Strategi Teknik Permainan SEO Cik Tom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Ini entry pembuka selepas 2 minggu blog tak update. huk3.. Alhamdulillah blog cik tom memenangi tempat ke 3 dalam contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati”. Tahniah kepada pemenang utama shah forblogger dan kepada semua pemenang-pemenang yang lain. Korang semua memang kental dan hebat bertarung dalam contest SEO yang berlangsung selama 3 bulan. Cik tom akui cik tom masa sebulan pertama join je agak rajin selepas itu oleh kerana kekangan kerja cik tom terpaksa stop untuk analisis dan praktis teknik seo.

Pemenang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Antara Pemenang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Apa itu SEO?? SEO ialah ringkasan dari perkataan Search Engine Optimization (SEO). Ia adalah cara untuk mengoptimumkan blog supaya tersenarai di dalam search engine seperti google, yahoo, bing dan sebagainya.

Cik tom akan sharekan teknik-teknik yang cik tom gunakan dalam memenangi tempat ke 3 contest SEO ini.

Strategi Teknik Permainan SEO Cik Tom;

1. Entry berkualiti

Bagi cik tom perkara paling utama dalam menulis entry ialah kita menghasilkan entry yang berkualiti. Entry yang dihasilkan dari gaya penulisan kita sendiri walaupun akan terdapat persamaan dari segi idea yang memang tak dapat nak dielakkan. Kalau diperhatikan tips-tips SEO sentiasa ada perubahan dari masa ke semasa. So, kalau berubah pun selagi entry itu bagus ia akan dapat bertahan lebih lama. Ini pendapat cik tom bukan pakar SEO. hee…

2. Gunakan plugin “WordPress SEO” by Yoast

Bagi cik tom pengguna platform wordpress, cik tom menggunakan plugin wordpress seo dari yoast. Cik tom suka gunakan plugin ini sebab setiap kali kita menaip artikel baru, akan tersedia page analysis untuk analysis artikel yang dihasilkan. Plugin ini akan check SEO, kalau warna hijau means good seo. Kalau tak ok dia akan bagi cadangan untuk hasilkan entry yang good seo. Biasanya lepas siap taip artikel cik tom akan kemaskini seo entry tue sampai plugin tu check seo itu dikira bagus. 

3. Supplement entry

Untuk memekatkan lagi keyword eyriqazz vs denaihati, cik tom buat 10 entry tambahan sepanjang contest ini berlangsung. Pada permulaan, cik tom tersilap langkah bila entry tambahan tue pula yang mengatasi main entry contest yang cik tom submit. Oleh sebab syarat contest ini hanya link entry yang disubmit pada eyriqazz je yang diterima untuk bertanding berbeza dengan syarat contest seo titan, So, cik tom kemaskini balik kesemua entry tambahan supaya tidak melebihi entry pertama. Entry pertama kemaskini supaya lebih tersusun dan tiada ayat yang dicopy paste dari entry blog eyriqazz.

4. Google plus

Cik tom share juga entry ini di google plus. Kemudian, usahakan edit code theme sehingga berjaya dapat “Google Snippet Blog Cik Tom” kerana ada yang nyatakan blog yang ada google snippet ada kelebihan tersendiri dalam seo berbanding yang takde. Oleh sebab pageview yang tinggi sehingga entry eyriqazz vs denaihati masuk dalam salah satu Google Site Link Blog Cik tom.

Google sitelink Eyriqazz vs Denaihati
Google sitelink Eyriqazz vs Denaihati

5. Ping entry

Ping entry di beberapa laman aggregator yang boleh dipercayai seperti directory4e, blogged.my, pingblogtool, innit nuffnang,  dan sebagainya. Ping entry adalah salah satu cara supaya blog terindeks lebih cepat dalam search engine.

6. Backlink

Salah satu teknik yang paling bagus untuk seo yang banyak digunakan oleh pakar SEO ialah backlink. Backlink ini boleh didapati backlink secara percuma dan natural backlink ataupun backlink berbayar. Kalau tanya bab backlink berbayar? Maaf memang cik tom tak pernah guna dan tak pasti caranya. Cik tom backlink kan url main entry contest pada;

  1. Backlink pada bahagian sidebar blog
  2. Backlink pada bahagian footer blog
  3. Backlink di tengah2 entry
  4. Backlink dari blog2 yang join “Giveaways Kedua Blog Cik Tom” sebab cik tom guna url main entry contest sebagai backlink utama bagi penganjur.
  5. Backlink gambar2 entry terbaru ke entry main “Eyriqazz vs Denaihati“.

7. Pagerank blog

Pagerank blog cik tom ialah PR3. Boleh cek pagerank blog –> Check Google Page RankSalah satu kelebihan blog cik tom dalam contest ini ialah blog cik tom PR3. Bila pagerank lagi tinggi ianya satu kelebihan dalam permainan seo tapi dengan teknik seo yang betul, blog yang ber pagerank rendah pun boleh mengatasi kedudukan blog PR yang tinggi.

Apa yang cik tom share ini ialah teknik yang cik tom gunakan sepanjang contest berjalan. Rasanya semua teknik yang cik tom guna memang dah diketahui jelas pada blogger lain seperti yang pernah dikatakan oleh titan. hehe…

Kalau diperhatikan tips-tips SEO sentiasa ada perubahan dari masa ke semasa. So, bagi cik tom yang terbaik ialah buat artikel yang berkualiti dan bermanfaat insyaAllah yang lain akan datang dengan sendirinya. Banyak kelebihan kalau pandai permainan SEO sebab ia boleh tambah trafik dan juga jana income dari blog.

Selain itu, cik tom sangat rekemenkan korang untuk belajar mengenai SEO ini dari asas iaitu dengan pelajari dari Panduan Asas SEO dan rahsia untuk mempelajari SEO. InsyaAllah korang akan dapay menguasai Teknik SEO dengan mudah dan cepat. Kemudian boleh mula menjana income dari blog.

Pada kesempatan ini juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger “INI” yang banyak membantu cik tom dalam mempelajari ilmu SEO sampai pening kepala. hehe… Terima kasih juga kepada pihak penganjur, bro eyriqazz sebab telah menjayakan contest ini dengan lancar dan juga terima kasih kepada semua pihak penaja contest 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

73 thoughts on “Strategi Teknik Permainan SEO Cik Tom

  • October 1, 2012 at 1:00 am
    Permalink

    Tanniah kepada Cik Tom kerana stratergi yang digunakan menjadi. 🙂

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:18 pm
      Permalink

      tq bro..alhamdulillah ada rezeki menang no 3 kali ni..

      Reply
  • October 1, 2012 at 1:38 am
    Permalink

    tahniah ciktom kerana memenangi contest tersebut,. 😀
    tq juga atas strategi seo yang menarik ,.

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:18 pm
      Permalink

      thanks jaerul..tahniah jgk buat jaerul menang dlm contest yg sama..

      Reply
  • October 1, 2012 at 1:52 am
    Permalink

    Salam..
    sound good..saya nak cuba
    juga la nanti..pernah PR3 dulu
    tapi sekarang turun PR2

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:17 pm
      Permalink

      wslm..blog bro zulkbo hebat..siap ada iklan innity tue..income pun mesti masyuk ek..hee..xpe pr tu boleh usaha lg naikkan..

      Reply
  • October 1, 2012 at 3:47 am
    Permalink

    tahniah ciktom..kemenangan ni dah membuktikan yang ciktom adalah blogger wanita pakar seo. atau lebih tepat lagi, pakar seo.. tahniah cik tom.. boleh la saya bertapa dengan ciktom kan??hehehe

    Reply
      • October 1, 2012 at 9:27 pm
        Permalink

        bukan kena study je..tp kena rajin jgk buat eksperimen..br tau keberkesanannya…

        Reply
    • October 1, 2012 at 9:11 pm
      Permalink

      xdelah pakar..ni sekadar percubaan dan alhamdulillah menjadi..nak bertapa? boleh sediakan pengerasnya..hehe

      Reply
  • October 1, 2012 at 5:46 am
    Permalink

    Tahniah CikTom… hujung2 permainan tak terdaya bersaing dengan berbagai hal dunia siber dan pakar2 kreatif yg lain, mereka2 semua bertanding memang terbaik (termasuk “princess seo” ciktom)… apa pun tks kerna berkongsikan pengalaman… semoga dimanfaatkan sahabat2 untuk jadi lebih baik sebelumnya… alhamdullilah semoga kita kekalkan imej bersih “topi putih” heee

    Reply
    • October 1, 2012 at 8:51 pm
      Permalink

      semua yg join mmg hebat2 dan kreatif esp. irsah…mmg byk je idea..seronok join contest ini byk dpt kwn br termasuk irsah..hehe…yup terbaik kekalkan imej bersih “topi putih”…thanks ye irsah 🙂

      Reply
  • October 1, 2012 at 7:49 am
    Permalink

    Yeahh….cik tom mmg hebat..tahniah cik tom.

    Reply
    • October 1, 2012 at 8:47 pm
      Permalink

      hebat lagi yas..pakar seo..kalau yas join konpem ciktom xmenang..hihi

      Reply
  • October 1, 2012 at 7:58 am
    Permalink

    tahniah ciktom memang mengena strategi SEO ni 🙂

    Reply
    • October 1, 2012 at 8:46 pm
      Permalink

      alhamdulillah strategi mengena kali ni utk menang tempat ke 3..tq auc

      Reply
  • October 1, 2012 at 8:56 am
    Permalink

    sop tgk support backlink cik tom mmg tinggi..
    entry mmg byk ler utk support.. heheh
    tahniah cik tom

    Reply
    • October 1, 2012 at 8:46 pm
      Permalink

      kelebihan jgk kot join antara yg terawal lg byk dpt backlink..hihi…tq n tahniah jgk sop!

      Reply
    • October 1, 2012 at 1:46 pm
      Permalink

      thanks kko..haa kalau blog meniaga memang bagus praktis seo ni..mudah nak jual produk..

      Reply
    • October 1, 2012 at 1:45 pm
      Permalink

      ratu seo?hehe…jauh panggang dari api…seo djchef lg hebat…br join dh msk no 13..tahniah ye!

      Reply
  • October 1, 2012 at 12:16 pm
    Permalink

    Taniah cik tom. o rupanya lebih kurang macam tu ya startegi nya

    Reply
    • October 1, 2012 at 1:38 pm
      Permalink

      aah ini strategi yang ciktom guna…boleh cuba kalau berminat..

      Reply
      • October 1, 2012 at 5:06 pm
        Permalink

        Tapi ada orang kata kalau pr dia tinggi senang je dia orang nak sayurkan blog2 yang pr dia rendah, lagi2 kalau takde pr hehe

        Reply
        • October 1, 2012 at 10:01 pm
          Permalink

          yup kl pr lg tinggi mmg ada 1 kelebihan berbanding blog pr rendah…advertiser pn lg suka blog yg berpr tinggi..

        • December 26, 2012 at 2:22 pm
          Permalink

          dapat juga info yang aku nak dekat sini hehe

  • October 1, 2012 at 1:00 pm
    Permalink

    tahniah cik tom…

    p/s: amy ada sent mesej kat fb nanti minta cik tom lihat ye tq

    Reply
  • October 1, 2012 at 5:26 pm
    Permalink

    Tahniah ya sis..nice sharing 🙂

    Reply
  • October 1, 2012 at 5:40 pm
    Permalink

    blogger INI tu mmg ayat dia kasi pening skit nak paham..

    btw, camne nak kasi backlink kat gambar..? tak pernah buat.

    Reply
    • October 2, 2012 at 2:54 am
      Permalink

      backlink kat gambar tue macam biasa guna kalau pengguna wordpress kan masa upload gambar tue masukkan url entry dalam kotak “Link Image To”.

      Reply
  • October 1, 2012 at 6:21 pm
    Permalink

    tahniah menang kontest ni

    Reply
  • October 1, 2012 at 6:57 pm
    Permalink

    Wah tahniah cik tom. Saya memang setuju dengan artikel berkualiti tu. Itu paling penting bagi saya dalam SEO. Satu tips mudah untuk SEO, buat artikel macam wikipedia tapi dalam bahasa blog.

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:28 pm
      Permalink

      aah buat artikel mcm wikipedia yg serba lengkap…ciktom pun suka sbb susunannya teratur n mudah utk pelawat baca..thanks utk tips seo tue ye naziman 🙂

      Reply
      • October 1, 2012 at 10:02 pm
        Permalink

        Ada satu lagi tips, google lagi suka entri panjang2. Tapi ada keburukan, pembaca tak suka baca panjang2. Tapi kan kalau pembaca baca, bagusnya, bounce rate akan kurang. Tips ni susah, kena faham google dengan pembaca juga.

        Reply
  • October 1, 2012 at 7:46 pm
    Permalink

    teknik SEO yg bagus ni. terima kasih sudi berkongsi. boleh jadikan panduan bila nak join contest SEO yg akan datang.

    anyway, tahniah ciktom menang tempat ketiga. bukan senang 😉

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:27 pm
      Permalink

      semoga teknik yg ciktom share ni dpt input utk blogger yg bg nak blaja seo.tp rsnya amirez lg hebat dr ciktom..segan plk..hik3
      thanks =)

      Reply
  • October 1, 2012 at 9:06 pm
    Permalink

    Tahniah ciktom..memang layak digelar ratu seo nih.

    Reply
    • October 1, 2012 at 9:25 pm
      Permalink

      tq hatiputera..em masih xlayak gelaran ratu seo..byk yg perlu dipelajari n perbaiki ilmu seo.. 🙂

      Reply
  • October 1, 2012 at 10:07 pm
    Permalink

    Banyak yang nak kena korek daripada ciktom ni.

    Reply
  • October 1, 2012 at 11:46 pm
    Permalink

    tahniah untuk cik tom dan penang yang lain
    mujur juga singgah malam ni, banyak ilmu dalam entri ni

    Reply
  • October 2, 2012 at 12:44 am
    Permalink

    blog ada pagerank, usia blog lama…ada g+,tweet dan like yang banyak..memang senang nak menang. apapun, tahniah. memang dah dijangka dari awal. haha..

    Reply
  • October 2, 2012 at 2:01 am
    Permalink

    Haha..ni la tempias bila berguru dgr pakar SEO..haha..tahniah ciktom..

    Reply
  • October 2, 2012 at 9:11 am
    Permalink

    pening lalat nak paham apa itu SEO.. apa pun tahniah CIK TOM..

    Reply
  • October 2, 2012 at 12:56 pm
    Permalink

    tima kasih cik tom atas tips SEO..
    beruntung dapat tips SEO hebat dari Cik tom
    percuma plak tu… kena take note nie..
    semoga cik tom dimurahkan rezeki.. amin 😀

    Reply
  • October 2, 2012 at 1:59 pm
    Permalink

    Tahniah ciktom. Dapat jugak no 3 sibuk2 pun. 🙂

    Reply
  • October 2, 2012 at 3:27 pm
    Permalink

    tahniah ciktom ! hehe …ciktom memang saya solute

    Reply
  • October 3, 2012 at 9:31 am
    Permalink

    Tahniah Cik Tom.. Di atas kejayaan memenangi tempat ke tiga Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. Bagi saya Cik Tom adalah merupakan peserta terbaik Contest ini..

    Disebabkan itu Cik Tom memang selayaknya memenangi Contest ini..

    Untuk lebih menghangatkan lagi persaingan SEO, saya menjemput Cik Tom bersaingan dalam satu cabaran SEO dengan Keyword “Blog Popular”.. Siangan kali ini kelihatan lebih mencabar disebabkan Keyword tersebut telah banyak berada di Google..

    Pertandingan Anugerah Blog paling Popular 2

    Reply
  • October 4, 2012 at 3:05 pm
    Permalink

    As salam cik tom,
    yeayyy! dapat jugak terjah sini dan baca tips2 seo cik tom.
    terima kasih byk2 sudi berkongsi ilmu seo ni. nampaknya byk yg ambe nak kena mulakan balik perlahan2.

    terima kasih cik tom dan tahniah menang! =)

    Reply
  • October 5, 2012 at 1:04 am
    Permalink

    tahniah ciktom…kena menuntut ilmu dgn ciktom la gini..hehe.. 🙂

    Reply
  • October 13, 2012 at 8:14 am
    Permalink

    saya pun tengah belajar teknik seo juga. cabaran utama adalah jika nak lawan blog yang PR tinggi. Backlink yang banyak juga memainkan peranan. Anyway tahniah. Lama tak komen di sini

    Reply
  • October 13, 2012 at 8:17 am
    Permalink

    Saya pun tengah belajar teknik SEO. Sebab tu la tak berani nak bertanding lagi dalam apa-apa cabaran. Thanks for the info

    Reply
  • October 14, 2012 at 8:56 pm
    Permalink

    belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah untuk ciktom..pape pun, thanks for d sharing. ada info yang saya tak tahu jugak tu. 🙂

    Reply
  • October 20, 2012 at 5:28 am
    Permalink

    wahh, pandai guna teknik seo.. sy juz tau paling basic jaa tu pun jarang2 guna kt entry, huh…

    Reply
  • October 29, 2012 at 7:55 am
    Permalink

    tahniah ciktom, seronok baca teknik-teknik contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati yang ciktom tulis ni.. banyak yang saya pelajari disini.

    Reply
  • November 20, 2012 at 6:32 am
    Permalink

    Hebat cik tom. Banyak strategi juga yang digunakan. Apa-apa pun nice entry.

    Reply
    • November 21, 2012 at 1:38 am
      Permalink

      thanks…dah terlajak join contest mmg cuba usahakan pelbagai teknik utk menang..pastu tawakkal jelah..hehee

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!