Hadiah rantai tangan emas hasil main kutu emas
Rantai tangan emas hasil main kutu | Assalamualaikum dan salam sayang… Ada yang minat main kutu tak? Dulu ciktom pun tak berapa suka main kutu. Rasa terjebak main kutu sejak bekerja kot. Asal ciktom main kutu tunai (cash). Kemudian main kutu emas. Rasa ciktom tak pernah lagi main kutu selain tu macam kutu tupperware ke, kutu young living ke, kutu amway atau lain-lain.
Padahal kalau kumpul sendiri pun duit boleh je cuma kekadang bila simpan sendiri ni mudah liat. Nampak duit ada jadi jari laju je nak klik sana sini shopping online. hehe.. Oleh sebab ciktom memang target at least nak beli satu barang kemas setahun (tak kisah la barang apa pun dan harga berapa).
Jadi ciktom pun join main kutu emas dengan perancangan nak beli cincin emas untuk ciktom. Ciktom main kutu emas ni murah je RM30 sebulan selama 10 bulan. Main kutu dalam 10 orang dalam 1 batch. So, sorang akan dapat RM300 bila sampai turn masing- masing.
Tapi fikir- fikir takpelah cincin yang sediaada tu pun ciktom tak terpakai. Jadi ciktom plan nak beli rantai tangan untuk anak ciktom, adira. Kalau ikutkan adira dah ada 2 utas gelang tangan dah hadiah dari toki dan juga ayah adira.
Koleksi Rantai Tangan Adira
Cuma ciktom rasa nak juga beli kira hadiah dari ibu pula. Lagi pulak adira selalu teman ibu pergi kerja dan pos barang. Kira upah teman dan tolong ibulah. hehe…
Sebelum ni ciktom pernah bagi hadiah barang kemas pada emak dan mak cik saudara ciktom. Pernah ciktom kongsikan dalam dua artikel iaitu;
-
- Kasih Ibu Sampai Ke Syurga (2013)
Rantai tangan emas hasil main kutu
Ini pula hadiah rantai tangan emas buat adira. Halus dan murah je ni sesuailah untuk budak 1 tahun. Berat rantai tangan ni 1.45g dengan harga RM316.50. Jadi ciktom tambah lagi RM16.50 sebab kutu RM300. Okay la dari takde langsung beli emas kan. haha….
Cara Pendekkan Rantai Tangan Emas Budak Tanpa Potong
Tengok dalam gambar tu memang labuh adira pakai sebab ukur lilit tangan adira 10cm je. Tapi yang adira pakai ni panjang 13cm. Mak kutu tu bagi cadangan kalau panjang boleh ikat dengan benang untuk bagi pendek rantai tangan. Contoh gambar bawah ibu dah ikat kasi pendek.
Rantai tangan ni nampak halus tapi jenis padu tau. Nama rantai tangan ni rantai tangan biji sawi. MemangSesuailah dengan ciktom target diri untuk beli emas at least 1 dalam setahun biar pun halus (padu) dan harga murah.
Antara blogpost ciktom pasal emas boleh baca di kategori >> Kategori Emas
Sharing is caring
cantik , elok lah besar sikit . Budak pun cepat besar .p/s : mak kutu bersara komen
emas skrg naik berdabel2 ciktom
Ada anak perempuan wajib beli barang kemas emas. Macam orang tua-tua dahulu buat.
Jom baca entri terkini akubiomed …Baiki Proton Gen2 Air Cond suis secara DIY