Sotong/ Ikan Celup Tepung di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu
Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar.
Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang.
Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.
Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor.
Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.
p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe 😉
Sharing is caring
uncle tak pernah lagi bawak family ke terengganu..kalau masa solo tu mmg biasalah hihihi..insyaAllah ada rezeki teringin gak jamah semua tu kat sana dengan family.
Jom baca entri terkini uncle …Pesakit cedera parah dalam nahas ambulans meninggal dunia (ganda kuasa dua!!)
owh masa solo je ek pergi jalan2 kat terengganu?masa family ni la lagi best jalan2 kat terengganu..banyak tempat menarik dan makanan best2!hehe…
dekat pantai teluk ketapang best kan kak? hjg2 minggu mesti nok g dinun. hehe
yup..pantai teluk ketapang pun best..ada jugak entry cik tom yang sebelum ni pasal makan sotong tepung kat teluk ketapang..hehe…siap jumpa artis lagi time makan dinun 🙂
sedap nya sotong celup tepung! pergghh! 😀
Jom baca entri terkini kin …Wordless Wednesday #3
memang sedap..janglan lupa datang ke sini kalau ke terengganu..
salam Cik Tom
penangan sotong pantai kelulut ni
memang membuatkan akak mengidam masa hamila nak kedua. dari muadzam terpaksalah ke sana, masa tulah.
Jom baca entri terkini ummu …Segmen Ben, Mengapa Wanita Curang, Pendapat Saya Ialah…
salam akak..wah sampai mengidam ek akak…hee…tapi memang best kan sotong goreng tepung kat sini..;)
woo! terliur yg amat..=)
Jom baca entri terkini PELANGI …Sahabat Selamanya
ada masa datang la makan/ menjamu selera sotong goreng tepung di pantai kelulut, terengganu 😉
mkn ngan famili time petang2 best !
Jom baca entri terkini kapten kakak …kapten kakak
yup betul…lagi bermakna luang masa bersama dengan keluarga tersayang!
aduh lama tak perkena makanan feweret nie..:)
Jom baca entri terkini W.R …Menang Giveway di affanruslan.com
boleh la pas raya ni pekena sotong goreng tepung..best!
dah banyak kali g tganu, tapi x pernah sampai kat pantai kelulut ni, len kali boleh request n hubby gi sini pulak
akak biasa pergi terengganu ke mana?lain kali akak mesti pergi pantai kelulut..banyak makanan laut best2!hee