Review Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa

Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom nak ambil peluang kali ni review novel laknat nukilan Fahmi Mustaffa. Oleh sebab cik tom mengenali Fahmi penulis Laknat ni rasa risau jugak review berat sebelah tapi insyaAllah cik tom cuba review sebaiknya tanpa prejudis.hehe..

Laknat ialah novel pertama yang di label “Untuk Pembaca Matang” oleh Buku Fixi. Buku laknat ni jugak memang 100% sesuai hanya untuk pembaca matang. Pembaca tak matang dilarang keras. Pembaca yang mudah imagine something jugak dilarang membaca ketika makan. Hoho..

Review Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa
Review Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa

Maklumat Ringkas Novel Laknat

Nukilan: Fahmi Mustaffa
Category: General Novel
ISBN: 9789670750989
Publisher: Buku Fixi
Muka surat: 258
Genre: Agama, Gender, Mindfuck, Psikotik

Sinopsis Ringkas Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa

Kisah Laknat ini menceritakan pergolakan perasaan Amar yang tidak percayakan Tuhan kerana tiada pertolongan dari Tuhan setiap kali Amar memohon pertolongan Tuhan ketika diliwat oleh abang kandungnya sendiri. Yang lagi dibencinya abangnya Ikhwan siang harinya berlagak lebai mengajar mengaji, mengimamkan solat sehingga menjadi calon suami pujaan di kampung. Tapi malamnya berubah menjadi binatang yang meliwat adiknya sendiri.

Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya.

Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim punya dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoal isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNYa, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya.

Saat Amar sudah mula ingin berbaik dengan tuhan, konflik berlaku. Semua orang punya pahala, punya dosa, dan punya rahsia!

Review Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa

Serius cerita Laknat ni memang berat dan tidak sesuai untuk dibaca dalam suasana santai. Novel ini sarat dengan isu agama, fakta sains, semasa dan skeptikal masyarakat Malaysia. Kebanyakan yang ditulis di dalam novel ini membuatkan kita tersenyum sinis. Terasa kena tempelak pun ada. Hehe..

Novel ni banyak membuatkan cik tom tertanya-tanya seperti siapakah watak Anita dan siapa pulak Molly ni? Serius biasa baca novel thriller before half chapter dah boleh agak segala watak antagonis.

Cerita laknat ni banyak  buatkan ciktom jadi flashback balik cerita di awalnya kenapa jadi camtu dan camni. Memang buatkan banyak sel otak cik tom berhubung. Haha…

Tue dia penulisnya dah siap tandatangan dan bagi quote.. haha
Tue dia penulisnya dah siap tandatangan dan bagi quote.. haha

Cuma sayangnya pendapat cik tom pengakhirannya terasa seperti missing something. Permulaannya membaca buku ni sehingga kemuncak buatkan cik tom berdebar-debar tak sabar menanti cerita seterusnya. Sayangnya bila si Estrada muncul macam cik tom hilang tumpuan pembacaan. Apa pun ending cerita Laknat ni serius korang takkan boleh predict camtu. Rasa tak puas bacanya.

Untuk novel pertama FahmiMustaffa ni memang cik tom kagum dengan kebolehan Fahmi mengolah sesuatu penceritaan seperti rasanya cik tom menonton movie Saw dan Final Destinantion pulak. Cik tom bagi 4 dari 5 bintang. Cik tom syorkan korang dapatkan buku Laknat ni kalau sukakan genre thriller dan lain dari yang lain. Pastikan korang berfikiran terbuka membacanya.

Sayangnya novel ni dah kena banned dari MPH. Sedangkan sebelumnya Laknat ni antara Top 10 laku keras di MPH. Jangan bimbang pada yang berminat, korang masih boleh dapatkan dengan order di website ==>Buku Fixi atau beli terus dengan penulis di Facebook==> Fahmi Mustaffa.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Review Novel Laknat Nukilan Fahmi Mustaffa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!