Resepi Agar-agar Laici Susu Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Resepi agar-agar laici susu ni kira agar-agar bidan terjun cik tom buat. Sebabnya petang tue kawan cik tom ajak untuk pergi ke Majlis BBQ Rumah Tunas Harapan Jengka. Cik tom pun setuju nak join dia sekali meriahkan majlis dengan adik-adik kat sana.
Tup2 tiba dia bagitau dia nak buat puding trifle sebab tak nak datang dengan tangan kosong.

Mostly yang lain datang bawak something air tangan diorang. Cik tom pun dengan Ja terus check dapur kitorang apa yang ada boleh sediakan. Takde jawabnya pergi ke kedai la beli someting. Alhamdulillah check ada pek agar-agar, susu pekat dan 1 tin laici.

Cik tom pun cakap jom kita buat agar-agar laici susu lah. Kita guna je bahan yang ada ni. Alhamdulilah menjadi. Laku malam BBQ tue. Takde loyang kat umah sewa. Kita guna bekas aiskrim je.

Agar-agar laici susu buat dalam bekas asikrim je
Agar2 laici susu buat dalam bekas aiskrim je

 

Bahan-bahan Resepi agar-agar laici susu mudah dan sedap;

1 pek agar-agar tali (cap layang-layang-30 gram)
1 tin susu pekat (besar)
1 tin laici
8 gelas air

Cara-cara masakan Resepi agar-agar laici susu mudah dan sedap;

  1. Masakkan agar-agar serta air di dalam periuk sehingga hancur dan sebati.
  2. Kemudian masukkan susu. Kacau sebati dan larut.
  3. Masukkan air laici (hanya amik air laici, buah ketepikan). Masak untuk 5-10 minit.
  4. Tutup api. Masukkan adunan gar-agar ke dalam loyang dan tabur buah laici di atasnya.
  5. Sejukkan seketika diluar sebelum disejukkan 2-3 jam ke dalam peti.
  6. Siap untuk dimakan

**kalau tak nak guna susu pekat boleh juga gantikan kepada -1 cawan gula +1 tin susu cair

Resepi agar-agar laici susu mudah dan sedap
Agar-agar laici susu..tuan buat sendiri tak sempat nak merasa..huhu

Kalau yang suka jenguk entri resepi blog cik tom mungkin ada yang perasaan cik tom memang suka sangat buat puding atau agar-agar. Cik tom suka sebab caranya mudah je. Family pun suka makan especiallly ayah cik tom.

Selamat mencuba Resepi agar-agar laici susu mudah dan sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Resepi Agar-agar Laici Susu Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!