Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Bosan pulak asyik artikel pasal tips, blogging, cari duit dan contest Eyriqazz vs Denaihati. Jom kita masak-masak pulak. Kenyang perut senang hati. Famili pun bertambah sayang. InsyaAllah. Ok perkongsian resepi masakan hari ini iaitu Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap. Resepi ini ialah resepi asli dari emak cik tom. Kalau versi resepi bujang cik tom punya jemput-jemput lagi mudah- campur je gandum, ikan bilis, bawang, cili merah serta air, gaulkan sebati dan goreng pastu siap! Memang express. hehe… Tapi nak masak untuk famili ni biar teliti sikit dan buat dengan penuh kasih sayang.

Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Cepat
Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Cepat

Bahan-bahan Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap;

1/2 kg gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 cawan santan
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit perasa*
300 gram udang (dipotong kecil)*
1 labu bawang besar (dihiris)*
1 batang daun bawang (dipotong)*
1 batang carrot (dipotong)*
*optional nak letak/ tak nak letak or ganti dengan yang lain.

Cara-cara masakan Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati.

3. Apabila minyak panas, sila masukkan adunan tepung yang telah sebati untuk digoreng dengan menggunakan sudu besar. **nak elakkan sudu melekat dengan adunan tepung- rendam hujung sudu dengan minyak yang dah dipanaskan.

4. Jangan lupa untuk balik2 kan jemput-jemput dalam kuali sehinggalah masak kekuningan. **guna api sederhana saja supaya masak diluar dan juga didalam ye.

5. Siap untuk diangkat dan ditoskan minyak.

6. Hidangkan jemput-jemput udang bersama keluarga tersayang!

Selamat mencuba Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

39 thoughts on “Resepi Jemput-Jemput Udang Cara Mudah dan Sedap

  • June 25, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    dah siap masak..bagi aku sket.

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:44 am
      Permalink

      dah siap masak n masuk perut dah. nak masak sendiri. xpun suh je ain maisarah. hehe

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:32 am
    Permalink

    Amboi. yang *options banyak yang mana asa kick. Yg karot mcm tak bes je CikTom. Tu ari try, mcm x kena je asa bila cicah cili sos. Hmmm

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:42 am
      Permalink

      options tue boleh pilih nak ke x? cik tom rasa best je letak carrot.. maybe selera lain2 kot.. tapi kl guna resepi ni xyah cicah sos dah. makan camtu dah best!

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:36 am
    Permalink

    woahhh resepi. insyaAllah kalau ada masa nanti dicuba. (´∀`)

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:39 am
      Permalink

      ini resepi meriah dengan bahan2.. tp rasanya mmg lagi best.. makan begitu saja xyah cicah sos dah sedap 🙂

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:36 am
    Permalink

    Mak aih,byk nya bhn2 nya. Siap buh gula ye. Kalo chii, sekadar buh kentang,bwng ngan daun bwng je. Hehe.

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:39 am
      Permalink

      hehe..sebab tue cik tom cakap ni resepi versi emak cik tom.. versi famili punya.. meriah dengan bahan-bahan… ayah cik tom memang suka ada rasa..
      kalau versi bujang cik tom nak express yang simple2 sudah, xletak pun garam or gula sbb nanti cicah dgn sos cili jugak. ;p

      Reply
    • June 25, 2012 at 1:29 am
      Permalink

      jemput makan bro AB.. jangan malu2 buat blog ni macam blog sendir.. hehe :p

      Reply
  • June 25, 2012 at 7:40 am
    Permalink

    memang mudah nak nya tu, tapi masalahnya malas nak buat, makan nak hehehe

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:19 am
      Permalink

      jangan malas2..xpun suh je wife masakkan.

      Reply
  • June 25, 2012 at 8:09 am
    Permalink

    assalamualaikum..
    cik tom,pasni cuba pulak buat jemput2/cucur/cekodok (sama je kan mksud..hehe) nugget..boleh letak nugget ikan,ayam dll.potong kecil2..nk tahu sedap ke tak.cuba la buat..:) cara sama jer..

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:20 am
      Permalink

      wslm..yup semua tue sama je maksudnya..hehe…oh ye ke?ok nanti ciktom cuba..thanks 🙂

      Reply
  • June 25, 2012 at 9:20 am
    Permalink

    igtkan benda apa tadi..
    xpernah dgr kot dgn benda tu..
    “jemput-jemput-udang = cucur = sama tak?”

    p/s : sllunya fmly saya xguna carrot ..
    kami just guna daun kucai.. sama je kot..
    Hehehe ;p

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:17 am
      Permalink

      daun kucai pun boleh…jemput2=cucur udang..istilah kat negeri lain2..hehe

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:04 pm
    Permalink

    Lelaki dan cucur udang tak dapat dipisahkan he3…kalau lebihkan sayur pun sedap.

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:11 am
      Permalink

      ramai yang suggest lebihkan sayur…bagus2

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:49 pm
    Permalink

    campak sini sikit cik lapar….mkn tak der selera…

    Reply
  • June 25, 2012 at 12:50 pm
    Permalink

    kes lepas blog s jual mau berniaga ker cik tom? siht ker?

    Reply
    • June 28, 2012 at 1:08 am
      Permalink

      alhamdulillah sihat..harap suri pun sihat hendaknya…

      Reply
  • June 25, 2012 at 6:36 pm
    Permalink

    Kalau nak tambah seimbang lagi, cuba tambah kacang panjang yang dipotong kecik2. Jadilah satu hidangan lengkap.

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:52 am
      Permalink

      thanks..insyaAllah akan cuba akan datang..

      Reply
  • June 26, 2012 at 7:42 am
    Permalink

    suke sgt tau buat jemput2..cuma part menggoreng je mls,..haha

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:27 am
      Permalink

      buat senang je..yg agak lama mengoreng..hehe

      Reply
  • June 26, 2012 at 2:44 pm
    Permalink

    Molek sangat la
    Hari pun dah mula petang ni
    Hehe

    Reply
    • June 28, 2012 at 12:03 am
      Permalink

      boleh la cuba resepi ini bila rajin 🙂

      Reply
  • June 26, 2012 at 11:04 pm
    Permalink

    Sedapnya jemput ni…hari makan jemput jugak…haha..tambah syur sikit mesti best giler cik tom

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:57 pm
      Permalink

      memang sedap..kalau suka sayur boleh tmbh..

      Reply
  • June 27, 2012 at 6:04 pm
    Permalink

    Assalam..
    Baru je buat jemput2 tapi guna ikan bilis…
    Udang pun sodap..

    Reply
    • June 27, 2012 at 8:30 pm
      Permalink

      wslm..jemput2 bilis lagi cik tom suka compare dgn jemput udang sbb alergik udang sikit..hehe

      Reply
  • June 30, 2012 at 5:43 am
    Permalink

    Untungnya siapa jadi suami ciktom, pancing sket, mesti dapat makan jemput-jemput udang

    Reply
  • August 10, 2012 at 6:40 pm
    Permalink

    bestnyer…mkn panas2..

    Reply
  • January 22, 2013 at 1:21 am
    Permalink

    Assalamualaikum cik tom..
    Kalau x letak soda bikarbonat leh x??
    N selain soda bikarbonat, leh gune apa lagi??

    Reply
    • January 22, 2013 at 11:02 am
      Permalink

      wslm..kalau tak letak soda bikarbonat pun boleh..xperlu ganti dgn apa2..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!