Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah

Assalamualaikum dan salam sayang… cik tom nak kongsikan resepi homemade burger patties paling mudah air tangan Shida yang memang suka sangat masak western dan korea. Memang seronok berhousmate kan Shida selalu dapat merasa masakan best2. hehe..

Homemade burger patties ni memang sedap sangat! Dagingnya lembut dan cukup rasa. Lagi sedap dari burger ramly beli kat kedai burger berdekatan rumah cik tom. Masa shida ni buat cik tom tengah bersiap2 nak pergi kerja. Keluar dari blikik tup2 tengok dah siap.

Cik tom pun risik2 minta share resepi cara nak buat daging burger sendir macam mana. Shida pun dengan baik hati share pada cik tom dan juga pelawat blog cik tom. Cik tom doakan semoga bertambah rezeki shida dan cepat2 ketemu jodohnya. amin…

Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah

Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah
Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah

Bahan-bahan untuk Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah;

**Anggaran untuk 4 ketul daging burger**
1 petak daging cincang-200 gram (boleh beli daging kisar dijual@cincang sendiri)
1 labu bawang besar(dicincang)
2 biji bawang putih(dicincang)
secubit lackpepper
garam secukup rasa
1 genggam breadcrumb
1 biji telur
sedikit perasa ajinamoto

Cara-cara Masakan Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah

  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali telur dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Kemudian, pukul telur sehingga kembang dalam bekas berasingan.
  3. Telur dah kembang baru campurkan dengan bahan-bahan lain. Gaul sebati.
  4. Kepalkan untuk padatkan daging dan bentukkan leper sepertimana bentuk daging burger.
  5. Biarkan semalaman untuk perapan (simpan dalam peti sejuk).
  6. Keesokkan harinya boleh mula menggoreng daging burger dan hidangkan bersama roti burger, cheese, sos, tomato, timun dan salad.

Buat sendiri daging burger dan burger lagi best. Takde dah perasaan was-was sebab kita masak sendiri dan boleh kurangkan sukatan tertentu kalau mau diet atkins.

Resepi ni ringkas je kan? Orang lelaki yang tak biasa masak pun boleh buat homemade burger patties ni. Mudah sangat untuk disediakan sebagai bekalan anak ke sekolah atau pejabat.

Selamat mencuba Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Resepi Homemade Burger Patties Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!