Review Novel “Aku Bercerita”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Novel ini terbitan Alaf 21 pada awal tahun 2013. Review novel kali ini ialah hasil nukilan dari Ramlee Awang Murshid. Boleh dikatakan hampir semua buku Ramlee Awang Murshid ada dalam koleksi saya. Sekarang tengah mencari novel terbaru beliau bertajuk “Magis”. Cari kedai buku area Kuala Terengganu ni sold out. Beli online best jugak boleh paw kakak2. ;p
AKU BERCERITA
Penulisan: RAMLEE AWANG MURSHID ( Terbitan Alaf 21)
~“Kadangkala…sesebuah cerita melangkaui batas fikiran”~
Harga: RM25 (SM) & RM28 (S/S)
Muka surat: 617 m/s
Review Novel “Aku Bercerita”
Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa…. dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun, kelibat orang itu samar-samar.
Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.
Kemudian… semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya.?
Ramlee Awang Murshid ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan.. andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya…
Antara monolog dan dialog
“Sebuah cerita itu tersimpan di dalam fikiran bermain di dalam hati dan akhirnya diluahkan dalam bentuk tulisan. Bercerita secara lisan membuatkan aku letih.
Bunian
“Dalam satu dunia, terbentang alam yang berbeza. Setiap kehidupan antara alam itu terbentang pula hijab sebagai batas sempadan. Terlarang untuk memasuki antara satu sama lain kecuali mereka yang terpilih sahaja. Hatta…terlarang cinta antara mereka.”
Culik
“Yang terlarang tetap haram dalam agama. Yang terlarang itu juga merupakan jenayah yang menjijikkan. Yang melanggar undang-undang itu bukan hero. Mereka pengecut yang bertopengkan kebenaran.”
Antara monolog dan dialog
“Benarkah kiti bermimpi dalam nyata? Dan bernafas dalam igauan? Atau… sebenarnya, kita berada dalam relung mimpi yang dicengkam igauan?
Berlapis-lapis sehingga sukar mengenal pasti antara realiti dan fantasi?”
Sang Kancil
“Dalam sastera Melayu klasik, sang kancil merupakan simbol kecerdikan Melayu. Tapi bagi seorang pengkaji Perancis, Dr. Georges Voisset, sang kancil adakalanya termasuk dalam kelompok yang licik dan sadis.”
Antara monolog dan dialog
“Siapa aku sebenarnya? Mengapa aku terjebak sebegini rupa? Mimpi siapakah yang telah mengheretku sampai ke sini? Khayalan siapakah yang membuatkan diriku seperti tidak berpijak di bumi nyata? Apakah aku berada di sebuah dimensi yang tidak berpintu? Atau….semua ini sekadar sebuah sandiwara? Sebuah drama atau filem? Ternyata soalan-soalan tidak bernoktah itu gagal kujawab sendiri!”
Cut
“Dunia ini pentas sandiwara.
Kita adalah pelakonnya.
Di kalangan kita pula ada yang benar-benar menjadi manusia dan rami juga yang memilih menjadi boneka atas kerelaan sendiri.
Takdir merupakan plot penceritaan.
Lalu bagaimana harus kita membawa diri di pentas sandiwara nan luas ini?”
Antara monolog dan dialog
“…… dan ketika ini, barulah aku mengerti siapa diriku sebenarnya. Sebuah hakikat yang menyakitkan! Sebuah cerita yang telah lama dirahsiakan. Aku melihat ‘noktah’ pada diriku sendiri. Menyaksikan sisi gelap pada cermin keterampilanku, yang selama ini kupendamkan sejak sekian lama. Warna hitam dan putih…. itulah watakku.”
*************************************************************
Penceritaan Ramlee Awang Murshid kali ini membawa seribu kelainan berbanding hasil tulisannya yang sebelum ini. Novel Aku Bercerita telah mewujudkan satu watak yang bakal menjadi tanda tanya dalam diri pembaca. Satu elemen yang berbeza.
Dalam 1 novel ini juga, telah di wujudkan empat buah cerita yang berlainan yang tidak diketahui siapa penulisnya dan dari mana ia muncul. Namun, novel RAM tidak pernah lari dari elemen misteri dan suspen.
Jadi, kepada peminat-peminat RAM, novel ini perlu di letakkan di dalam koleksi novel anda kerana ianya membawa satu kelainan dari novel RAM yang sebelumnya. Dapatkan novel ini yang mana di terbitkan pada awal 2013 dan telah pun di ulang cetak kerana sambutan yang hangat.
Sharing is caring
baru ada 1 buku RAM. Boleh masuk list yang ni =)
terima kasih berkongsi
Jom baca entri terkini hafizmd …Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!
Best hasil penulisan RAM ni. Saya ada semua koleksi Laksamana Sunan dan beberapa yang lain. Dah lama tak beli novel. Hehe
Jom baca entri terkini Hazmin Hamudin …No Pain, No Gain
Magis dah beli tapi belum ada kesempatan nak membacanya lagi
Jom baca entri terkini Adhie …Sebulan Menghilang…Ingin Kembali Berblog
ceritanya pasti bagus banget. saya suka sekali baca novel atau cerpen..hehe
Jom baca entri terkini Catatan Journeyweb …Cerita ABG Anak SMP Di Balik Prestasi
semua novel RAM best..yang ni pun puteri dah baca 🙂
Jom baca entri terkini puteri kasih …Episod Akhir Love You Mr Arrogant
saya pernah baca novel sutera bidadari..memang best..cume skrg ni tak berkesempatan nk beli novel penulis yg lain..
kalau tak silap husna dah ada 3 koleksi RAM.. 1st time baca hasil RAM bertajuk ungu karmila, serius best!! =)
Jom baca entri terkini husna zahidi …Saya Memang Bukan Robot
Saya dah baca, memang best novel ni.. Cerita didalam cerita… Terbaru dia dah keluarkan novel MAGIS – banyak watak popular sebelum ni ada… Pening jugak bagi tang tak pernah baca karya beliau yang sebelum ni.
Jom baca entri terkini saljuhumairah …8 Pemain Kelantan – “Selamat Tinggal TRW”- Hadapi Perubahan dan Teruskan Hidup