Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span

Assalamualaikum dan Salam Sayang.. Dah cuba belum resepi puding gula hangus atau karamel? Haa resepi ni pun dari mak saudara cik tom yang terer bab masak memasak gula hangus ni. Resepi kali ni ialah resepi kek gula hangus atau ada jugak orang panggil kek span la. Kek sarang tebuan, sarang semut. Banyak sangat namanya. Family cik tom panggil kek span je. Mudah.

Gambar kek gula hangus kat bawah ni bukan cik tom yang buat tau tapi adik bongsu cik tom yang form 4, Ieyka. Dia sent gambar kek span ni berserta resepi thru whatsapp untuk cik tom kongsikan dalam blog ciktom.com. Thanks sis.

Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span
Kek Gula Hangus @ Kek Span

Bahan-bahan Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span

Bahan A (untuk gula hangus)

3 cawan gula
3 cawan air
3 sudu besar planta

Cara-cara A:

  1. Goreng gula sehingga cair dengan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit. Make sure gula larut dalam air (warna kuning)*sila berhati-hati bila tuang air sebab akan jadi meletup2.
  3. Kemudian masukkan planta sehingga cair mendidih. Padam api dan ketepikan.

Bahan B (untuk kek)

10 biji telur gred A (selain gred A tambah 2 biji)
3 cawan gandum
2 ½ sudu besar soda bikarboat
1 tin susu pekat (kecil)
2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara B masakan Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span

  1. Gaul sebati gandum dan soda bikarbonat. Kemudian ayak sehingga 4X. Ketepikan.
  2. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan susu pekat dan gaul sebati.
  3. Masukkan gandum yang telah diayak (Step 1) sikit demi sedikit sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan adunan bahan A ke dalam adunan kek B.
  5. Gaul sebati dan tapiskan.
  6. Sapu planta atas loyang dan lepas tu ayak gandum atas planta. Barulah masukkan adunan yang telah ditapis (Step 5) ke dalam loyang.
  7. Bakar dengan suhu 250˚C (anggaran 45 minit/ sehingga masak)

**nak tau masak ke tak lagi kek boleh check dengan cucuk lidi pada kek. Kalau ada melekat adunan maksudnya tak masak lagi. Kalau lidi bersih, masaklah kek korang.

**untuk bagi banyak lubang pada kek span boleh peram adunan kek selama 3-4 jam sebelum bakar dalam oven.

Kek Span ni kuih favourite ayah cik tom tau. Kek lain semua dia tak layan. Ko bagilah kek coklat ke.. kek secret recipe ke..kek baskin robbins ke.. dia takkan layan punya. Tapi sekali bagi kek gula hangus ni ayah akan makan sampai habis. Haha…

Satu lagi ayah cik tom suka jugak kek buah dan kek pisang. Yang lain tak suka lagi2 kalau kek coklat. Secubit pun tak nak bila cik tom masak kek coklat. Hihi..

Selamat mencuba Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!