Alhamdulillah Selesai Daftar Haji Anak di Tabung Haji
Cara Daftar Haji Anak di Tabung Haji | Assalamualaikum dan salam sayang.. Alhamdulillah selesai semua urusan kami buka akaun tabung haji Indera sekali dengan daftar kuota giliran haji.
Kami suami isteri memang dah berbincang dan setuju semua duit hadiah kelahiran anak-anak dapat dari pemberian keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan kami masukkan ke dalam tabung haji.
Kemudian kami akan terus daftarkan haji jika duit cukup duit untuk syarat minimun daftar haji. Alhamdulillah waktu indera hari tu memang murah rezeki dia dapat hampir 2K. Jadi memang terus buka akaun tabung haji untuk indera lepas 2 hari suami selesai urusan pendaftaran kelahiran di JPN Johor Bahru.
Kami buka di Tabung Haji Bota, Perak sebab kebetulan kami balik kampung selepas PKPP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) boleh rentas negeri untuk balik jumpa ibu ayah di kampung. Kalau tak maybe akan buka di Tabung Haji Johor Bahru.
Alhamdulillah Selesai Daftar Haji Anak di Tabung Haji
Jumlah simpanan indera pulak cukup untuk syarat minimun RM1300 untuk pendaftaran haji bagi pemegang akaun tabung haji dewasa mahupun kanak- kanak. Jadi kami pun terus sekali kan urusan untuk pendaftaran haji indera.
Berapa Syarat Simpanan Tabung Haji?
Ada kawan ciktom tanya berapa syarat simpanan tabung haji kalau nak buka. Yelah dorang cakap tak pernah terfikir nak buka akaun anak. Tengok ciktom post gambar di facebook dan status whatsapp baru dorang terfikir. Rugi tak buka simpanan anak awal-awal.
Syarat minimun untuk daftar tabung haji ialah serendah dari RM10 dah boleh korang buka akaun simpanan di tabung haji.
Cara Daftar Haji Bagi Kanak-kanak
- Mempunyai baki minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji
- Tidak pernah menunaikan haji.
- Bawa bersama dokumen pengenalan diri anak (MyKids) dan Surat Beranak bagi mereka yang berumur di bawah 12 tahun semasa mendaftar Haji di kaunter Tabung Haji.
- Bawa bersama dokumen pengenalan diri pendaftar (MyKad). Pendaftar ni ialah penjaga kanak-kanak. Contoh untuk anak ciktom ialah suami (ayah indera), jadi IC suami la sebagai pendaftar.
Berapa baki minimum tabung haji?
Baki minimun yang korang kena simpan dalam tabung haji ialah RM1,300. Jadi kena tinggal baki tu RM1,300 dan tak boleh dikeluarkan tau selepas dah daftar haji.
Boleh ke Keluarkan Deposit Tabung Haji?
Boleh je nak keluarkan deposit tabung haji sebanyak RM1,300. Contoh la tetiba korang sesak dan urgent nak guna duit. Jadi nak keluarkan deposit haji sebanyak RM1,300 tu. Boleh sangat, cuma korang kena batalkan pendaftaran haji dikaunter dan kemudian boleh keluarkan baki deposit haji.
Kawan ciktom pernah buat macam tu sebab urgent nak guna duit.
Tahun haji korang yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik. Korang kena mendaftar semula untuk mendapatkan tahun baru untuk menunaikan haji.
Berapa Had Umur Daftar Haji?
Setahu ciktom tiada had umur untuk daftar haji. Macam anak ciktom indera ni buka akaun dan daftar haji masa umur sebulan. Boleh jer. Kakak dia adira pulak masa umur 7 hari. Kira boleh je daftar selepas bayi lahir dan dah daftar kelahiran di JPN.
Ini kerana Tabung Haji memperkenalkan konsep “First-Come, First-Served” untuk pendaftaran haji sejak tahun 1995. Penyimpan Tabung Haji yang mendaftar untuk haji akan diberikan satu tahun di mana korang akan menunaikan haji, berdasarkan tarikh dan waktu pendaftaran haji korang.
Semua Pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar untuk haji layak untuk menunaikan haji apabila tiba giliran.
Di Mana kah Boleh Daftar Haji?
Korang boleh buat pendaftaran haji boleh dilakukan di mana- mana saluran berikut:
- Kaunter TH dan Kaunter Mudah AlihTH
- THiJARI (Secara Online)
- Rakan Strategik Tabung Haji
- Hubungi Pusat Perhubungan Tabung Haji (THCC) + 603-6207 1919 (Bermula dari 1 Julai 2020, Rabu)
Alhamdulillah kami 3 beranak dah daftar haji. Semoga dipermudahkan segala urusan kami semua nak jejak kaki ke sana satu hari nanti. amin…
Ciktom daftar 13/10/2009 dapat turn tahun 2027 (lagi 7 tahun ❤️)
Adira daftar 25/11/2018 dpt peruntukan 2131 (umur adira 113 tahun 😅)
Indera daftar 26/6/2020 dpt peruntukan 2143 (umur indera 123 tahun 😅)
Ingat lagi dulu ciktom daftar kuota haji tu kat library UiTM Shah Alam. Staff tabung haji ada datang buka booth kat dalam library. Ciktom pun lalu kena panggil dengan staff tu dan dia tanya adik nak buka akaun tabung haji tak? Ciktom cakap dah ada, memang dari kecil ayah ciktom buka semua akaun tabung haji untuk anak-anak. Semua duit raya anak- anak simpan kat situ 😬
Baca: Pengalaman ciktom daftar haji
Ayah ciktom memang didik anak- anak untuk menabung di tabung haji sebab banyak kelebihan menyimpan di tabung haji.
Ciktom tahu tahun dapat sebagai panduan je tapi over benor kuota tahun yang dapat kat anak- anak ciktom. hehe… 😂 Tak sabar nak tunggu tabung haji dividen 2020 punya. Harap- haraplah banyak dari dividen 2019. amin….
Sharing is caring
Semoga dipermudahkan hajat CikTOm nanti ya
abe kie nak daftar haji kpd anak2 tp duit mrka x cukup rm1300 tu sbb dikorek nak beli brg2 impian mrka yg x berfaedah. huhuhuhu..
Jom baca entri terkini abe kie …Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 2)
InsyaAllah semoga ada rezeki cepat pergi haji. Aaminn
Jom baca entri terkini Cik Puan Ena …Jatuh cinta dengan Set Pencerahan Mary Kay LUMIVIE Brightening System
Alhamdulilah, kumpul sikit-sikit insyaAllah dapat peluang daftarkan..
Sis pun sama, mula daftar anak sorang-sorang dulu, akhirnya semua dah dapat daftarkan..bior lambat, janji dapat ditunaikan..
Tahniah, awal daftar Haji untuk anak. Insyallah ada rezeki boleh pergi mengerjakan Haji sekeluarga. Amin.
Jom baca entri terkini akubiomed …Baiki Proton Gen2 Air Cond suis secara DIY