Resepi Ayam Masak Halia Cara Mudah dan Sedap
Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi masakan ayam masak halia yang kawan cik tom, miz azy masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Resepi masakan ayam masak halia ini dapat dimasak dalam anggaran 20 minit. Resepi masakan ayam masak halia yang miz azy masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti untuk resepi ayam masak halia ini ye.
Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Halia ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
3 batang kacang panjang (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu sos tiram (takde sos tiram so miz azy guna ½ kiub pati ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (miz azy guna 2 biji cili padi)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak untuk menumis
Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak halia;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, sos tiram, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Selamat mencuba! Akan datang cik tom akan share lagi resepi masakan yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Resepi ini pun sesuai untuk berbuka puasa akan datang. Resepi yang mudah untuk disediakan selepas letih balik dari kerja.
Sharing is caring
masak untuk sahur pun sesuai…
Wah, cik tom dah mulakan operasi memasaknya…he3.. Nyum2.. Boleh la jadikan calon..he3.. Gurau je..
Jom baca entri terkini Jai …Video Debat SPR Dengan Bersih | Debat Apa Selepas 9 Julai
cik tom….dtg nk makan ni…..slurrrpppp….
Jom baca entri terkini amri …Ramadhan Datang Lagi
an idea! tengs ciktom for the recipe. =)
Jom baca entri terkini mrs redzuan …kasut tumit tinggi vs kasut kungfu
nanti masak mesti try ! thanks resepi ni 😉
visit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/
Jom baca entri terkini athirah …20 solutions to forget ur EX practically .
cik tom ni mesti rajin memasak ni..:)
Jom baca entri terkini diana …Maisara:ikut aturan
mudah. takdelah susah sangat rupanya nak masak yang ni..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Isu Topup Prepaid dan Pek Simcard dikenakan cukai 6%
memang pun..memasak ni mudah je..takdelah susah sangat macam dalam drama tv tue..hee
hmm mdah je ey..nk try aa..kbtulan lak sume bhan ade..
memang mudah..sama dengan tajuk tue mudah..hehee..
I likes it very much..
alhamdulillah baguslah 🙂
sedap nyaaaa… walaupun ringkas
yup..resepi ini ringkas tapi sedap.
resepi yang ringkas…dan jimat kan masa ,,,,
dan juga buka selera utk makan..hee
Memang paling sedap resepi ayam masak halia ni