Cara-cara Buat Duit Dengan Blog
Salam Sejahtera.. Mula-mula cik tom ingat buat tak tahu je bila email pertanyaan cik tom reply tue FAILED oleh sebab email yang dimasukkan dalam borang “Contact” tue SALAH. Tapi bila tengok sampai 2 email yang diterima rasanya adik finie ini memang bersungguh nak buat blog dan jana pendapatan dari blog. So, cik tom ambil keputusan untuk buat entry khas menjawab email finie dan maybe sesiapa diluar sana yang mempunyai matlamat yang sama.
Email pertama yang cik tom terima pada akhir bulan November lepas.
cik tom, finie brminat sngt nk mnjana pndpatan dr blog..tpi finie xtau cre nye.. finie mntk tlg cik tom sngat2… finie baru lg.. finie skrg nk libatkn diri dlm blog ni.. finie bru hbis spm… tu psal finie brminat dgn blog ni.. cik tom tlg finie.. bg tnjuk ajar kat finie…klau blh contact finie mlalui fb.. finie cbe jejak fb cik tom tpi x jmpe.. tlg finie cik tom.. finie nk sngt2 cburi bidang ni..
Email susulan kedua yang cik tom terima dari finie.
cik tom dh trima msg dr finie? finie harap cik tom sudi tlg finie bg finie tunjuk ajar.. blh x cik tom hubungi finie? mksuk finie scara lbih dekat.. finiee xde niat ape2 kcuali nk mntak ynjuk ajar cik tom jer.. tlg finie cik tom.. finie tggu reply dr cik tom..
Email ketiga dari Muna.
Hi Cik Tom, Boleh saya dapatkan nombor telefon Cik Tom. Berminat nak create blog tapi having difficulty nak buat sendiri. Hope I can call you and ask personally. Thank you. Muna
Sorry ye Finie dan Muna. 2-2 email yang korang bagi tue invalid untuk cik tom reply. Untuk Muna, cik tom memang tak bagi no telefon untuk urusan pertanyaan blog sebab pernah experience “diganggu” sehingga malam-malam hari time tidur hanya nak tanya mengenai blog which mean “no privacy”.
Betulkah yang korang boleh menjana pendapatan dari blog? Jawabnya memang YA dan cik tom sendiri berjaya menjana pendapatan dari blog ini walaupun bukan pendapatan taraf KAYA atau JUTAWAN dengan blog. Tapi bolehlah untuk tambah duit sampingan untuk kehidupan yang lebih selesa selain gaji dari pekerjaan yang sedia ada. Namun, ia bukanlah seMUDAH yang disangka oleh kebanyakan blogger baru. Untuk menjana pendapatan dari blog bukan senang seperti yang ditayangkan di akhbar dan TV. Ianya mengambil masa bagi yang bermula dengan ZERO. Kalau korang memang dah pro atau mahir mengenai coding, blog, penulisan dan sebagainya memang tak menjadi masalah atau isu besar.
Bagaimana cara untuk jana pendapatan dari blog?? Cara-cara buat duit dengan blog;
1. Langkah pertama sudah semestinya korang perlu daftar blog menggunakan platform percuma samaada blogger.com atau wordpress.com. Tutorial untuk blogger.com/ blogspot >> Tutorial Membuat Blog Cara Mudah Blogspot. Kalau nak beli domain atau hosting atau kedua-duanya sekali macam blog ciktom ini korang boleh survey>> NetKL atau Serverfreak.
2. Update blog sekurang-kurangnya 1 entry sehari/ 3 entry seminggu mengikut kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri atau sampai buat entry copy paste blogger lain pula. Boleh ambil idea tapi make sure ubahsuai mengikut kesuaian penulisan blog korang dan jangan lupa bagi backlink (makluman entry itu kredit dari blog lain contoh: ciktom.com). Jaga etika sebagai blogger ye.
3. Daftar blog korang supaya tersenarai di dalam enjin carian seperti google, yahoo, bing dll
4. Pergi blogwalking (melawat) blog ke blog tinggalkan komen di blog lain utk tujuan promosi blog sekurang-kurangnya 20 blog sehari untuk 3 bulan permulaan. Kalau korang busy nak skip langkah ke- 4 ini boleh je tapi korang kena mahir teknik SEO. Selain itu, cik tom sangat rekemenkan korang untuk belajar mengenai SEO ini dari asas iaitu dengan pelajari dari >>Panduan Asas SEO<< serta rahsia untuk mempelajari SEO. InsyaAllah korang akan dapat menguasai >>Teknik SEO dengan betul, mudah dan cepat<<. Kemudian bolehlah mula menjana income dari blog. Tujuan langkah keempat ini ialah untuk up kan trafik blog kerana kunci utama untuk dapat jana duit ialah trafik yang tinggi dan berkualiti.
5. Langkah seterusnya masukkan pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Says ke dalam blog atau mana-mana cara buat duit berikut. Ada banyak lagi caranya kalau korang rajin pergi tanya pakcik “google” atau explore blog blogger lain.
- 6 Tips Buat Duit dengan Blog
- Buat Duit dengan Hztour
- Buat Duit dengan Says
- Buat Duit dengan ClickBank
- Buat Duit dengan Exabytes
- Buat Duit dengan Nuffnang
- Buat Duit dengan Affiliate
**Sesetengah tutorial/ tips buat duit mungkin berubah mengikut peredaran masa @ bentuk website yang baru (new interface). Tapi konsepnya masih sama untuk korang follow maybe kena explorelah sikit ye.
Blog ciktom.com hanya berkongsi tips, tutorial dan cara-cara untuk buat blog berdasarkan pengalaman berblog bermula 15 Julai 2010. Setakat ini cik tom tidak menyediakan sebarang servis untuk buat blog. Tapi sebarang pertanyaan boleh ajukan di ruang “Contact“.
ps: pada mana-mana blogger yang nak share tips atau pengalaman juga boleh kongsi kat komen ye.TQ in advance.
Sharing is caring
yang no 4 tu penat sikit nak buat,,tapi berbaloi,, cik tom ni selalu je ringan tangan nak bantu blogger baru,, tenq
Terima kasih…kerana cTom selalu bantu akak…jgn serik tau 🙂
nyanyi sikit lagu duit,duit dimana kau duit hehe
Perkongsian yang baik untuk newbie.
info terbaik..bagi org baru cam saya nie
nice sharing, ciktom ^^
perkongsian yang sangat berguna.. promosi
blog sekurang-kurangnya 20 blog sehari? yg xkuat semangat mesti dh give up dgr yg ni.. hehe
ciktom menang tempat kedua contest 3 blog pilihan terbaik, tahniah ciktom.. belanja tutti fruiti satu 🙂
Info yang bagus…
Hasil dari blog terlalu susah untuk dapat, kalau ada pun slow sgt. Apa lagi kalau blog baru… Trafik tinggi pun belum menjamin hasil lumayan. Yg penting jgn putus asa dan jgn mengharap… Nikmati keseronokan blogging dan kongsi artikel menarik, unik dan bermanfaat, insyaallah… anda akan berjaya…macam cik tom.
Wow…mmg terbaiklah CikTom even masih lg baru dlm dunia blog ni…hihi
Salam..
saya dulu kemaruk juga nak buat duit
dalam blogging nih..tapi lama-lama
dah jadi tak hiraukan sangat..setakat
dapat RM200++ perkara biasa..lepas
bayar broadband je 🙂
terima kasih diatas kesudian ciktom share ilmu dengan kami semua..bagi saya yang no.4 tu agak payah gak nak bua. Tapi kalau boleh buat memang boleh tambah backlink untuk blog. rasanya semua tahu tujuan backlink untuk SEO. nak tambah lagi.. ini berdasarkan pengalaman saya.. ping entry di busuk, blogged, blogr dan juga lain-lain tu juga boleh membantu trafik untuk blog.. just my 2 sen
terbaik entri nie…hehe
memang sesuai dengan saya yg masih baru dah blogging arena nie
wah, ciktom memang terer. terer..
Panduan utk blogger sedia ada..tp masih blm jana income..mcm saya! ^__^
hai cikton,
setuju sekali dengan awak, buat blog dengan duit bukan semudah yang di sangka oleh blogger yang baru bermula. Saya pernah mengalaminya. Hampir putus asa di tengah tetapi oleh kerana kesabaran, akhirnya saya berjaya laluinya.
Bagi yang sudah berjaya bertapak, blog ciktom contohnya, tidak perlu risau lagi kerana blogging sudah menjadi sebahagian dari darah dagingnya. hanya permulaan sahaja yang agak sukar.
Kesimpulannya, perlu usaha dan kesabaran selain minat. Tanpa semua ini, agak sukar untuk anda buat duit dengan blog. sekian.
Betul tu. Permainan SEO penting untuk sesuatu blog bertahan lama. Selain pengetahuan keyword yang panas juga penting.
Terima kasih CikTom syer ilmu ni, berguna untuk Myra jugak 😀
Thanks share info macam ni Cik Tom. Suka baca…Hehe
nice tips cik tom.. kene cube ikut ni walaupun kekangan mase… hehe.. 🙂
dulu ingat lagi, cik tom jugalah org pertama yg komen kat blog sy selain kawan opis…lepas tu selalu singgah cni untuk tips & tutorials…mmg cik tom byk membantu blogger2 baru dari zero menjadi heroin….
Nice blog 🙂
salam kenal sobat 🙂
bagi – bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa 🙂 terima kasih ….
saya pon nak berguru jugak dengan cik tom ni
Byk cara boleh buat duit dengan blog..Lebih rajin dan kreatif, lebih banyakla peluang untuk menjana income dengan blog
bukan mudah nak jana duit dari blog nih, tapi bukanlah mustahil kan cik tom…:)
thanks cik tom brkongsi tips2 y bguna .. w/pun niat blogging bkn utk duit semata .. tp jk dpt cket2 tu alhamdulillah la jgak .. tp skrg, blog mmg da jd separuh dr hdup sy .. hehehe
Peringkat awal berblog mesti kena ada extra effort & minat. Kalau tidak akan berhenti separuh jalan..
tiada yang mustahil
asal sahaja kena dengan caranya
yang penting sabar dan jangan keterlaluan
Memang banyak cara buat duit dengan blog. Apa yang penting usaha tanpa jemu.
asal ada kesungguhan sudah pasti ada jalan untuk setiap keinginan kita.
bab blogwalking tu mmg betul. saya pun melakukannya kembali dalam usaha untuk menaikkan kembali rating blog saya yg lama bersawang ni
dalam tahun ni akak tak aktif berblog,semua iklan kat blog akak diberi percuma je..ye la..kalau berbayar macam nipu orang lak..kan?/sebab tu sebelum nak beriklan pastikan traffik kena tinggi..kan…
Blog Cik Tom ni memang best..banyak belajar kat sini..tq cik tom..
Terima kasih atas perkongsian yang berharga ini…
Saya juga sedang berusaha dan belajar mendapatkan penghasilan dari blog…
Usaha ciktom memang telah lama sejak Juli 2012..saya baru belajar sejak Pebruari 2012 ini..
Perlu banyak belajar lagi
BLOGWALKING adalah cara yang terbaik jika kita tak pandai untuk bermain teknik SEO. tapi kena rajin. jangan putus asa kerana cara ni memang perlukan masa sikit.. masa yang agak panjang, tapi hasilnya sangat memuaskan hati. dan yang paling penting, isi blog kita. Kita kena ada ORIGINALITY. Jangan terikut2 cara dan penulisan blogger lain. Kerana bila dah ada ORIGINALITY, orang akan mudah untuk mengingati kita. 🙂
terima kasih byk2 ciktom atas perkongsian ni.
saya dah kongsikan post ni dengan kawan2 yang masih baru dalam dunia penulisan blog.
salam cik tom lama i jengah blog cik tom..thanx info yg sangat membina kepada blogger tak tegar seperti saya.harap dgn info nih sering2 la saye khususnyer utk hupdate blog.adoi…kena tanye cik tom pulak cane nak arrange banyak masa untuk update.thanx
Adik finie nak buat blog untuk income?….hehehe..belajar dulu selok belok blog..baru leh wat income lepas tu 🙂
betul tue..tue cik tom bagi cara-cara buat blog dulu..dah mantap teknik baru boleh jana income dari blog..
ermm saya akan ikut tips dan panduan nie setakat nie saya baru pasang pada iklan nuffnang jer…
buat duit dengan says jela..
nuffnang cam hampeh..
handal ciktom ..saya nak slow2 dulu explore benda ni ..hehe
tengah nak belajar seo ni..haih ..payah..
Jom baca entri terkini afif …SEGMEN BEBAS SYARAT:Entry Terbaik 2012 Untuk Direview
cik tom.. thx for the sharing.. cik tom,, follow lah blog saya.. saya pon baru nk berjinak2 nie.. promote2 lah sikit.. hehehe.. 🙂
Jom baca entri terkini Yaya …Eh,ehh.. Siapa Nie??
terbaik niee..baru2 nak mula bina blog..x reti apa2..redah2 jumpa blog ciktom..memang terbaiklah untuk newbew mcm sy nie..terima kasih
Cik tom..
tq utk pelbagai tutorial yg disediakan. amat membantu newbie mcm saya ni. sudi2 lah melawat blog saya..
http://pesonamayahomestay.blogspot.com/
tq cik tom utk entry yg berguna..esp utk newbie mcm saya ni.sudi2 lah lawat http://pesonamayahomestay.blogspot.com/ TQ
Jom baca entri terkini pesona …Foto-foto Pesona Maya Homestay
tq..bg info camni..saya baru belajar buat blog.niat nk dapat income tu belum lagi..cuma niat nak belajar selok belok blog je dulu…minta tunjuk ajar….
very good tips & tutorial ni cik tom..thanks for penerangan yg hebat ni..
Ruginya….kalau akak ada di situ dapatlah jumpa Ctom,,,,tapi apa kan daya akak ada kelas semasa Seminar ini berlaku.