Resepi Nasi Planta Cara Mudah dan Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Tora datang lagi. Eh.. silap entri resepi datang lagi ye! Suka tak? hehe… Pada yang dah bosan tue maaflah ye. Memang perangai cik tom camni. Kalau mood affiliate meninggi entri duk tayang komisyen la memanjang. Kalau mood tutorial.. mood tips dan sebagainya. haha… Sekarang mood masak-masak so entri masak-masak la memanjang. Lebih-lebih lagi banyak draft resepi yang tak terpublish. hee… So apa resepi kali ini ye? Sama je content macam tajuknya iaitu Resepi Nasi Planta Cara Mudah dan Sedap!!

Bahan- bahan Resepi Nasi Planta Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):
Bahan A
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan air
2 sudu besar planta
1 sudu minyak masak
½ sudu kecil pewarna kuning limau
Garam, gula secukup rasa
Bahan B (bahan tumisan)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 tangkai daun kari (dilurutkan)
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kecil kulit kayu manis
Cara-cara masakan Resepi Nasi Planta Cara Mudah dan Sedap:
1. Panaskan planta dan minyak masak ke dalam periuk.
2. Tumiskan bahan tumisan sehingga berbau wangi bukannya hangit ye. ;p
3. Masukkan air, gula,garam,pewarna dan akhir sekali beras.
4. Tanaklah nasi seperti biasa sehingga masak.
5. Boleh juga di alihkan ke dalam periuk elektrik.
* tips tambahan:- sesuai untuk ayam barbeque
Biasa budak-budak kecil suka sangat makan nasi planta. Sekali sekala memang bagus ubah pelbagaikan menu masakan untuk anak-anak supaya diorang lagi suka nak makan. Yelah budak-budak kan lebih suka main-main sampai tak nak makan. ehee… So, selamat mencuba Resepi Nasi Planta Cara Mudah dan insyaAllah Sedap!!
Sharing is caring
Salam..
saya baru je masak nasi planta..
resepi sendiri, saya suka
letak daun kari..yum yum
letak bau kari jd wangi n rs pedas2 sikit..sedap jgk tue..kl masak sendiri senang blh ikut selera nak letak apa..hee
Kalau guna marjerin lain boleh kan? Sebab kat Mesir takde planta. Heheh nak try buat lepas nii 🙂
boleh jugak yunk..
lama tak makan yummy…:p
mudah je nanti boleh buat sendiri je kt umah..
Pernah buat yang nasi gorang palnata jer..memang sedap..campur pulak dengan telur dadar..
wah campur dn telur dadar mmg best..makan panas2 time berwap..fuhh… 🙂
Hahaha..memang terangkat la cik tom..terasa lapa dah ni..rasa nak pergi sarapan jer dulu..hahahaha
dia buat nasi pelanta la plakk..bila mahu hantar ke banting nih..
haha..saje kasi titan terliur..boleh je anta pos..hehe
nampak menyelerakan nasi planta tu ciktom.. 🙂
terima kasih donnyien.
banyak dah resipi ni..tunggu cik tom masakkan untuk saya je lagi ni..hehehe
hahaa..boleh je..mailah jalan2 terengganu..
errrmmm. bestnya!!!
boleh la cuba sendiri resepi nasi planta ni 🙂
rajin tul cik tom bagi resepi….nanti senang la nak masak..hehe
saje kongsi resepi utk kwn2 n diri sendiri jgk..nanti kl incase lp blh tgk kt blog..hehe
Nasi minyak kosong ni. Memang sedap
makan dgn lauk ayam masak merah lg sedap…eh tp ni bukan resepi nasi minyak tp nasi planta..hee
nasi minyak, nasi planta ataupun nasi buttercup..semuanya saya dah masak untuk anak2. ada yg diaorang suka makan, ada yang tak suka makan.
yang bongsu tak suka pedas2..tapi si abang nak yg pedas. terpaksalah diimbangkan keduanya
wah bapa mithali ni.pandai masak..
serius nampak sedap gile….n serius tatau kewujudan nasi planta… n serius akan try one day…hehehe
byknya serius..hehe..nanti try la..mmg sedap!!
tak berapa suka nasi planta. lebih suka nasi tomato!
ikut selera masing2..ada yg suka nasi planta..ehee
tak pernah makan lagi nasi planta. sama mcm nasi minyak ke?
lebih kurang jugak cuma planta ni rs lg berlemak..budak2 biasa suka makan.
memang sedap nampaknya
cubalah resepinya..hee
Nampak pun dah sedap, belum lagi makan. Nice entry cik Tom.
boleh la cuba resepi ni kat perantauan..thanks arrazi..
boleh praktikkan ni.. macam sdap..
lama dah tak makan nasik planta. terliur dah ni…
selalu masak ke cik tom.. pasti hebat dalam masakan ni…
Memang sedap nasi Planta yang dihasilkan dengan meletak rempah ratus.
Suka makan nasi planta ni..bau and rasa dia best..wangi & fresh..
pewarna kuning tu kalau tak letak still okey kn…?
yup..tak letak pun takpe..untuk bagi kolor cantik je.
Oh macam sedap je. Planta kat rumah takde lah pulak.. kalau ganti minyak sapi boleh ke
Jom baca entri terkini Nor Hazmira …PENURUNAN BERAT BADAN RENDAHKAN RISIKO DIABETIS