Selesa Menyusu Anak dengan Seamless Maternity & Nursing Bra Mamaway
Selesa menyusu anak dengan Seamless Bra Mamaway | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ramai ke kawan atau pengunjung blog ciktom tengah mengandung atau menyusu anak? Boleh dikatakan tahun 2020 ni memang ramai rakan ciktom di facebook yang melahirkan bayi. Tahniah kepada korang semua tau!
Haa bila mula mengandung sehinggalah selepas bersalin serta menyusu anak, pasti korang akan tercari-cari bra yang lebih selesa? Yang mampu menampung dan menyokong ‘aset’ korang kekal bernafas dan mengelakkan dari kendur. Bra yang dapat memberi keselesaan itu penting lagi-lagi cuaca di Malaysia yang kebanyakan suhu panas dan mudah untuk ibu berpeluh.
Jadi ciktom nak syorkan kepada ibu untuk mencuba seamless bra yang sesuai untuk ibu mengandung mahupun yang menyusu.
Apa itu seamless bra?
Pasti ada tertanya apa maksud seamless bra? Seamless bra ini ialah bra yang tidak mempunyai sambungan dan dijahit tanpa dawai atau besi. Apa yang best seamless bra ini tidak menonjolkan kesan bentuk bra yang dipakai dari luar pakaian walaupun korang tak pakai inner. Jadi bakal ibu yang mengandung atau ibu yang menyusu tidak perlu risau “aset” korang terdedah pada tatapan mata orang. Maklumlah waktu inilah payudara akan membesar lebih 2-3 kali dari saiz asal.
Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra ini ialah nursing bra yang direkabentuk untuk memudahkan para ibu untuk menyusukan bayi. Yang membezakan bra menyusu dan bra biasa ialah mudah untuk ibu menyusukan anak dengan hanya menggunakan bukaan klip pada bra.
Ciktom boleh dikatakan pengguna setia produk Mamaway sejak dari si kakak, Adira sehinggalah ke adik, Indera. Antara bra lain yang ciktom suka pakai waktu tidur ialah Mamaway Crossover Sleeping Nursing Bra and Panties. Memang selesa sangat pakai sampai sekarang tau, even time dah stop menyusu si kakak lepas tu. hihi..
Kelebihan Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra
1-Material jenis anti bau dan anti bakteria
Seamless Nursing Bra Mamaway ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Bra ini diperbuat daripada Meryl Skinlife, special nylon bersama silver microparticles yang mengawal bau tidak enak dari peluh. Demi memastikan kita tetap berbau segar dan terlindung dari kerengsaan kulit.
2- Senang untuk dibuka dengan klip
Apa yang ciktom suka ialah buka je klip depan terus boleh susukan anak ciktom. Klip bukaan seamless bra mamaway ini jenis senang untuk dibuka dan ditutup hanya guna sebelah tangan je.
Ciktom ada pengalaman guna nursing bra yang jenis ketat giler sampai kena buka guna 2 belah tangan tau klip untuk menyusu tu. So, yang seamless ni senang dan jenis plastik. Senang nak menyusukan anak di tempat orang ramai macam shopping mall kan (Of course la dengan pakai baju nursing jenis selak atau nursing cover. hehe..)
3- Padding yang tetap pada tempatnya
Haaa ni salah satu masalah biasa kalau korang pernah pakai bra jenis seamless ialah span bra tu mudah teralih ke sana sini. Uish geram tau. Boleh spoil mood satu hari. haha… Tapi yang bra ni jenis terletak je tau bagi mood happy bila semuanya ok ya.
Span tu pun bagus kadar penyerapan peluh ke susu. Yelah kekadang tak sedar susu akan mudah terluar kan. So, yang sikit2 tu boleh diserap dengan span tanpa basahkan baju korang. Span bra ni juga tidak perlu dibuka atau ditanggalkan ketika membasuh bra. Lagi bertambah senang kerja.
4- Memberi sokongan kepada payudara
Seamless bra ni memberi extra sokongan bagi memastikan segala lemak- lemak dapat dilindungi dan “upper body” korang nampak kemas. Ianya juga menyokong payudara untuk mengelakkan payudara kendur atau semasa payudara membesar ketika mengandung. Yelah bila mengandung payudara akan membesar dari saiz asal dan perlukan sokongan tambahan.
Siapa tak nak kan? Sambil breastfeeding sambil tu tetap maintain nampak cantik. Sayangilah payudara korang dengan memilih bra yang betul dan mampu memberi sokongan sepenuhnya.
5- 4 baris cangkuk dibelakang bra (adjustable size)
Ciktom suka ada pilihan 4 baris cangkuk dibelakang bra (adjustable size). So, mudah untuk ikut kesesuaian dan keselesaan saiz korang waktu pakai.
Waktu mengandung mungkin korang akan ada penambahan saiz dan selepas bersalin akan berlaku pengurangan saiz. Jadi mudah dengan bra ni untuk sesuaikan saiz badan ketika mengandung dan selepas bersalin. Tak perlu bazir duit beli bra lain pulak. hehe..
6- Rekabentuk dan warna stripe yang cantik
Setiap orang pasti ada taste masing-masing kan. Macam ciktom pilih yang kolor orange white stripe. Cantik sangat kolor ni tau soft but at the same time nampak seksi gitu dengan stripe, hehe….
Selain itu, ada banyak lagi pilihan warna lain yang juga cantik tau iaitu Pink, Light Blue, Black, Nude, Dusty Purple, Blue white stripe, Purple white stripe atau Orange white stripe. Tepuk dada tanya selera!
7- 2 in 1; Sesuai untuk ibu mengandung atau menyusu
Ada je dah ciktom cerita point kat atas tapi saja nak tekankan yang jadi pengguna bijak ni korang kena beli barang yang multifunction. Sama macam seamless bra 2 in 1 Mamaway ini iaitu sesuai untuk digunakan dari ibu mengandung, bersalin sehinggalah menyusukan anak. Jadi tak perlulah la beli bra banyak jenis kan. Jimat duit boleh shopping barang lain. hihi..
8- Nyɑmɑn dɑn selesɑ bilɑ memɑkɑinyɑ
Ini rasa ciri paling penting bagi ciktom untuk memastikan korang nyaman dan selesa bila pakai seamless bra Mamaway ini iaitu payudara boleh bernafas kerana tidak terlalu ketat. Material yang lembut, fabrik yang mudah memeri ( stretchable ) dan pengudaraan yang baik bagus untuk cuaca panas di Malaysia. Faham-faham jelah ibu mengandung ni suhu badan lebih tinggi dari biasa dan lagi mudah berpeluh.
Bukan sahaja itu, bra menyusu ini juga lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian saiz payudara. Lagi ciktom suka, tiada besi yang mengganggu pergerakkan ciktom untuk kekal aktif menyusu anak gitu! hehe..
Selesa Menyusu Anak dengan Seamless Bra Mamaway
Berdasarkan pengalaman ciktom dah pakai Seamless Maternity & Nursing Bra dari Mamaway ini, memang ciktom sangat syorkan pelaburan berbaloi pɑdɑ mommy yɑng masih menyusukan anak ataupun ibu yang mengandung. Harganya sangat berpatutan dengan kualiti dan keselesaan penggunaan. Ianya sesuai dipakai untuk aktiviti indoor mahupun outdoor.
Kalau tak percaya, korang boleh lihat sendiri memang banyak feedback positif dari review pembeli di website Mamaway. Boleh klik link berikut>> Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra.
Pada yang berminat nak beli barang kelengkapan ibu dan bayi di website mamaway korang boleh guna promo code MAMABLOG-CIKTOM untuk enjoy RM15 off bagi pembelian RM150 ke atas sah sehingga 30 November 2020.
Website Produk Kelengkapan Ibu dan Bayi
Korang nak tahu ada banyak lagi produk kelengkapan ibu dan anak yang menarik Mamaway ni jual tau, korang boleh layari di laman sosial Mamaway berikut:
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Sharing is caring
Tak de besi yang bagus tu. Bra ada besini akak serik dah guna. Kadang2 besi dia terkeluar siap cocok kita punya lagi.. ..kalau kat rumah boleh la buka lempar je. kalau kat luar boleh hilang mood.
senang pakai bra macam ni semasa menyusu anak.Takdelah bila nak menyusu tu terkial-kial nak bukak.nampak selesa sangat bra ni
Nampak selesa yaaa…tapi terbalik dengan Sis..kalau menyusu mesti nak pakai ada wired, mindset dalam otak, takut tetek kendur hahahahaa