Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat
Assalamualaikum dan salam sayang… Lama pulak rasa tak update resepi masak-masak simple. Budak baru nak belajar memasak kan. huhu.. Ok resepi kali ni khas untuk minum petang bersama suami tercinta. hihi… Baru-baru ni suami cik tom request buat roti telur cheese leleh mudah dan cepat disediakan.
Suami cik tom ni suka benor makan semua menda berkaitan cheese. Salah satu dia bagitau murtabak cheese. First time cik tom dengar murtabak pun di ‘cheese’ kan jugak. Rupanya macam mana? Cik tom pun tak pernah tengok atau rasa lagi. hehe..
Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat
Percubaan: cik tom
Ok jom kita tengok bahan-bahan mudah untuk sediakan roti telur cheese ini ye.
Bahan-bahan mudah roti telur cheese meleleh
6 keping roti
3 keping cheese
2 biji telur
sedikit garam
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat roti telur cheese leleh versi malas
1.Ambil sekeping roti dan letakkan 1 keping cheese di atasnya. Kemudian tutup keduanya dengan sekeping lagi roti.
2. Next, sila potong roti tersebut mengikut bentuk yang disukai. Tak nak potong pun takpe jugak. Macam cik tom potong kepada 4 bahagian nak bagi nampak cam bentuk mini sandwich gitu. hihi..
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam. Pukul telur sehingga kembang.
4. Celup roti yang di potong tadi ke dalam telur yang dah kembang tu.
5. Goreng di atas kuali yang dah dipanaskan dengan sedikit minyak. Nak goreng roti telur cheese ni tak perlu minyak yang terlalu banyak ye. Goreng la ikut suka hati korang. Nak garing, hangus ke atau cukup sekadar telur tu masak. haha…
ps: make sure jangan sampai cheese meleleh kena kuali. dah melekat haru jadinya. hangus. ;p
6. Angkat dan siap untuk dimakan. Nak buat mudah je. Yang tinggal rajin ke tidak nak buat je. hoho..
Suami cik tom cakap patut tak nampak cheese tu kat tepi roti. Tapi kalau tak nampak camne nak buat resepi roti cheese leleh. hehe…
Resepi berasaskan cheese lain; Resepi cheesekut cara mudah dan sedap
Ok, selamat mencuba resepi roti cheese leleh mudah dan cepat!
Sharing is caring
hihi bertambah seronok masak sebab ada org makan ..
Jom baca entri terkini puanbee …Kamus kasut
aah dah rasa kenyang je tengok orang makan..hihi
dap ermmmm! 😀 simple je resepinyaa.. tp makan sesikit tak cukup nih..
ye ke?banyak tak best jugak sebab muak cheese..kalau hantu cheese memang tak cukup la sikit..hihi
Baru perasan.. patutlah cik tom rajin belajar memasak sejak akhir-akhir ni.. rupa-rupanya tengah training masak untuk sumai… beruntung suami cik tom.. dapat isteri yang pandai memasak..
Jom baca entri terkini anuar …3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
tak pandai masak sebab tu kena rajin belajar masak..hehe
Walaupun resepi ni simple tapi yang ni lah yg paling sedap kan..
Simple tapi sedap.
Jom baca entri terkini Myra Jay …Diari Detox dengan Shaklee (Day 2 ~ 4)
yup betul tu..kadang2 yang simple lagi selera nak makan.
Selalu juga makan roti telur cheese macam ini tapi sejak berat badan naik ni dah stop dulu makan benda-benda cheese
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Gunung Angsi Hiking Challenge 2016
takpe naik berat badan..kena aktif bersukan atau hiking la..huhu
Alahai sedapnya petang petang macam ni….Hujan pula tu
malam pun sedap jugak makan roti cheese..xkira masa..haha
wah sedapnya nyeee…. nanti ada anak, berebut anak2 nak makan.. heeee
psst: betul juga kata suami tu.. rasanya boleh tuang sikit cheese cair atas roti sbg hiasan pun cantik..
Jom baca entri terkini Hairul HIssam …Ubat Cirit Birit Tradisional Terbaik & Testimonial Jual Sebiji Murtabak Berharga 10 Dollar Di Sydney
mesti lagi meriah ek makan dengan anak2..hehe…
insyaAllh nati buat next time tuang cheese sebagai hiasan.. 🙂
Keenakan ada lapisan cheese yang tak boleh tahan meleleh air liur. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
penggemar cheese memang tak boleh tahan tengok cheese yang cairr..
Memang mudah amat la cik tom, kalau buat ni suami la yang makan banyak nanti..hehe
Jom baca entri terkini Noriza Rahman …Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
Memang licinnn kalau buat kat rumah saya ni hehehe menu simple tapi sedap dan kenyang ?
Jom baca entri terkini Ell …SHAKLEE TRIP : LIBRA CRUISE PENANG – PHUKET – KRABI – PENANG
memang sekejap je licin..hihi..budak2 lagi suka makan cheese..
sedapnya….
mau meleleh-leleh bila makan….
thanks resepi
Jom baca entri terkini umiadam …Set Kolestrol Shaklee Membantu Menurunkan Dan Mengawal Paras Kolestol
makan panas2 memang sedap…lagi2 time cheese tu meleleh lagii..hihi…
sama2 umiadam..