Buat duit dari blog beli hadiah mak saudara

Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom ada ramai mak saudara kedua belah pihak emak dan ayah. Tapi kalau kira mak saudara yang paling rapat ialah MA. Ma ni adik kepada emak cik tom. Memang kamcing dua orang ni. Kalau salah seorang pergi jalan mana2 confirm takkan lupa untuk beli something untuk yang sorang lagi.

Ma takde anak tapi ada jaga dari kecik anak angkat merangkap sepupu cik tom jugak.

Kalau buat majlis makan untuk keluarga kecil pun tak kan miss ajak ma dan bat. Sampai ke cik tom beli apa-apa kat emak. Contoh la baju, mesti emak tanya mahal tak baju ni? Kalau tak mahal beli la kat ma satu lain kali. Lepas tu dah jadi habit ciktom kalau beli apa2 akan beli untuk ma sekali. Tapi kalau barang tu mahal bagi emak, cik tom tak beli jugak kat ma. Hehe ;p

Nak dijadikan cerita raya tahun lepas cik tom ada bagi hadiah sebentuk cincin kat Ma masa hari raya pertama. Tapi famili yang tahu cuma emak dan yaty sebab cik tom tak nak hadiah tu jadi isu berbangkit.

Cincin emas untuk ma..cantik tak design cik tom pilih?
Cincin emas untuk ma..cantik tak design cik tom pilih? ni taste prefer for mak cik2 la…

Takde plan pun nak bagi asalnya tapi dah terjanji lepas ma ni tengok cincin cik tom bagi kat emak; Kasih Ibu Sampai ke Syurga. Dia cakap cantiknya cincin emak dengan nada sedih. Cik tom pun mulut laju je cakap takdelah duit nak beli dua sekaligus. Nati ada lebih buat duit dari blog cik tom belikan.

Cincin cik tom beli ni ringan je, beratnya 2.80g, mutu emas 916 dan cincin saiz 17 1/2 (ini saiz standard mak2). Masa beli cincin ni cik tom jual jugak loceng rantai tangan emas cik tom yang lama sebab dah takde rupa- kemek. Lupa beratnya tapi tauke emas tu amik RM60 (untung sebab survey ni paling tinggi, ciktom tanya area Terengganu semua letak bawah RM50). Upah cincin ni tak silap RM40 tapi selepas tawar menawar kaw2 dari harga total dapat dalam RM20.

Cik tom dah cakap jangan bagitau siapa2 pasal hadiah tu tapi biasalah tengah excited kot. Ma pergi cerita kat sorang hamba Allah ni. Hamba Allah ni langsung tak percaya dengan alasan takkanlah anak saudara nak bagi hadiah cincin emas. Anak sendiri pun takde nak bagi. Tipulah! Pastu ma sedih ngadu kat cik tom. Aiyokk…

Buat duit dari blog beli hadiah mak cik
Nak bagi hadiah letak dalam kotak cincin baldu cantik

Cik tom rasa manusia camni skeptikal sangat. Tak percaya perkara tu berlaku sebab tak pernah berlaku dalam hidup dia. Padahal takde perkara pun yang mustahil dalam hidup ni.

Samala dengan yang email cik tom dapat cakap betul ke cik tom dapat buat duit dari blog??? Dia dah pasang macam2 iklan dan promosi affiliate masih tak mendatangkan duit. Jadi dia cakap cik tom tipu. hehe…

Bukti buat duit dari blog
Bukti buat duit dari blog

Tapi betul ke cara awak promosi affiliate tue?? Ikut tak cara Teknik SEO Merah Jambu titan ni? Kalau belum better pergi menuntut ilmu di dada dulu ye.

Nota jari: semua entri diset autopublish sehingga ke akhir tahun ni ialah kebanyakan dari entri draft yang lama. owner blog tidak selalu online. harap maklum.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

37 thoughts on “Buat duit dari blog beli hadiah mak saudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!