Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry

Assalamualaikum dan salam sayang.. Waktu cik tom menaip entri resepi mudah dadih susu strawberry ni sebenarnya cik tom takde mood sangat nak menaipnya. Maybe sebab ini entri ke lima dah cik tom taip nonstop. Aiyokk penat otak dan jari rasa menaip. huk3…

Buah strawberry mahal..kita hias dengan kit kat je la..hehe
Buah strawberry mahal..kita hias dengan kit kat je la..hehe

Orang busy dan tak selalu ada internet macam ni la. Kena pandai bahagikan masa untuk menaip waktu terluang. Kalau tak jawabnya bertambah lagi setahun tak update blog. huk3..

Cik tom buat dadih susu strawberry ni pada hari yang sama je dengan puding sedut. Lama nak tunggu step by step buat puding sedut tu. Jadi sementara menunggu tu cik tom buat sekali dengan dadih strawberry maklum barangnya banyak lagi. hihi..

Terima kasih pada assistant cik tom, Ika dan Hafiz yang rajin menolong. ^_^

Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry
Langkah demi langkah buat dadih susu perisa strawberry

Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry

Sumber: Buku 1 Hari 1 Resepi
Tukang buat: Cik tom 😉

Bahan-bahan Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry;

10 gram agar-agar serbuk (1 peket)
1 liter susu kotak strawberry
2 L air (10 cawan)
1 cawan gula halus*suka manis boleh tambah waktu masak
buah strawberry/strawberry syrup sebagai hiasan

Cara mudah buat resepi dadih susu strawberry;

  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Apabila mendidih, tutup api dan masukkan susu kotak strawbery dan kacau sehingga sebati.
  3. Tunggu sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam bekas acuan dadih.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Boleh hias dan sedia untuk dimakan.

Ciktom nampak dadih ni pucat lepas tutup api sebenornya jadi cik tom letak sikit pewarna merah. Nampak macam dah okay. Asalnya lagi pucat warna pinknya. Jadi untuk warna dadih korang nampak cantik boleh add on bahan-bahan kat atas tu pewarna ya.

Tak nak nampak pucat..topping dadih dengan strawberry syrup Hershey
Tak nak nampak pucat..topping dadih dengan strawberry syrup hershey

Cik tom rasa agak tak berpuas hati dengan resepi yang cik tom cuba ni maybe sebab airnya banyak  so pudingnya kurang umpph sikit rasa susu strawberry. Maybe cik tom akan cuba resepi ini kali kedua dengan ubahsuai kuantiti bahan-bahannya. Tapi overall boleh tahan tekstur dadih memang lembut dan emak cik tom puji sedap sebab cukup rasa manisnya. **biasa dadih manis dan berlemak lagi,

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Resepi Mudah Dadih Susu Strawberry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!