnya FiT ialah undang-undang tenaga boleh baharu (TBB) yang mewajibkan pembekal tenaga (contoh TNB) untuk membeli tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber TBB pada harga dan tempoh yang telah ditetapkan. Untuk menyokong pelaksaan sistem FiT telah ditubuhkan Dana RE (Renewable Energy) atau Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) untuk membangunkan secara meluas penghasilan TBB oleh pemaju atau individu. Dana RE ini kenakan dalam surcaj dalam bil elektrik elektrik sebanyak 1.6% hanya kepada pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan.”
So, kat sini SEDA yang memainkan peranan untuk mentadbir dan menguruskan Dana RE yang akan digunakan untuk membayar kepada pemaju dan individu yang telah contribute tenaga elektrik dari sumber TBB seperti solar panel, biomass, hydro kecil dan biogas.
Baca lanjut: Feed-in Tariff (FiT) dan Kepentingannya di Malaysia
Apa yang menarik ada pada rumah Cooltex sampai kitaorang pergi trip ke sana? Rumah ini dibina atas konsep kecekapan tenaga (energy efficiency) yang mana sumber tenaga digunakan dengan sebaiknya tanpa pembaziran. Hebat kan? Kalau kita semua asyik leka membazirkan elektrik Stephaine berusaha untuk menjimatkan tenaga dengan sebaiknya.

Penerangan dari Stephanie yang banyak memberi kesedaran tentang tanggungjawab individu dalam optimum penggunaan tenaga
Antara ciri-ciri rumah Cooltex yang unik dan sangat mengagumkan;
- Rumah dan atap berwarna putih supaya tidak menyerap haba dari cahaya matahari dan menyejukkan dalaman rumah.
- Rumah yang dikelilingi dengan pokok untuk halang haba dari panaskan rumah.
- Bahan binaan rumah yang boleh dikitar semula.
- Menggunakan air-cond 24 jam
- Tingkap rumah hanya pada kiri dan kanan rumah untuk mengelakkan cahaya matahari masuk direct melalui tingkap serta pintu jenis double glazed supaya haba dari luar tak mudah masuk ke dalam dan mengelakkan pemejalwapan.
- Tingkap rumah ini tak dibuka tau sebab untuk elak keluar udara sejuk dari rumah. Tapi okay sebab kat sini ada sistem pengudaraan yang sangat bagus. Sejuk je duk dalam Cooltex ni.
- Sistem pengudaraan bawah tanah untuk salurkan udara yang segar sejuk masuk ke dalam rumah.
- Lantai rumah yang diperbuat daripada plastik polyurethane setebal 50mm untuk elak udara sejuk aircond diserap ke lantai.
- Pintu menggunakan double pane dan seals untuk elakkan udara sejuk keluar.
- Peralatan elektrik rumah yang berkonsep peralatan cekap tenaga seperti LCD screens, microwave, peti sejuk, dapur masak jenis induction serta lampu fluorescent.
- Banyak lagi ciri-ciri unik yang ada pada rumah cooltex seperti dalam gambar dibawah. Mesti korang tengok kagum kan??

HEBAT!!…Cooltex yang dibina dengan konsep kecekapan tenaga (energy efficient)

Bahan asas dinding dan lantai rumah Cooltex: CSR Autoclaved Blocks dan Laminated Woodgrain Floor with underlayer Polyurethane.

Sebenarnya.. Bagaimana agaknya tenaga elekrik dihasilkan dari solar panel ek??
Jom tengok prosesnya dalam gambar di bawah……

Erkk.. artikel ini pun dah terlalu panjang. InsyaAllah akan datang cik tom kongsikan bagaimana proses tenaga elektrik ini dihasilkan dari cahaya matahari menggunakan solar panel ye serta juga trip cik tom bersama rakan blogger di AUO-Sunpower dan Kumpulan Melaka Berhad. Stay tuned!
So, macam mana kagum tak dengan rumah Cooltex kepunyaan Stephanie ni?? Maybe boleh cik tom aplikasi rumah energy efficient ni time buat rumah baru akan datang. Hehe…
Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Cooltex & Switch
Sharing is caring
rasanya solar panel ni harganya mahal juga
Jom baca entri terkini onlajer …MUSLIM NIAGA DARI PANDANGAN AKU
Menarik gak tips dia tu..Thanks cik tom for sharing!!
Jom baca entri terkini Raudzah …Fenomena Okultasi Di Langit Biru
mcm mn procedure nk apply 4 bekal elektrik cam stephanie?
Jom baca entri terkini Miss Yaty …EPHYRA PILIHANKU
ohh.penah pergi cooltek ehh..
Jom baca entri terkini titan …Limpahan Rezeki Dunia Blog
memang sejuk rumah tu maa..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Format Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
ciktom, siap rumah baru nnt bgtau eh, boleh wat lawatan…hehehe
Jom baca entri terkini myliferia …Fungsi Protein Soya Bagi Pelajar
Teringin nak pergi sekaali…merasa suasana rumah tu..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung
lawatan sambil belajar yang bermanfaat.
Jom baca entri terkini faizal …5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
Teknologi yang sangat bermanfaat untuk kelangsungan hidup manusia.
Jom baca entri terkini nira …Perbedaan Penyebab Asma dan Bronkhitis
Bestnye kalau ada rumah mcm ni. Dah la sejuk, tenaga pun jimat.
Jom baca entri terkini yusri …Do Laxatives Help You Lose Weight? – A Quick Review