Ciktom Pun Layan Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali (TV3)
Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali | Assalamualaikum dan salam ceria… Sekarang tengah hot siaran ulangan drama Hilang Yang Kembali di Slot Samarinda TV3. Ciktom dah pernah tonton drama Hilang Yang Kembali ni ketika tayangan perdana tahun lepas pada 20 Ogos 2019 – 9 September 2019.
![Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali](https://1.bp.blogspot.com/-ixkB0p_FVm8/XVv64p6D-NI/AAAAAAAAIX8/3s_UeSzBh7IznLjkymxIP6MGfNGI9CALQCLcBGAs/w1200-h630-p-k-no-nu/Hilang%2BYang%2BKembali.jpg)
Ciktom sukakan jalan cerita drama ini sebab lain dari yang lain dan pengakhirannya ada plot twist walaupun ada yang certain cerita drama hilang yang kembali ni kita dah boleh agak. hihi… Barisan pelakon pun hebat sangat lakonan iaitu Emelda Rosmilla, Aqasha, Azhan Rani dan Zamarul Hisham. Boleh dikatakan bermula dari drama ni la jugak bakat terpendam Nafiz Muaz sebagai Danial dan Damia Qaissara sebagai Bunga makin menyerlah. Tengok jelah selepas tu makin banyak muka mereka terpampang kat skrin TV.
Korang nak masuk baca post ciktom okay je tapi hati- hati sebab ada spoiler ciktom masukkan di penghujung artikel ni.
Pelakon
Pelakon utama
• Aqasha sebagai Razif
• Emelda Rosmila sebagai Fara
• Nafiz Muaz sebagai Danial
Pelakon pembantu
• Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
• Zamarul Hisham sebagai Ikmal
• Arill Fesol sebagai Danish
• Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
• Elisya Sandha sebagai Alisa
• Damia Qaissara sebagai Bunga
• Adam sebagai Danial
• Syed Irfan sebagai Danish
• Nur Auni Zahra sebagai Alisa
• Ameer Imran sebagai Randi
• Taufiq Hanafi sebagai Berahim
Sinopsis Penuh Drama Hilang Yang Kembali
Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan. Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.
2 Minggu kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.
Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial. Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?
Spoiler Drama Hilang Yang Kembali
Okay dah baca sinopsis drama Hilang Yang Kembali atas dari hasil ciktom ceduk dari Wikipedia Hilang Yang Kembali. Kalau korang tak suka baca spoiler sila klik pangkah cepat-cepat kat atas tu. hehe..
Drama ni bermula konflik ialah bila Danial yang hilang mula kembali ke rumah tersebut dan mengaku dirinya Danial. Dalam kisah ni hanya emak Danial, Fara je percaya yang Danial itu adalah anaknya yang sebenar. Sedangkan Razif (papa Danial), Danish (adik Danial) dan Alisa (kawan Danial) semuanya ragu-ragu dengan sikap dan cerita Danial.
Sepanjang episode hilang yang kembali ni, Danial banyak flashback dan cerita balik kisah macam mana dia diculik dan dijual kepada Tuan Ismail untuk dijadikan pekerja ladang. Kat situ ada ramai lagi budak2 lain yang turut dijadikan buruh kasar untuk kerja di ladang Jagung Tuan Ismail. Masa kat sana, Danial ni kenal Randi dan juga Bunga. Bunga ni anak perempuan kesayangan Tuan Ismail manakala Randi ni kira budak senior turut jadi hamba Tuan Ismail.
Bunga ni suka kat Danial, jadi dia minta ayah dia bawa Danial ni jadi budak suruhan kat rumah dia. Jadi tak perlu la si Danial ni kerja tengah panas kat ladang manakala Randi pulak cemburu. Dipendekkan cerita anak saudara Tuan Ismail, Berahim ( yang rancang culik Danial) ni pun jahat dan ada niat nak rampas harta Tuan Ismail. 1 hari Berahim dan konco dia serang dan bunuh Tuan Ismail. Danial, Radin dan Bunga sempat melarikan diri sehingga ke Kuala Lumpur. Panjang juga kisah dorang larikan diri ni dengan terserempak lagi Berahim dan konco2 dia sepanjang perjalanan tu. Pastu lari lagi, bila nak sampai rumah Danial. Bunga ni melintas tengah jalan dan Isteri Ikmal (ibu Alisa) tengah drive cuba mengelak dan kemalangan meninggal dunia kat situ.
Tu flashback, balik pada semasa si Danial dewasa ni tak bagi famili dia buat report polis pasal kisah penculikan dia dari kecil dengan alasan nanti risau bunga kena tangkap. Ciktom rasa bodoh betul kat situ. Apesal pulak bunga nak kena tangkap? Yang lain bodoh je ikut sekali je dengar. hahaha…
Dalam diam, Razif pakat dengan Danish buat ujian DNA secara rahsia atas saranan Alisa.
Kemudian, Ikmal ni ajak bercuti razif sekeluarga ke resort kepunyaan dia. Konon nak relax dan release tension masing-masing yang tengah stress. Masa kat sini la, Razif tu bongkarkan result DNA tu yang Danial tu bukan anak dia sebab DNA tak compatible. Terus Danial tu larikan diri. Fara pula mengamuk cakap kenapa buat DNA test tu, kan dah banyak kali dia larang jangan buat. Tapi Razif ni degil pergi buat juga ujian DNA tu.
Terbongkar lagi rahsia rupanya Danial ni anak hasil hubungan Fara dan Ikmal terlanjur sebelum Fara kahwin dengan Razif. Sebab tu Fara tak bagi Razif buat DNA test, tak nak kantoi hal sebenar tu. Oleh sebab tu jugak isteri Ikmal merajuk larikan diri sampai kemalangan tu (versi flashback hampir nak langgar Bunga ).
Rasa next scene kat hutan. Ciktom pun ingat-ingat lupa. haha.. Masa kat hutan tu, Razif bagitau yang anak Danial dah mati dan mati kat tangan dia sendiri. Mati tertikam/ tembak- lupa dah mana 1. haha.. Masa Berahim tu follow Danial, Bunga dan Randi balik ke rumah rumah Danial. Kebetulan masa tu Fara masuk hospital depression. Jadi rumah tu takde orang.
![Episod Akhir Drama Hilang Yang Kembali](https://1.bp.blogspot.com/-RSlpU1ZOxy8/XXYGD245bWI/AAAAAAAAIbo/blx-Qdy8a54-p5zsRYY3-Pc16KTmGbxvwCLcBGAs/s320/IMG_20190909_155611.jpg)
Berahim ni berdendam dengan Razif sebab tu dia culik Danial. Rupanya Razif ni jadi ketua samseng penculikan dan penjualan budak-budak kat pulau tu. Tak sangka pulak kan. Tapi lagi tak sangka rupanya Ikmal tu yang recommend Razif untuk handle bisnes culik jual budak yang dia punya. Kira dia pass over bisnes dia pada Razif bila Razif cakap nak cari duit banyak dan mudah.
Back balik, masa si Berahim bergaduh dengan Razif tu tertikam Danial yang sebenar. Kemudian Razif ni gabra masukkan mayat Danial dalam plastik, bersih dan hilangkan segala bukti pembunuhan dalam rumah tu. Masa ni Bunga dan Randi ada menyorok dalam rumah tu jugak dan nampak semua apa yang berlaku. Randi ni keluar senyap2 dari tempat menyorok dan ambil gelang tangan pada tangan Danial.
Sejak dari tu, dia cakap diri dia bukan Randi tapi Danial. Dia siap ambil pasu ke batu pastu toreh kat lengan dia untuk bagi sama parut dengan Danial. Macam mana dia tahu semua kisah Danial? Sebab Danial tu suka cerita kat dia selama duk di ladang dan perjalanan lari tu. Dia tahu susun atur rumah tu sebab dia pernah datang rumah tu dengan Danial dan Bunga.
Yang geli sikit ciktom ingatkan si Danial ni kurang kasih sayang dan nak jadi Danial anak kandung kepada Fara ni. Tengok2 rupanya Danial ni memang betul- betul gila sebab dia ada hati kat Fara. Dia cintakan Fara ni. hahaha…
Ending, Fara tu gila balik dan Razif mati kena tikam dengan Danial. Danish masuk penjara sebab tikam Danial masa nak selamatkan ibu dia, Fara. Ikmal pulak kena tangkap polis sebab banyak buat perkara jahat dari muda, yang ni si Alisa tu sendiri report kat polis pasal segala kejahatan ayah dia.
Ni seingat ciktom ending dia. haha.. Kalau ada silap mana-mana bagitau je kat komen.
Antara Pengajaran Drama Hilang Yang Kembali
Banyak pengajaran dalam kisah ni, paling utama jangan cari duit sumber haramlah. Macam Ikmal dengan Razif ni jual budak-budak untuk jadi hamba dan organ. Nak kaya dengan cara mudah kononlah. Tapi takde apa yang mudah dalam dunia ni.
Jangan berzina, Fara dan Ikmal terlanjur sebelum kahwin sampai mengandung anak luar nikah iaitu Danial.
Jangan mudah sangat nak terima orang lain masuk famili ko tanpa usul selidik terlebih dahulu. Fara ni terima je Danial datang mengaku macam tu. Alih- alih psiko rupanya. hehe..
Sorry pada yang tak suka baca spoiler sinopsis drama Hilang Yang Kembali. Ciktom dah habaq pangkah awal-awal.
Ciktom ni jarang review drama. Rasa review dulu drama china tahun 2011; Sinopsis dan Episod Akhir Hui Jia De You Huo (Kepulangan)
Sharing is caring