Resepi Nasi Dagang Terengganu Yang Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Sebagai rakyat Terengganu, cik tom akan kongsikan resepi nasi dagang Terengganu. Maaflah ikan tongkol @ ikan aya tue tak berapa nampak dalam gambar sebab kuah banyak sangat. Tenggelam duk berenang2 kat dalam. hehe… Sejujurnya cik tom tak reti pun masak nasi dagang ni. huk3… Rasa cerewet sikit nak masaknya.*sebab tue takde perkataan mudah. hehe.. Ini resepi nasi dagang versi SIL, Kak Long cik tom. Emak cik tom punya versi lagi special dan sangat sedap! Tapi pening nak share sebab emak cik tom tak masak dalam kuantiti sikit. Terus masak banyak gantang nasi. Nantilah lain kali cik tom berguru masak nasi dagang dengan emak dulu ye.

Bahan- bahan Resepi Nasi Dagang Terengganu Yang Sedap (anggaran 10 orang):-
Bahan A (untuk nasi)
1 cawan beras pulut
4 cawan beras jati batik
*satukan beras di atas, basuh dan rendam selama ½ jam
3 ½ cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
Sedikit gula dan garam
Bahan B (bahan hirisan)
2 sudu besar halba
6 biji bawang merah
2 inci halia
Cara-cara masakan Resepi Nasi Dagang Terengganu Yang Sedap:-
1. Masukkan beras yang sudah di toskan ke dalam alat kukusan dan kukus sehingga masak
2. Masukkan nasi yang sudah masak ke dalam bekas besar dan siramkan
dengan air sedikit demi sedikit
3. Kukuskan semula nasi tadi berselang-seli dengan bahan hirisan, atas
dan bawah sehingga masak lagi
4. Akhir sekali, keluarkan nasi tadi dan masukkan semula ke dalam bekas besar.
5. Gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan dengan sedikit gula dan garam
6. Apabila sudah sebati, tutupkan dengan daun pisang
7. Siap dan hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun
*Tips tambahan:- gunakan daun pisang yang dicarik-carik semasa mengukus nasi.
Nasi akan menjadi lebih wangi dan enak dimakan
Selamat mencuba Resepi Nasi Dagang Terengganu Yang Sedap!!
Sharing is caring
bilo la bley rasa mskn ciktom ni erk.. hewhew
cik tom..saya nak makan nasi dagang.. mohon buatkan untuk saya..hehehe
tak berapa ngam dengan nasi dagang. nasi kerabu ok.
hai ciktom,
nempak sedap menu Nasi Dagang Terengganu di atas tu.. lama tidak mencubanya.
waahhh.. best ler.. feberet adam gak ni cik tom.. kalau balik trgnu, mesti mak akan masak nasi dagang ni…
aziiiibbbp……
heheee
Fuh…mesti sedap nih..:P
Sedapnya… Boleh cuba ni…
Terima kasih cik tom…
laaa.. cik tom org ganu gak ker.. satu negeri la kita yer.. huhuhu..
ya betul, nasi dagang tu bkn sembarangan org yg reti buat. saya kalau hr raya tempah kt nasi dagang bkt besar jer.. senang. sedap pon sedap!
eh ramai blogger tganu..hehe…
nasi dagang kat bukit besar mmg glamer..
Saya pon peminat nasi dagang ni. Tapi ni gannu punyakan? Saya suka klate punya jugak.. huhuhu..senang cite suke dua2
aah setahu ciktom nasi dagang memang asal terengganu..mana2 versi pun sedap kalau kena dgn tekak kite..hehe
dah lama tak makan nasi dagang. tetiba teringin pula
boleh minta mem masakkan atau beli je yang dah siap..hee
nasi dagang ikan tongkol
memang sedap ni, cik tom
dah lama juga aku tak makan nasi dagang
rasa kat kelantan byk jugak kan…pergi kedai je konpem jumpa..cuma versi kelantanlah rsnya kan..hee
ciktom ni mesti pandai masak nih..
untung la fariq..
ececeh!!
hehe…tiba2 je nama si fariq pulak munculnye..
nasi dagang terengganu memang terbaik…..abg paling suka kari ikan tongkol dia….memang berpinggan2 abg long menambah, kalau kat kedai tak la smpai nk menambah….hihihi
hehe..samalah dgn ayah ciktom..kalau masak nasi dagang memang selera je makan..siap tambah lagi..
laa..orang tranung jugak ke..same la kite..nasi dagang always the best..hehehe
yup org tganu..ramai rupanya blogger tganu..nanti blh buat gathering..hehee
Nasi dagang yang sedap susah nak jumpa…bukan semua yang buat sedap…tapi kalau org terengganu sure buat sedap.
ada jugak nasi dagang terengganu yang tak sedap esp. penjual yang nak kaut untung..masak ala kadar je asal ada org beli..hehe
salam. nasi dagang meme sedap. kalu minum milo lps makan dia, sure cpt ngantuk weh! tu lah pantang saya…heheheheh
ramai yang suka nasi dagang rupenye..kl makan mmg cepat mengantuk…hehe
oh baru tahu cik tom orang Terengganu rupanya…
PM tak makan nasi dagang…huhu
terbaiklaahhh…hehe
alah ngn nasi dagang..
lepas makan mesti rasa nak ke seremban…
kalau nak tahu saya ni peminat nasi dagang walaupun saya bukan org terengganu, kalau time bulan puasa nasi dagang wajib dicari, hehe, lagi satu ikan tongkol masak kari adalah akan pertama dalam rangking yg saya suka, nyum nyum
Nasi Dagang kalah dengan ikan kerana kurang gemar makan ikan.
raya kekdg tempah nasi dagang kat Bt.Rakit dkt dgn Probima
Jom baca entri terkini lala …DAFTAR AHLI SOPHIE PARIS
masa saya kecik dulu prnah mkn nasi dagang kat kuala trengganu, sy tringat masa tu tahun 1987 bersama kakak T. Farida dan Abahnya T. Ismail kat umah Abang Mat… memang best..
terliur nengok nasi tu, lama dah tak makan nasi dagang ganu ni..
ada masa mai datang ganu pekena nasi dagang ganu..
awk ni ada blog satu ni je ke? apa url blog yg lain ye slain bukit gambang?