Rajin buat Resepi Macaroni Bakar Simple dan Sedap

Cara Buat Macaroni Bakar Simple dan Sedap | Haiiii sayang- sayang semua… Sihat ke? Macam mana korang adapt life dengan norma baru? Pergi mana- mana make sure sanitize bila sentuh permukaan di luar sana, elak tempat yang sempit dan padat tau. So okay uollsss, hari ini sis eda semangat nak kongsikan cara buat macaroni bakar yang simple je tapi hasilnya sedap tau!

Dah lama dah eda berhajat nak buat sendiri macaroni bakar ni tapi penyakit M tu selalu datang. Penyudahnya order food delivery jelah ke rumah. haha..

No malas malas… Jom rajinkan diri sepanjang PKPP ni buat aktiviti masak memasak sambil tambah lemak. hehe…

Resepi Macaroni Bakar Simple dan Sedap

Bahan- bahan Untuk Masak Macaroni Bakar:

Bahan- bahan macaroni bakar

Bahan A

1 ½ biji bawang merah (lebih sedap bawang holland)
2 ulas bawang putih
1 paket sosej (boleh juga gunakan daging)
1 tin cendawan butang
1 paket macaroni
1 botol sos spaghetti bologness ( yang ni boleh guna sos kimball or prego)
Black pepper
Garam

Bahan B

2 biji telur
1 tin susu cair
Garam
Black pepper
Mozzarella cheese/ cheddar

Cara Buat Macaroni Bakar Simple dan Sedap:

Bahan B

Tuangkan susu cair ke dalam 1 bekas dan masukkan telur, sedikit garam, black pepper dan kemudian kepukkan hingga sebati dan ketepikan sebentar.

cara buat macaroni bakar simple dan sedap

Bahan A

  1. Masakkan air di dalam periuk dan rebus macaroni sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam periuk. Setelah masak, toskan macaroni tersebut.
  2. Sambil merebus macaroni, panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning dan naik bau.
  3. Masukkan sosej dan cendawan yang siap di hiris ke dalam kuali dan goring sehingga cendawan dan sosej masak.
  4. Kemudian masukkan sos spaghetti ke dalam kuali dan gaul bersama sosej dan cendawan tadi. Masukkan jugak sedikit garam dan black pepper.
  5. Masukkan sedikit air ke dalam sos tersebut. Apabila sos telah masak dan mendidh, masukkan macaroni yang di tos tadi dan gaulkan sebati bersama sos. Kemudian tutup api.

Bahan A dan B

  1. Setelah kedua bahan siap, ambik bahan A yang telah siap tadi, masukkan ke dalam adunan/acuan/Loyang.
  2. Kemudian, tuang bahan B ke dalam adunan/acuan/Loyang yang berisi bahan A hingga sama paras dengan isi di dalam acuan/Loyang.
  3. Masukkan Loyang/acuan ke dalam oven dan bakar. Untuk step pertama, bakar sehingga adunan telur dan susu tadi kelihatan beku. Kemudian keluarkan Loyang/acuan dan taburkan cheese di atas keseluruhan permukaan macaroni tersebut. Selepas itu masukkan semula dalam oven dan bakar sehingga lapisan atas kelihatan coklat/kuning keemasan. Lagi garing lapisan atas, lagi sedap.
  4. Suhu oven boleh gunakan 180.

Macaroni Bakar Simple dan Sedap

So, macam mana korang rasa? Susah ke simple je nak buat macaroni cheese bakar ni? Sampai disini sahaja slot masak- masak dengn sis eda ye. Jumpa lagi lain kali. Selamat mencuba cara simple buat macaroni bakar overdose sedap!

 

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!