Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Tahun 2010 (ogos) cik tom pernah share juga Resepi Nasi Tomato tapi tue resepi copy dari blogger sha seperti yang cik tom mention dalam entri. Tapi tak sedap pulak kan kalau tak mencuba sendiri resepi yang kita praktis dan share resepi original kita cuba di blog. Barulah kita tau resepi nasi tomato yang dicuba itu memang menjadi dengan cara yang mudah dan rasanya pun sedap. Resepi kali ini cik tom amik dari SIL, Kak Long cik tom. Resepi nasi tomato ini untuk anggaran 4 orang makan. Kalau dah pandai masak nasi tomato ni nanti boleh ubahsuai ikut selera masing-masing ye 🙂

Bahan- bahan Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):-
Bahan A
3 cawan beras (dicuci dan ditoskan)
½ cawan susu cair
1 biji tomato (dicincang halus)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar planta
Garam secukup rasa
3 ½ cawan air
Daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)
Bahan B (bahan tumisan)
2 ulas bawang putih dan 3 biji bawang merah (dihiris)
1 inci halia (diketuk)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara masakan Resepi Nasi Tomato Cara mudah dan sedap:-
1. Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan, serai serta masukkan daun pandan.
2. Masukkan tomato, sos, garam dan gaul rata.
3. Kemudian, masukkan susu cair, air dan biarkan mendidih seketika.
4. Selepas mendidih, masukkan bahan tadi ke dalam periuk elektrik yang berisi beras.
5. Tanaklah nasi tomato ini seperti biasa sehingga masak.
6. Hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun.
*tips tambahan:- tidak perlu masukkan pewarna, kerana warna tomato itu sendiri
sudah cantik lagi asli.
Ok sampai disini sahaja slot resepi kita kali ini ye. Selamat mencuba Resepi Nasi Tomato cara mudah dan insyaAllah sedap!!
ps: banyak entri resepi dalam draft tertunggak nak publish.
Sharing is caring
Salam..
woww..sedap!
saya suka nasi tomato
pekena dengan ayam
masak madu/merah
lama xmakan ayam madu…best tue…hee
nikmat sangat2 nasi tomato dgn ayam masak merah dgn acar lagi.. haihh
dah terbyg2 tgh lapar malam ni..hee
hoho.. suka sangat dengan tomato ke?? hehe.. by the way, nasi tomato ni memang sedap makan dengan ayam masak pedas..
yup mmg sedap dgn ayam masak merah pedas.
sedap2….in sha allah akn try resepi nie…macehhh cik tom 🙂
sama2 yunk.
sejak bila suka makan nasi tomato plak nih..
dah lama suka..dah namanya cik tomato..
wife saya memang suka adegan masak2 ni. tapi blm pernah masak nasi tomato. nasi briyani tu memang selalulah dia masak.
nasi briyani…sedap tue.
hai ciktom,
tak pernah makan nasi tomato, tentu sedap dan menyelerakan.
boleh try minta wife masak..or beli 🙂
Dah lama tak memasak nasi tomato, sekarang ni terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, mungkin boleh cuba resepi cik tom bila ada kelapangan… 😀
insyaAllah boleh cuba waktu free nanti..
Nasi tomato ni kegemaran Mummy and Qashrin serta family.
Selalu Mummy masak tak letak tomato sos tapi pakai tomato soup dari heinz + tomato puri sedikit.
Aduh sedapnya makan dengan ayam masak merah…
Macam nak masak je weekend ni. Hahaha.. adeyh!
macam2 resepi cara org masak nasi tomato..n tiap2 satu tue ade kelebihan+ikut citarasa masing2..hee
Nasinya sudah ada tetapi lauknya dimana? 🙂
lauknya ayam masak merah..lauk simple je..so ciktom xmasukkan dlm entry ni..ciktom pecah dlm entry lain..hee
nyum3..rupanya ciktom pandai masak..kah3
dah selalu ciktom share resepi kt blog..
ciktom memang kaki memasak
masak waktu terluang je..kl kerja malas jgk..hee
sedapnye..
cik tom nanti share la resepi lauk nye pula..heheheeh ^^
lauknya boleh ayam masak merah…nanti ciktom share in future ye..tp cr masaknya simple jee….
nasi tomato memang sedap dimakan….biasa nyer makan nasi tomato pasti bertambah….:)
samalah..nasi tomato fevret ciktom..
mentang2 lah nama ciktom
nasi tomato lah pilihannya…. terbaiikkk 🙂
ahahhaa ;p
hmmm…senang sgt rupanya…
akak dah pro masak2..seganlah saya..hee
emm kenapa guna planta?tak guna minyak?hehe
planta tue lagi elok guna compare minyak…tp incase nak guna minyak blh jugak.
jom try praktikkan resepi ni
selamat mencuba 🙂
Terbaik la nasi tomato. Saya bab makan memang suka sangat. Hehe 🙂
semua suka makan..hee
nasi tomato ni tak pernah pulak aku cuba
nanti boleh cuba makan..mmg sedap!
tengok gambar macm pernah makan hehe, cuma tak tahu namanya sahaja
pakat makan je ek..heee
Nyum..nyum..mesti sedap ni..tengok pun dah tahu..boleh la saya try masak nanti..buat kejutan sikit untuk isteri..mesti dia kagum dengan kehebatan saya membuat nasi tomato.. 😀
memang idea yang terbaik! slmt mencuba ye.
x pernah lagi buat nasi tomato sendiri..selalu beli kat kedai je..=P
nanti pasni husna boleh buat sendiri..lg sedap
Makan nasik tomato ke,nasik minyak ke,briyani ke,akak tak suka makan dengan ayammasak merah atau kari sebab nasik berminyak,kuahnya pun berminyak.kalau acar timun tu akak suka..lauk nya pulak,cukup dengan ayam goreng je..kena tos kering2 la ayamgoreng tu..cerewet kan akakni??hahahah
laa ye ke?kl ciktom mmg suka sgt pekena dgn ayam masak merah..hee
dkna pandai makan yang dah siap jer cik tom heheee
hehe..xpelah lg mudah.. ;p
Conform nk try masak nnti.. Mcm sedap je,, hehe
cuba jangan tak cuba..heee
asalkan tomato yerr cik tom hhehe…sbnrnya saya tak pernah makan nasi tomato…jadi terima kasih kerana beri resipi…saya try makan… 🙂
try la makan..mana tau nanti jatuh hati dgn nasi tomato.. 🙂
sekarang musim orang kahwin, yang mengidam nasi tomato tu paham2 la yer.. terjah saje! 🙂
musim kawin bukan biasa nasi minyak ke?hee
resepi cik tom sendiri ker ni?..hehe
yup resepi famili..hee
kat terengganu payah sangat nak jumpa nasi tomato ni. Setelah 4 tahun di terengganu, bila sampai kat serdang je terus cuba nasi tomato di sebelah UNITEN. layan
eh ye ke?ciktom org terengganu..ada je nasi tomato..hee
cik tom buatkan kat saya boleh??hehehe
boleh je..bagi upah..haha
wahhh . nampak sedap . boleh try nie resepi nie .
selamat mencuba..lauknya boleh guna ayam masak merah..
amboi..cik tom suka nasi tomato yer..
dah trademark pun tomato..hiihhi
resepi mudah macam ni la yang aku mahu
sebab aku suka makan je, tak berapa suka nak memasak
hehe
resepi ni mudah je nak buat..nanti cikgu boleh masak utk wife.hee
dah cik tomato, mmg le terer buat nasi tomato. cik tom = nasi tom. hehehehe
hehe..nasi fevret cik tom selain nasi ayam.
mentang2 nama cik tom…nasi tomato tue pun nampak menarik..tengok mudah tapi nak buat tak tahu bila…hehehe
ahahaa…tue kan dah trademark cik tom 🙂
salah satu feveret saya ni..kalau ciktom buat, jangan lupa ajak saya datang makan..hehehe
dekat ke??boleh je..hee
Salam gadis tomato, boleh tak saya masak ubah sikit resepi ganti planta dengan mentega untuk rasa lebih lembut? jangan risau tomato tu saya kekalkan dalam masakan 🙂 sambil makan dengar lagu kartun jepun lama tomato man http://www.youtube.com/watch?v=-GruaW9nm10.
boleh je ikut keselesaan masing2 utk outer resepi asal cik tom ni ye..
nasi tomato memang sedapppp!!!
nasi tomato mmg best 🙂
cedap n simple jep..tp law makan dengan ayam masak kurma cedap tak ciktom?
Jom baca entri terkini yana …doa untuk kita
Terima kasih ciktom..masih bermanfaat post ni..
sama2. Alhamdulillah