Rancang Percutian Backpacker atau Pakej Percutian Travel?

Assalamualaikum dan salam sayang…. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi Malaysia. Jerebu juga sudah makin berkurangan dan tahap indeks udara semakin sihat. Ciktom bukan nak ulas lebih isu jerebu. Nak kongsikan sedikit pengalaman ciktom yang pernah  bercuti ke beberapa buah negara luar Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan juga Vietnam. Memang seronok sangat tau dapat tambah ilmu baru tengok ekonomi dan budaya masyarakat luar. Yang mana positif tu kita ambil dan cuba praktiskan dalam kehidupan seharian. Yang tak elok tu jadikan tauladan dan pengalaman mengajar erti kedewasaan. ceewahhh..

Bila ciktom rajin jugak share artikel pengalaman percutian ciktom. Tak sangka ramai rupanya berminat dan ingin tahu memacam tips mengenai travel especially ke luar negara. Antara soalan yang sering diajukan kepada ciktom oleh rakan-rakan dan juga pembaca blog ciktom ialah better “rancang percutian backpacker atau pakej percutian travel?.

Setakat ni pengalaman ciktom bercuti luar negara ialah secara backpacker sahaja. Dan kesemua percutian tu kami buat secara berkumpulan dan sejujurnya ada pro dan kontra sepanjang ciktom bercuti secara backpacker.

Rancang Percutian Backpacker atau Pakej Percutian Travel?

1. Itinerary (Lokasi Percutian, Penginapan, Transport)

Pengalaman rancang itinerary ni kebanyakan ciktom serah kepada leader group untuk planning lagi2 percutian ke Korea Selatan. 100% sorang tu je plan perjalanan selama 8 hari 7 malam kitorang kesana. Bila tengok itinerary tu packed giler okay dan mostly tempat kitorang pergi tu semata-mata tempat tuan itinerary tu nak amik gambar kat scene popular artis nangis, peluk, bercium dalam drama korea macam kat depan lift 63 Building, depan store Zara, gambar kerusi kat Yeouido Park. Paling ciktom tak boleh lupa nak tercabut kaki semata nak pergi area KPOP buildings okay. haha…

Rancang Percutian Backpacker atau Pakej Percutian Travel?
Ciktom di Pulau Nami bersama monumen Winter Sonata

Kelemahan kat sini itinerary kalau by backpacker ni tendency untuk lebih favor pada tukang yang planning. Dia nak ke mana? Trip kitorang pun banyak berjalan je tau. Sedih takde sangat dalam itinerary nak rasa makanan Korea. Shopping pun kurang. Kira memang save duit la. Ciktom beria tukar banyak duit. Balik Malaysia ada baki siap boleh beli TV tau. hihi..

Kelebihan itinerary dengan pakej percutian travel ni kebanyakan itinerary lebih  general dan meliputi tempat popular pelancong pergi melawat, tempat makan-makan best dan juga tempat shopping. Kiranya lebih meliputi semua aspek, yelah yang pergi melancong pun generasi muda ke tua. So, itinerary yang disediakan perlu menarik semua golongan la kan.

2. Geng Travel Sekepala

Pengalaman ciktom bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam ala backpacker langsung takde itinerary tau. haha… Susah jugak bila langsung takde ni. Bila sampai sana je mula clash pendapat tau nak pergi mana. Half group nak pergi masuk ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong termasuk ciktom, lagi half lagi tak nak sebab takut nak naik bot kat Sungai Mekong. Then, takut jugak nak masuk tunnel sempit kat Chu Chi Tunnel. End up, kitorang just pusing-pusing sekitar bandar tu je pergi Pasar Ben Thanh, Muzium, Post Central Office.

Percutian paling sempoi di Ho Chi Minh, Vietnam
Percutian paling sempoi di Ho Chi Minh, Vietnam

Terkilan jugak dalam hati ciktom sebab langsung tak dapat jejak kaki ke Chu Chi Tunnel dengan Sungai Mekong. Tu cons kalau geng pergi travel tak sekepala. haha..

Kalau pergi dengan travel agent ni dia akan cover semua tempat korang nak pergi melawat mengikut kesesuaian masa dan juga bajet korang. Tak payah nak gaduh nak pergi mana tempat suka ke tak.

3. Bajet

Bajet by backpacker ni memang banyak la jimat sebab kalau ambil yang pakej percutian travel tu kena bayar travel agent dan travel agent kena bayar tourist guide. Tapi kelebihan tak payah pening kepala nak fikir mana nak tempah penginapan, tiket flight, nak makan kat mana, apa itinerary. Semuanya pihak travel agent dah sediakan. Kira korang hulur duit then cuci kaki je pergi sana. hihi…

Tapi dari pengalaman ciktom apalah sangat duit bayar travel agent tu asal berpuas hati dapat servis terbaik dari travel agent. Malahan korang akan dapat banyak informasi menarik dari tourist guide sepanjang percutian.

Yelah nak pergi bercuti luar negara bukan selalu dapat peluang kan. Sekali pergi terkilan tak dapat cuba makanan atau tak dapat singgah ke tempat idaman. Balik Malaysia tak lena tidur seminggu oii. haha…

4. Masa

Dengan backpacker ni bebas dan masa tak terikat berbanding travel agent. Kira korang bebas nak duduk lama-lama kat satu tempat korang suka tu dan tak perlu rush ke lokasi seterusnya. Tapi awas kalau terlampau leisure, jawabnya banyak la tempat korang tak boleh cover dalam satu hari. Macam trip ciktom terlampau leisure sampai banyak trip tak boleh cover dalam masa sehari. hihi..

Bagi ciktom, better ikut schedule sebab bila pergi berkumpulan backpacker ni akan ada je masalah orang ini lambat bersiap la sehingga menganggu segala percutian yang telah dirancang.

Lain dengan travel agent, macam mana pun korang kena disiplin untuk follow segala itinerary yang di berikan oleh travel agent.

6. Keselamatan (Halal, Solat)

Dalam bebanyak rasanya ini paling penting iaitu tahap keselamatan korang sepanjang bercuti diluar sana. Kalau dalam Malaysia okayla tapi luar negara dengan masalah language lagi (macam orang Korea tak pandai speaking BI) dan budaya berbeza. Lagi-lagi kalau korang muslim dan berhijab. Memang jadi perhatian sangat bila travel.

Masa ciktom pergi Korea tahun 2014 tu baru lepas kes ferry tenggelam dan ramai yang mati lemas. Siap ada rusuhan tau kat luar Korean Blue House dan kitorang nyaris terkandas. Alhamdulillah sepanjang bercuti ditemukan dengan orang baik2 je. Kat Vietnam, orang sana siap nasihat jangan pegang handphone. Biasa kes kena sambar handphone dengan pencuri. Kat Jakarta pun abang driver nasihat bag dan handphone pegang elok2.

Gambar waktu ciktom dan suami bercuti ke Jakarta, Indonesia
Gambar waktu ciktom dan suami bercuti ke Jakarta, Indonesia

Tapi kalau korang pergi by travel agent, sudah semestinya dorang akan guide tempat yang selamat dan bahaya. Apa langkah perlu berjaga-jaga. Kat mana tempat murah nak shopping dan sebagainya. Kat mana restoran yang halal. Macam ciktom masa kat Korea serius nak makan kat restoran banyak teragak-agak halal ke tak. Jadi better safe than sorry kan. huhu..

Tapiiiii…

Dalam nak cari travel agent tu kena berhati-hati tau sebab dah banyak kes kat media massa yang tertipu dengan travel agent.  So, ciktom pun ada ura-ura nak rancang percutian ke China nak cari peluang bisnes dan bercuti kat sana. Yelah selama ni ciktom ambil stok dengan third party je, kalau direct terus dari sana boleh dapat lagi banyak untung.

Jadi ciktom fikir nak pergi sendiri tu takde pengalaman dan baca banyak kes kena tipu waktu bercuti ke sana. Ciktom ambil keputusan untuk survey pakej percutian travel yang trusted dan bagus feedback.

Yang paling  menarik perhatian ciktom ialah ARBA TRAVEL yang menawarkan pakej percutian mesra muslim. Woww terus ciktom selongkar background company ni untuk tahu lebih lanjut.


Yang mengagumkan ciktom bila dapat tahu yang ARBA Travel adalah satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij ‘Top 30 SME in Malaysia’ dari SME Corp Malaysia. Ianya merupakan sebuah syarikat bumiputera yang memperoleh anugerah tersebut dalam masa yang singkat iaitu 3 tahun penubuhan. Malahan Cofounders ARBA Travel & Tours iaitu En. Ammar Roslizar & Ammar Shahrin telah tersenarai dalam “Forbes 30 under 30 Asia 2018“.

InsyaAllah dengan pengiktirafan dan pengalaman, pasti ARBA Travel mampu memberikan servis terbaik untuk semua.

Apa Yang Menarik Pakej Percutian ARBA Travel?

1. No tourist trap
Jaminan tiada istilah ‘Tourist Trap’ iaitu tempat paksa beli bersama pakej percutian ARBA Travel.

2. Super Jimat, Budget dan Premium
Pilih pakej bersesuaian dengan bajet dan tahap servis. Jika korang nak murah & fleksibel, pilih pakej super jimat. Kalau nakkan servis lengkap dan hotel yang lebih selesa, pilih pakej premium. Dan kalau nak murah dan servis lengkap, pilih pakej budget.

3. Solat dan makanan halal terjaga
Itinerary lawatan akan disusun supaya menjaga waktu solat. Malahan disediakan makanan halal yang kena dengan selera dengan citarasa orang Malaysia.

4. Berlesen dan dipercayai
Yang paling meyakinkan ciktom ialah ada lebih 200 testimoni positif. ARBA Travel juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, jadi korang selamat dari risiko sebarang penipuan.

5. Joined tour dan Private Tour
Korang ada pilihan jika bajet lebih atau ahli group yang ramai boleh pilih private tour. Kalau berdua je, sebaiknya pilih pakej joined tour.

6. Hotel di lokasi strategik
Yang best penginapan di sediakan di lokasi yang strategik bagi memudahkan korang keluar bersiar-siar, shopping atau 0menikmati night life di waktu malam.

Kalau korang tengok di website ARBA Travel, ada pilihan pakej percutian dalam dan luar negara, pakej umrah dan juga servis visa untuk China dan Australia. Korang tak  perlu pening kepala untuk isi borang visa yang panjang serta susah nak faham. Dengan 4 langkah mudah je, korang boleh dapatkan visa dari China tanpa pening kepala.

So, ciktom masuk checklist nanti nak ambil servis runner visa china murah dari ARBA Travel je.

Mudah hanya di hujung jari beb..

 

Mudahnya...Hanya di hujung jari dapatkan visa dari China
Mudahnya…Hanya di hujung jari dapatkan visa dari China

Pilihan Harga Servis Runner Visa China

Harga Servis Runner Visa China
Harga Servis Runner Visa China

Nak tahu lebih lanjut 4 langkah mudah dapatkan servis runner visa china murah boleh layari ke laman website atau media sosial berikut. Jangan cakap ciktom tak payung pulak informasi menarik ni tau.

Website: https://arbatravel.com/
Instagram:https://www.instagram.com/arbatravel/
Facebook: https://www.facebook.com/arbatravel

Semoga artikel Rancang Percutian Backpacker atau Pakej Percutian Travel bermanfaat buat anda semua!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Rancang Percutian Backpacker atau Pakej Percutian Travel?

    • September 30, 2019 at 5:40 pm
      Permalink

      Sis puji orang yang g cuti secara back packers. Kalau sis single mahu juga cari pengalaman bercuti cara santai begini… selalunga sia cuti dah rancang and harus ada hotel hihi…

      Reply
      • October 1, 2019 at 1:07 pm
        Permalink

        Marina prefer private travel. Ikut trip jadual agak compact. Penat nak kejar.Nanti bolehla tgk pakej arba travel ni nanti

        Reply
  • September 30, 2019 at 9:22 am
    Permalink

    teringin betul nak backpaker ni cik tom.Sesekali kan..Mesti seronok.Nak² bercuti dengan mereka yang sekepala ni..awesome sangat tau

    Reply
    • November 13, 2019 at 7:36 am
      Permalink

      Kalau pegi trip dgn geng yg satu kepala mmg fun.. Nnti nak pegi travel lagi leh la AM rujuk pada servis n pakej yg terdapat pada Arba Travel nie.. Xsabar nnti hujung tahun nie..

      Reply
  • September 30, 2019 at 1:29 pm
    Permalink

    bila dh berkeluarga dan ada anak kecik, mmg prefer yg ada pakej lgkap melancong instead if jd backpacker.

    tp teringin la nk try jd backpacker dgn geng yg sekepala. kimsalam la nk merasa sementara ada ankkecik ni.huhuhu

    Reply
  • September 30, 2019 at 5:39 pm
    Permalink

    setakat ni mek tak pernah melancong ke luar negara. tapi bila ditanya dengan kawan-kawan yang gemar ke luar negara, untuk first timer macam mek perlu ambil pakej untuk melancong ke luar negara. dan satu dua negara memang memerlukan agensi sebab pengurusannya yang suka jika backpackers.

    Reply
  • September 30, 2019 at 10:28 pm
    Permalink

    Wow pakej yang ditawarkan oleh Arba Travel tu sangat menarik mecakupi segala perkara termasuk membuat visa untuk kita lebih mudah dan cepat tak perlu lah kita susah payah hehehehe nanti nak cuba juga lah travel jauh-jauh…

    Reply
  • September 30, 2019 at 11:48 pm
    Permalink

    Setuju… Kedua ² ada pro dan contra. Kena pilih ikut kesesuaian , keselesaan dan paling penting bajet.
    So far dah ikut travel agen lebih berbaloi sebab lebih terjamin dan cover banyak tempat walau memang akan lebih penat. Sendiri² pun best gak cuma kena extra research tempat yang nak pegi.
    Jom baca entri terkini Nina Mirza …Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai …My Profile

    Reply
  • October 1, 2019 at 10:39 am
    Permalink

    Terima kasih atas tips yang dikongsikan. Banyak manfaat dan membantu bg mereka yg suka melancong

    Reply
  • October 1, 2019 at 10:53 am
    Permalink

    Been so stress! Time to plan for a vacation!
    Thanks for sharing such a great information!

    Reply
    • October 1, 2019 at 11:45 pm
      Permalink

      Bestnya jika dapat join salah satu percuti mahupun ke dua-duanya sekali. Lama dah tak gi bercuti. Thanks for the tips. Sangat bermanfaat.

      Reply
  • October 1, 2019 at 1:24 pm
    Permalink

    Baru je lepas discuss regarding nak ke Bali pada November ni… thanks for the info sis… at least boleh la digunakan untuk merancang perjalanan kami… well, kami plan untuk hanya amik ground je… air ticket dan hotel book sendiri… hopefully okay la…

    Reply
  • October 1, 2019 at 4:01 pm
    Permalink

    bagus tips ni. Iza teringin nak try backpacker tapi mesti mencabar sebab ada anak kecik. apa-apa pun plan yang penting. so travel tak ke laut.

    Reply
  • October 1, 2019 at 5:22 pm
    Permalink

    Tabik pada Ciktom boleh backpacking. Kalau saya semua pakai agent je. Haha. Nama Arba ni tak pernah asing. Dari dulu lg saya dah dengar. Hehe.

    Reply
  • October 2, 2019 at 3:28 am
    Permalink

    Bagusla ciktom ade pengalaman pergi bercuti secara backpacker.. Tapi tu la.. Kalau pergi sendiri takde iternary, kawan tak sekepala sush.. Jadi guan agent lagi sennag.. Semua dh tersedia.. Keluarkan duit je.. Hehwh
    Jom baca entri terkini Nadia johari …PERFUME FAR AWAY GLAMOUR DARI AVONMy Profile

    Reply
  • October 2, 2019 at 11:18 am
    Permalink

    To be honest I like travel with travel agent, safe and everything provided. Just packed your things and go.

    Reply
  • October 2, 2019 at 12:21 pm
    Permalink

    Saya mmg dah lama cari artikel macam ni, nak tahu antara backpaker dgn pakej travel agent mana lagi bagus! terima kasih ya share entri ni. saya ni sebenarnya tengah merancang untuk bercuti tapi tak tahu nk ke mana dan bagaimana. entri ni byk membantu.

    Reply
  • October 7, 2019 at 8:21 am
    Permalink

    Bestnya pi travel. Qiss suka ikut pakej, bila da deal pakej dan tengok itinerary baru confirm payment hahhah. Tapi itulah lagi senang ikut pakej takyah pening-pening. Kalau backpacker salu bila pi dekat-dekat je

    Reply
  • October 7, 2019 at 8:23 pm
    Permalink

    saya ni sebenarnya tengah merancang untuk bercuti tapi tak tahu ingin ke mana dan bagaimana. entri ni banyak membantu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!