Apa Yang Tersirat dan Sinopsis Buku Zombie Kid by Miss Ko
Sinopsis Buku Zombie Kid by Miss Ko | Assalamualaikum dan salam sayang.. Sekarang tengah viral korean drama atau kdrama tajuk It’s Okay to Not Be Okay gandingan pelakon Korea, Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji. Kisah percintaan antara dua watak ini iaitu Kim Soo-hyun; pekerja kesihatan di wad psychiatric dan mempunyai abang yang autism dan Seo Ye-ji pula penulis buku kanak-kanak yang mempunyai masalah antisocial personality disorder. Bagi ciktom ianya satu drama yang menarik dengan topik kemanusiaan.
Kisah ini banyak memberi pengajaran tentang perhubungan ibu bapa dan anak- anak sedari kecil mampu memberi kesan kepada tumbesaran anak- anak apabila dewasa kelak. Kadang kala tanpa sedar ibu bapa tak mengetahui apa sebenarnya keinginan anaknya sendiri. Walaupun sebenarnya setiap ibu bapa pasti akan buat yang terbaik untuk anak- anak tersayang.

Kredit sinopsis ni kepada Speech Therapist Ruby Atika yang memang kaki layan drama Korea. hehe… Ciktom suka follow facebook ST Ruby Atika ni sebab banyak tips parenting sesuai untuk ibu bapa macam ciktom. Cara penceritaan pun santai dan ciktom suka praktis. Terima kasih sudi share pelbagai tips parenting di facebook secara percuma.
Sinopsis Buku Zombie Kid by Miss Ko
Di sebuah kampung kecil, lahir seorang bayi. Kulitnya pucat dan matanya besar.
Apabila anak itu makin membesar, ibunya perasan bahawa anaknya itu tiada perasaan. Anaknya ialah seorang zombie yang mempunyai selera makan yang tidak terkawal.
Oleh itu, ibu tersebut menyimpan anaknya di bilik bawah tanah supaya tidak dilihat oleh jiran-jiran.
Setiap malam, ibu itu akan mencuri makanan hidup dari rumah orang lain. Dia memberi makan anaknya secara diam-diam. Ada kalanya dia berikan seekor ayam. Pada hari lain, diberikan pula seekor babi.
Beberapa tahun kemudian, kampung itu dilanda wabak penyakit. Banyak haiwan ternakan mati. Penduduk kampung juga mati. Mereka yang masih hidup berpindah ke tempat lain.
Ibu itu tidak sanggup meninggalkan anaknya sendirian jika dia berpindah. Maka dia memotong kakinya sendiri untuk diberikan kepada anaknya makan.
Kemudian dipotongnya tangan pula untuk anaknya yang menangis itu makan. Akhirnya tinggallah badan ibu itu saja.
Maka pergilah ibu itu ke arah anaknya untuk memeluk anaknya dan memberikan cebisan terakhir dirinya untuk anaknya makan.
Anaknya memeluk ibunya dan berkatalah dia buat pertama kalinya, “Ibu, panasnya badan ibu”.
What did the boy really want? Satiating his hunger? Or feeling his mother’s warmth?
– The Zombie Kid by Go Moon Young
Apa Yang Tersirat Buku Zombie Kid by Miss Ko?
Dalam buku tu tergantung begitu sahaja kisahnya. Pasti ramai tertanya – tanya apa maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis iaitu Go Moon Young dalam drama It’s Okay to Not Be Okay
Penulis tu kata dia maksudnya yang anak tu mmg betul- betul zombie, tiada perasaan dan dia pun makan je ibu dia sampai habis. Habis cerita.
Ibu yang sanggup korban segalanya demi anak.
Ibu yang lupa bahawa anak itu mahu dipeluk, bukan sekadar bagi makan setiap hari.
Selain itu juga anak kena ingat, walau betapa kita ingat emak kita tu teruk (kurung anak bawah tanah), tapi ibu itu la yang sanggup korban diri sendiri membesarkan anaknya.
Ada sesetengah ibu lahir je anak terus campak dari atas rumah flat. Ala yang macam 2 kes terbaru tu. Macam berjangkit- jangkit pulak. Langsung takde perasaan kasih sayang seorang ibu.
Pengajaran kita perlulah saling sayang menyayangi. Kasih sayang bukan hanya dari ungkapan mulut sahaja. Ianya perlu juga diluahkan dengan perbuatan.
Sharing is caring