Mandi-manda di Hutan Lipur Lata Meraung

Assalamualaikum dan Salam Sayang.. Pada 3 Oktober 2015 yang lepas, Cik tom, Yan, Tira, Mayrah dan Wanie pergi mandi-manda di Hutan Lipur Lata Meraung, Jerantut, Pahang. Kitorang berlima bertolak dari bandar Jengka dalam pukul 9 pagi. Perjalanan menuju ke Lata Meraung mengambil masa lebih kurang 30-45 minit.

Pintu gerbang Hutan Lipur Lata Meraung
Pintu gerbang Hutan Lipur Lata Meraung

Signboard untuk ke Lata Meraung ni ada tapi buruk dan tak berapa clear. So kena tengok betul kalau nak ke sana. Kitorang lalui perkampungan Cina dan felda kelapa sawit selepas masuk ke simpang kecil dari main road tu. Kat sini ada 2 kawasan untuk mandi-manda iaitu satu pusat rekreasi Lata Meraung tapi kitorang pergi bangunan semua terbiar. Takde pengunjung yang pergi dan takde siapa pun yang uruskan bangunan dan pusat rekreasi kat situ.

Rama-rama cantik di air terjun Lata Meraung
Rama-rama cantik di air terjun Lata Meraung

Kitorang amik keputusan untuk mandi di tempat kedua iaitu air terjun Lata Meraung. Kawasan berhampiran je. Kalau korang straight je akan jumpa pusat rekreasi di penghujung jalan. Tapi kalau korang belok kanan dekat simpang yang ada papan tanda batu Lata Meraung tu akan pergi ke arah air terjun ye. Jalan nak menuju ke air terjun ni agak bahaya sebab sempit. Hanya boleh lalu sebuah kereta pada satu masa yang sama.

Tepi air terjun Hutan Lipur Lata Meraung
Tepi air terjun Hutan Lipur Lata Meraung

Dah sampai ke gerbang Hutan Lipur Lata Meraung, kitorang keluarkan barang untuk jalan kaki ke arah air terjun. Kat sini ada pondok pengawal baru dibuat tapi kosong je. Kalau ikut pada banner ada bayaran dikenakan untuk mandi manda kat air terjun ni iaitu RM2 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bagi pengunjung tempatan berkuatkuasa pada 1 Jun 2015. Tapi kitorang masuk percuma je sebab takde siapa pun bertugas di kaunter bayaran.

Sampai ke air terjun hutan lipur lata meraung
Sampai ke air terjun hutan lipur lata meraung

Waktu kitorang sampai kat air terjun tu ada 4 remaja lelaki tengah mandi dan seorang perempuan cina duduk termenung tengok air terjun. Mula-mula ingatkan diorang datang sekali tapi rupanya perempuan tu datang sorang-sorang je. Perghh berani betul! Sebab tempat air terjun tue memang takde orang lain dah dan sunyi. Nama dia Ling Ling dari Bera. Dia cakap tak nak mandi pun saja jalan-jalan nak tengok tempat lata meraung ni macam mana. Kalau best lain kali baru nak ajak kawan datang sekali.

Mandi-manda di Hutan Lipur Lata Meraung
Mandi-manda di Hutan Lipur Lata Meraung

Bila budak lelaki berempat tue balik. Kitorang ajak Ling Ling join kitorang mandi dan makan bekal yang kitorang bawak. Yan dan Tira buat sandwich sardin, Mayrah dan Wanie masak mee goreng, Cik Tom pulak goreng sosej cocktail, nugget plus french fries.

Betapa tenangnya disini sambil nikmati keindahan alam
Betapa tenangnya disini sambil nikmati keindahan alam

Yang menariknya kat Hutan Lipur Lata Meraung ni sunyi je dan tenang. Tak ramai orang datang berkunjung jadi boleh mandi sepuas hati dengan macam2 aksi. Haha… Paling best mandi kat air terjun tu. Air yang turun dari atas perghh rasa nikmat. Hehe.. Memang seronok kitorang berenam mandi. Kitorang mandi sampai mengigil2.

Mandi sepuas hati bila berenam je kat situ..hehe
Mandi sepuas hati bila berenam je kat situ..hehe

Lagi yang best kat Lata Meraung ni rama-rama kat sini jinak sangat. Rama-rama ni datang berjemaah kat tempat kitorang letak makanan. Ambil gambar pun cool je rama-rama tue posing kat situ. Memang rasa back to nature sangat datang ke sini.

Kawasan persekitaran Hutan Lipur Lata Meraung
Kawasan persekitaran Hutan Lipur Lata Meraung

Kat sini lengkap dengan adanya bilik tukar pakaian, tandas, tempat untuk barbeku, pondok rehat, tong sampah serta kerusi batu untuk berkelah. Tempatnya pun bersih cuma air sedikit keruh kat takungan bawah air terjun tu. Maybe sebab hujan lebat kot hari sebelumnya.

Bajet amik gambar style pegang tangan..hehe
Bajet amik gambar style pegang tangan..hehe

Kesannya cik tom dan yan naik gatal-gatal kat badan. Rasanya terkena ulat kat celah-celah batu air terjun kot. Kitorang banyak mandi area tu. Huk3..

Snap pic last before Ling Ling balik
Snap pic last before Ling Ling balik

Dalam pukul 2 petang kitorang pun berangkat pulang ke Jengka. Ni kira trip percutian bajet kat Pahang. Memang enjoy dapat mandi manda sepuasnya dan release tension sekejap after keluarkan carry mark. Kenangan manis mandi manda kat sini cik tom takkan lupakan. Thanks tira bawakkan kitorang ke sini. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Mandi-manda di Hutan Lipur Lata Meraung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!