Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Terima kasih mengunjungi blog ciktom[dot]com. Semoga kunjungan anda ke sini memberi seribu manfaat yang tersirat mahupun tersurat. Resepi yang cik tom nak kongsikan kali ini ialah resepi nasi minyak yang mudah je cara untuk disediakan dan insyaAllah sedap dimakan bersama lauk pauk kegemaran iaitu ayam masak merah. Oh ye resepi masakan nasi minyak simple ini hanya anggaran untuk hidangan 4 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti/ ikut citarasa daripada resepi nasi minyak ini ya.

Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

Bahan- bahan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):

Bahan A

3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 ½ cawan air
1 sudu besar kismis
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar planta
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil pewarna kuning limau

Bahan b (bahan tumisan)

3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk kasar)
1 inci halia (di ketuk kasar)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara Masakan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap:-

1. Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

2. Masukkan beras dan kacau sehingga rata

3. Masukkan air, kismis dan garam. Gaul sekali lagi sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan kesemuanya ke dalam periuk elektrik.

5. Masukkan susu cair dan masak seperti nasi biasa.

6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama acar timun dan ayam masak merah.

*Tips tambahan:- masukkan 1 sudu sunquick untuk mendapatkan nasi yang cantik
dan tidak berketul-ketul.

Nasi minyak ialah hidangan yang paling popular untuk kenduri kahwin atau musim perayaan kan? Tapi tak semestinya tunggu hari istimewa je baru nak masak. Mungkin boleh sediakan buat suami atau keluarga tersayang. Selamat mencuba Resepi Nasi Minyak kali ini ye. Untuk lebih banyak resepi menarik selain nasi minyak boleh klik ke category >>resepi<< 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Resepi Nasi Minyak Cara Mudah dan Sedap

  • December 4, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    sedapnya….x tau pun kena letak sunquick..

    Reply
  • December 4, 2012 at 12:55 am
    Permalink

    Nasi minyak sudah dibuat. Orangnya bila hendak menjamu rakan-rakan nasi minyak pula. 🙂

    Reply
      • December 5, 2012 at 2:54 am
        Permalink

        sampai masanya pasti kita semua akan dijemput.
        cuma masanya masih menjadi tanda tanya

        Reply
        • December 9, 2012 at 5:15 pm
          Permalink

          kalau sampai masanya insyaAllah akan dijemput rakan blogger..he

  • December 4, 2012 at 12:59 am
    Permalink

    ehem2.. adakah kami akan merasa nasi minyak cik tom dalam masa yang terdekat ni??hehehehe

    Reply
  • December 4, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    hehe.. kesitu pulak ^_^.. terima kasih untuk resepi itu. nampak mudah je.

    Reply
  • December 4, 2012 at 2:42 am
    Permalink

    dah lama tak lepak kat blog cik tom..adakah resepi nasi minyak ni membawa makna ciktom akan buat kenduri nasi minyak??

    Reply
    • December 9, 2012 at 6:02 pm
      Permalink

      hahaha…entry ni saje2 je buat penambah resepi yang sedia ada..

      Reply
  • December 4, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    wah…resepi rahsia ni…ada petua letak suquick ea…

    Reply
    • December 9, 2012 at 6:01 pm
      Permalink

      petua untuk bagi nasi tak melekat dan lagi sedap.

      Reply
  • December 4, 2012 at 4:01 pm
    Permalink

    ciktom ..saya dah terbau ciktom punya nasik minyak ni ..hahahha..bila lagi ni ciktom ? kalau jadi nanti, invite saya tau ! keh3

    Reply
  • December 4, 2012 at 6:21 pm
    Permalink

    makan nasi minyak setiap kali ke majlis perkhawinan jer…:)

    Reply
    • December 9, 2012 at 5:21 pm
      Permalink

      samalah ciktom pun..hehe..xpun kl time musim perayaan.

      Reply
  • December 4, 2012 at 6:43 pm
    Permalink

    molek sangat dah ni
    sekarang musim cuti sekolah
    hehe

    Reply
  • December 5, 2012 at 2:55 am
    Permalink

    isteri saya rajin juga masak nasi minyak ni sbb satu family suka makan nasi minyak lagi-lagi nasi minyak kenduri kahwin.

    Reply
    • December 9, 2012 at 5:14 pm
      Permalink

      nasi minyak kenduri kawin mmg sedap..hee

      Reply
  • December 5, 2012 at 8:23 pm
    Permalink

    banyak resepi maka banyak lah entry dan banyaklah organic traffic, hehehe

    Reply
  • December 5, 2012 at 10:16 pm
    Permalink

    nempak menyelerakan nasi minyak ni..

    Reply
    • December 9, 2012 at 5:11 pm
      Permalink

      boleh cuba masak..xpun tunggu je kduri kawin..hee

      Reply
  • December 7, 2012 at 1:18 am
    Permalink

    memang nasi minyak makanan kegemaran sy..tak kira masa, andai ada jer hidangan nasi minyak, mesti makan sampai kenyag..masa ni tagline makan untuk hidup diabaikan seketika..hehe

    Reply
  • December 8, 2012 at 10:22 pm
    Permalink

    nasi minyak ni ok sikit. tapi tetap tak suka nasi planta.

    Reply
  • December 10, 2012 at 9:59 am
    Permalink

    lepas ni boleh jadi tukang masak nasi minyak kat rumah orang kahwin la cik tom… ehehehe

    Reply
  • February 8, 2013 at 8:45 pm
    Permalink

    ciktom, susu cair ke pkat….

    Reply
  • May 13, 2019 at 9:43 am
    Permalink

    sunquick letak satu sudu kecik ke sudu besar

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!