Salam Maal Hijrah; 1 Muharam 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Salam Maal Hijrah; 1 Muharam 1433H iaitu tahun baru bagi tahun Islam dan tak lama lagi bakal menjengah omputih punya tahun 2012. Tema sambutan maal hijrah 1433H ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Harap tema sambutan maal hijrah kali ini akan tercapai dan bukan hanya sekadar tema hiasan di banner mahupun halwa telinga.

Salam Maal Hijrah

Sempena dah masuk tahun baru ni, cik tom pun godek2 balik entry lama, Azam Tahun Baru 2011. Alhamdulillah hampir kesemua azam 2011 cik tom dari segi blog dah tercapai antaranya untuk hosting blog, balas komen kawan-kawan, blogwalking, design template blog sendiri dan last dapat side income hasil dari berblog. Alhamdulillah meriah juga side income dari blog tahun ni iaitu 3 cek dr nuffnang, komisyen dari affiliate netkl dan juga hasil jualan hosting netkl yang cik tom menang.

Selain itu, pencapaian trafik blog iaitu uv konsisten 2k ke atas setiap hari walaupun tak update blog. Azam yang masih tak tercapai ialah bisnes online dan juga segmen review ciktom yang masih hutang dengan 10 blog lagi. Harap masih sempat capai 2 lagi azam tue sebelum tamatnya tahun 2011.

Azam personal pulak, masih terkurang lagi untuk capai anak yang taat pada ibu bapa. Kena tingkatkan lagi usaha dan ubah perangai. huhu.. Pekerjaan dah dapat tapi masih tak tetap dan kontrak. Bisnes runcit pun cik tom dah serahkan 100% pada ayah cik tom.

Ada cerita sedih jugak tahun ni, cik tom kena tipu melabur duit untuk sebuah syarikat kononnya buat modal bisnes. Pelaburan dijanjikan keuntungan dan pemulangan modal sekiranya tiada untung. Tup2 last batch problem dan modal masih tak dikembalikan sehingga entry ini dibuat. Memang sedih sangat walaupun masih ada sekelumit harapan duit tue dikembalikan. Sayangnya takde perjanjian hitam putih sebab semuanya perjanjian kat facebook je. Selain tue, cik tom ada berminat nak buat satu bisnes ni secara online tapi banyak yang menghalang dari sokong. Lebih-lebih lagi lepas kes cik tom dah kena tipu tue. Tak tahulah hasrat ini dapat diteruskan atau berkubur tahun ini sebab tak dapat restu dari famili. Takpe tutuplah dulu semua cerita sedih ni.

Azam tahun baru cik tom sempena maal hijrah;

1. Jadi anak yang taat pada ibu bapa.
2. Dapat pekerjaan yang tetap.
3. Balas jasa ibu bapa.
4. Simpanan untuk masa depan
5. Further study master.
6. Cari side income.
7. Rajinkan diri update blog.
8. Rajin online dan balas komen dengan cepat.
9. Apply Innity sampai berjaya.
10. Cari calon suami.huhu ;p

p/s diri sendiri: azam tue pastikan tercapai!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Salam Maal Hijrah; 1 Muharam 1433H

  • November 27, 2011 at 3:06 am
    Permalink

    no 10 tu cik tom kirim salam ya..hehee

    *salam maal hijrah,cari pasangan yang baik2 belaka tau^^

    Reply
    • November 28, 2011 at 3:32 pm
      Permalink

      tq..nanti dah jumpa boleh la sampaikan..hehe…

      Reply
  • November 27, 2011 at 3:42 am
    Permalink

    salam maal hijrah…
    2k sehari??
    hebat..!!akak sehari 1k je..
    kalau nasib baik dapat la 1.5k sehari..
    tu pun jarang2..seminggu 2,3 kali je..

    Akak tak pernah apply innity..
    sebab dengan nuffnang ni masih banyak be..
    lagi satu sebab tak berani nak apply innity ni,
    akak belum paham sangat..

    kalau cik tom dah dapat nanti
    buat la entry cemana nak apply,pembayaran nye
    dia kira cemana..akak tak paham semua tu lagi..
    Jom baca entri terkini diana …MAISARA::uji kajiMy Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 3:40 pm
      Permalink

      salam maal hijrah akak..ala akak 2K tue byk dr google..blogger yg main seo ni lg rmai mantap2 trafiknya..cuma ciktom suka selang seli entry seo..selalu boring jgk..hihi…akak lg hebat uv 1k wlpn akak xmain entry seo..ciktom mmg suka blog akak..best!

      ciktom pernah apply sekali tp xbjaya..huk3 sbb katanya xde specific content..entah la..tue azam nak cuba lg utk tahun baru..ciktom pun xfaham sgt innitu ni sbb xramai pun blogger yg cite..kl tau insyaAllah cik tom cuba share..

      Reply
  • November 27, 2011 at 6:04 am
    Permalink

    selamat tahun baru CIk Tom

    Reply
    • November 28, 2011 at 3:43 pm
      Permalink

      thanks..hrp bukan sekadar azam je..dpt capai semuanya..amin.

      Reply
    • November 28, 2011 at 3:44 pm
      Permalink

      hee…no 10 yg pntg ek?thanks..smoga rojak pun bjaya dpt capai smua azam baru rojak 😉

      Reply
    • November 28, 2011 at 3:44 pm
      Permalink

      amin..tq fieza..smoga tahun br ni bg seribu keceriaan bt fieza 😉

      Reply
    • November 28, 2011 at 3:53 pm
      Permalink

      semua like ek yang no 10…doa2kanlah..hee…salam maal hijrah yunk..

      Reply
    • November 28, 2011 at 3:54 pm
      Permalink

      salam maal hijrah akk..thanks akak..amin..hee

      Reply
  • November 28, 2011 at 5:30 am
    Permalink

    bisnes apa cik tom, kongsikan lah, kalau ok nanti org luar boleh join
    Jom baca entri terkini Juan …Hijrah, Perlukah..My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 3:55 pm
      Permalink

      bisnes jual premium beautiful…berminat ke?

      Reply
  • November 28, 2011 at 1:49 pm
    Permalink

    Cari calon suami ….hehehe ke dah ada calon ni cik tom?? Saje sorok2 jerr…hehehe
    Jom baca entri terkini yas …Aku Kepenatan…My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!