Ciktom Ikhtiar Rawatan Masalah Resdung dengan Hello Bong

Rawatan Masalah Resdung dengan Hello Bong | Assalamualaikum dan salam sayang.. Semua orang ada masalah resdung, cuma yang membezakan sama ada resdung itu teruk atau tidak sahaja. Ciktom sendiri pun ada penyakit resdung. Seingat ciktom mula sedar ada penyakit resdung ni semenjak dari sekolah berasrama penuh dulu. Hidung ciktom memang selalu berair dan sangat sensitif dengan habuk, suhu sejuk dan juga makanan laut.

Dah la seafood tu makanan favourite ciktom. Geram je makan kena control, tak boleh banyak sangat. Nanti mula la hidung gatal dan tergaru muka. hehe.. Lepas tu juga confirm naik jerawat resdung besar sebiji atas hidung. Selalu macam tulah kesannya kalau ciktom makan seafood.

Rawatan Masalah Resdung dengan Hello Bong

Boleh dikatakan ciktom dah cuba banyak kaedah dan cara rawatan resdung sama ada tradisional dan juga moden. Macam biasalah apa rawatan pun ada yang berkesan, ada yang tidak dan ada yang makin bertambah teruk.

Mesti ada juga yang tak pasti korang ada penyakit resdung tak? Apa itu penyakit resdung? So, sambil- sambil ciktom kongsi pengalaman ciktom merawat masalah resdung ciktom ni, boleh ciktom ceritakan dulu serba ringkas maklumat mengenai resdung.

Apa itu resdung (sinusitis)?

Resdung atau turut dikenali sebagai sinusitis bermaksud radang pada rongga. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian resdung akut dan resdung kronik. Resdung ialah satu keadaan di mana seseorang menjadi alergi kepada persekitaran seperti debu,habuk, cuaca, bulu haiwan dan sebagainya.

apa itu resdung

Punca Resdung

Berdasarkan daripada pengalaman ciktom, resdung ciktom akan bertambah teruk pada alahan habuk. Pantang tempat berdebu sikit je akan terbersin, gatal hidung dan kemudian hidung berair last selesema.

Ciktom bukan pakar. Jadi ciktom nak merujuk kepada pakar. Menurut Dr Malina Sivarajasingam iaitu Pakar Runding Telinga, Hidung, Tekak (ENT), resdung berpunca daripada jangkitan kuman atau virus, alergi atau kelemahan sistem imun badan seseorang.

Keadaan ini menyebabkan pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada persekitaran seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Apabila ini berlaku penghidap resdung akan mengalami simptom selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama waktu pagi.

Bahaya ke resdung?

Ciktom pernah baca pengalaman orang lain yang kronik penyakit resdung sehingga hilang deria bau, hidung jadi buruk dan berlubang (rompong), terjejas pendengaran serta buta.

Menurut Dr. Malina, jika tidak dirawat resdung akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau dewasa.

Antaranya boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Makanan Penyebab Resdung

Persoalan popular makanan apa penyebab resdung sering ciktom borakkan bersama-sama kawan ciktom. Ciktom rasa soalan ini agak salah sebab makanan tu bukan penyebab resdung tapi mungkin trigger untuk bagi kesan lebih teruk pada masalah resdung sediaada. Kebanyakan kawan- kawan termasuk ciktom mengatakan makanan laut memberi kesan alergik atau trigger kepada resdung.

Ciri- ciri Resdung Yang Teruk

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Mungkin juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.

Keadaan mungkin bertambah buruk sehingga hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis ini boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Pengalaman Ciktom Merawat Resdung

Kalau nak cerita balik pengalaman cara rawatan resdung yang ciktom cuba memang banyak dan ada yang kelakar tau. haha.. Ciktom pernah cuba rawatan yang dia sapu air penawar kat muka lepas tu dia baca ayat sambil libas2 daun pelepah ke belakang badan ciktom. haha..

Ada tu suruh ciktom sedut asap yang dibakar dalam tempurung kelapa bersambung dengan paip, nanti kita akan terbelahak dan muntah lendir. hihi..

Abang ciktom pernah pergi rawatan yang sapu lendir lipas tanah kat muka sampai keluar ulat resdung kat muka. Entah betul entah tak tu ulat dari resdung ke ulat dari lipas. euwww…

Tapi paling kerap ciktom buat rawatan menggunakan asap. Kain putih tu dah direndam dengan ubat sampai kering dan digulung bentuk kon. Kain putih tu akan dinyalakan pada hujung muncung kon tu dan yang belah ternganga tu akan disuakan pada seluruh muka. Dia akan ulang2 sehingga keluar halus putih kelabu dikatakan ulat atau habuk resdung.

Itu rawatan resdung secara tradisional yang moden pun ciktom pernah dengan makan ubatan tapi kesannya ciktom selesema selama tiga bulan sehingga hingus keluar darah dan ayah ciktom marah suruh stop makan. Masa awal makan tu ciktom dah bagitahu agen tu asal makin teruk selesama dan dia cakap normal untuk 1-2 bulan teruk dengan ayat untuk keluarkan habis semua kotoran dalam badan. huhu..

Rawatan Masalah Resdung dengan Hello Bong

Oleh sebab lately ni cuaca kerap sejuk dan ciktom memang alah pada cuaca sejuk juga. Ciktom berusaha untuk ikhtiarkan cari ubat resdung yang diyakini untuk ciktom cuba. Hasil dari pembacaan banyak yang bagi feedback positif berkurangnya resdung selepas mengambil Hello Bong dari Joymix.

Bahan Semulajadi Hello Bong

Hello-Bong keluaran Joymix dihasikan dengan formulasi uni iaitu gabungan dari jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit.  Halla-Bong adalah spesies oren tanpa biji khas yang ditanam di Pulau Jeju, Korea.

Ianya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan sememangnya manis semulajadi tanpa gula tambahan. JoyMix Hello-Bong menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan.

hello bong merawat Masalah Resdung

Cara Penggunaan Hello Bong

Cara penggunaan Hello Bong ini amatlah mudah dan tanpa perlu dibancuh tau.

  1. Ciktom hanya ambil satu sachet dan koyakkan plastik sachet.
  2. Tuangkan terus dari sachet ke dalam mulut.
  3. Kemam secara perlahan sehinggalah habis
  4. Siap!

cara penggunaan hello bong
Mudahkan? Kalau dah pergi kerja tu sambil hadap jem, boleh sangat buka je satu sachet dan kemam. Tak perlu susah payah nak kena bancuh pulak.

Lagi pula bila ciktom kemam tu cepat je cair dalam mulut. Rasanya pun sedang elok manisnya. Bukan tahap manis yang lepas tu kena cari air kosong nak minum. hehe…

Kelebihan Hello Bong Selain  Masalah Rawatan Resdung

Hello Bong ini mempunyai pelbagai kelebihan diantaranya ialah;

  • Mengurangkan keradangan sendi – Hello-Bong berkesan untuk mengurangkan sakit sendi dan otot yang disebabkan oleh keradangan.
  • Mencegah penyakit kronik – Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang dan dapat mencegah penyakit kronik.
  • Mempercepatkan pemulihan tubuh badan dalam melawan penyakit
  • Menyejukkan badan – Hello-Bong lebih baik daripada teh dalam menyejukkan badan.
  • Menghilangkan nafas berbau – Kemam Hello-Bong perlahan-lahan di mulut anda dapat menghilangkan bau mulut dari dalam badan
  • Melindungi Hati – JoyMix Hello-Bong mengandungi Curcuminoid dari ekstrak kunyit yang melindungi hati dari kerosakan dan menyahtoksin badan.
  • Mengurangkan kesan mabuk (hangover) selepas minum minuman beralcohol bagi nonmuslim.

Siapa sesuai mengambil Hello Bong?

  • Pesakit Arthritis – JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis.
  • Individu aktif atau orang bersukan – yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan.
  • Orang dewasa (nonmuslim)- yang mengalami mabuk atau rasa mual yang berterusan selepas berpesta dan minum minuman beralkohol.
  • Orang yang mementingkan kesihatan- yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat boleh mengambil JoyMix Hello-Bong

serbuk hello bong dalam Rawatan Masalah Resdung

7 Feedback Positif Selepas Ciktom Consume Hello Bong

Masa mula- mula ciktom rasa dengan kemam serbuk oren Hello Bong ni terus terimbas kembali akan kenangan rasa gula- gula oren yang ciktom suka makan ketika kecil dulu. Rasanya ada mirip- mirip. Rasanya manis-manis oren dan tidaklah masam.

Selepas dah mencuba sendiri Hello Bong selama seminggu lebih dalam usaha ciktom ikhtiar merawat masalah resdung. Ciktom sendiri dapat merasakan perubahan positif yang ciktom sukakan. Antaranya adalah;

1- Mengurangkan bau mulut

Ini kesan paling cepat ciktom perasaan. Mulut ciktom memang mudah berbau lagi-lagi kalau perut kosong.  Kalau dah tahap ciktom bau sendiri dalam hidung tu busuk kiranya resdung ciktom tengah teruklah. Alhamdulillah lepas consume Hello Bong ciktom dapat rasakan mulut ciktom sudah kurang berbau. Lagi-lagi rasa bau oren Hello Bong yang wangi tu adalah. hehe..

cara ciktom rawat masalah resdung

2- Mengurangkan masalah resdung

Ini paling utama yang ciktom nak iaitu nak atasi masalah resdung ciktom. Alhamdulillah ciktom makin kurang selesema. Makan makanan pedas pun hidung tak berhingus. haha…

Bila tekan-tekan pada pipi bahagian tepi hidung tu pun dah tak sakit. Biasa ciktom picit situ mudah sakit yang menandakan banyak excess mucus terkumpul kat situ atau resdung agak teruk.

3- Meningkatkan sistem imunisasi badan

Sepanjang mengamalkan Hello Bong ni rasanya badan segar dan kekal sihat. Ini mungkin dari kesan pengambilan berterusan Hello Bong yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, secara tidak langsung memastikan badan kekal cergas dan sihat.

4- Badan lebih bertenaga

Badan ciktom rasa lebih bertenaga walaupun kalau ikutkan kurang tidur seminggu dua ni nak siapkan pelbagai job freelance dan juga blogger. Dalam masa sama ciktom sibuk uruskan juga dua anak ciktom dan urusan rumahtangga. Masih dapat stay up siapkan pelbagai job dan juga bangun pagi uruskan sarapan pagi serta bekal suami ke tempat kerja.

5- Menyejukkan badan

Faham-faham jelah orang Malaysia mesti suka makan makanan pedas dan bersifat panas termasuklah ciktom. Bila panas kesannya akan mudah dapat ulcer dalam mulut. Uish kalau kena ulcer tu dia punya berdenyut sakit memang tak selera nak makan. Alhamdulillah makan pedas takdelah rasa panas badan sebab Hello Bong ni bertindak menyejukkan badan.

6- Kulit muka rasa lebih segar

Yang ini i loikee sangat. Kan dalam Hello Bong ni tinggi dengan kandungan Vitamin C, jadi ciktom perasan kulit muka rasa lebih segar dan lembap je. Yelah vitamin C ni kan bagus nak mencantikkan kulit muka. So, tak payah dah la ciktom makan vitamin C berasingan lepas ni. Semua fungsi dalam 1 sachet je.

7- Rajin

Macam kelakar kan bunyi. Tapi ini yang paling bagus sebab biasa ciktom banyak malas. haha.. Ciktom tak culas nak makan Hello Bong ni sebab sachet dia yang kecik dan saiz sesuai bawa travel dan muat dimasukkan ke dalam handbag.

Kalau terlupa nak makan waktu pagi, memang sediaada standby dalam handbag. Kalau kerja kat office atau outstation pun sama sangatlah mudah. Tak perlulah bawak berat dalam bag korang. hehe.. Kiranya memang praktikal mudah untuk simpan dan bawa ke mana sahaja.

Rawatan Resdung di Rumah dengan Hello Bong

Lagi-lagi sejak PKP sehinggalah sekarang PKPP dan status kita masih belum menang lagi, sebaiknya kita elakkan untuk keluar dapatkan rawatan resdung diluar sana kecuali memang teruk dan perlukan bantuan pakar. Kita boleh jaga diri kita dengan buat rawatan resdung di rumah sahaja dan mencegah ianya dari bertukar teruk dengan menggunakan produk Hello Bong.

Ciktom tak jual tau. Jangan PM ciktom nak beli pulak.

Untuk yang berminat nak cuba juga Hello Bong boleh layari di website atau sosial media berikut untuk maklumat lanjut. Jangan cakap ciktom tak payung pulak lepas ni ye. hehe..

Website: https://www.joypremix.com/

Facebook: https://www.facebook.com/joypremix

Instagram: https://www.instagram.com/joymixsb/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Ciktom Ikhtiar Rawatan Masalah Resdung dengan Hello Bong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!