Tips, Save Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang
Salam… Saya nak berkongsi kisah pengalaman dan segala persiapan saya sebelum bertunang. Alhamdulillah majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar seperti dirancangkan. Saya berharap majlis bertunang anda juga akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Ini segala experience dan juga checklist yang saya dapatkan dari persediaan sebelum bertunang.
1. Tarikh, waktu dan tempat bertunang
Tarikh bertunang yang dipilih dari persetujuan 2 belah pihak ialah hari Sabtu. Ini kerana negeri Terengganu dan Selangor dua-dua cuti pada hari Sabtu. Hasil persetujuan bersama akhirnya kami bertunang pada 14 September yang lepas. Waktunya lepas zohor dalam pukul 2 petang di rumah.
Dah set tarikh jangan lupa tempah homestay bajet untuk pihak lelaki menginap kalau berlainan negeri. Saya sewakan homestay berdekatan dengan rumah supaya tiada masalah tersesat atau traffic jam time nak datang tunang. Yang homestay ini pihak lelaki la yang bayar. hehe..
2. Tempat bertunang (Pelamin/ Katil) (RM300)
Tempat bertunang ialah di ruang tamu rumah. hehe… Β Saya sewa pelamin untuk letak di ruang tamu tapi pelamin tunang saya ini nampak agak grand sikit (based on comment kawan2). Silap saya tak sempat nak survey jadi saya ambil pakej paling berpatutan kat satu butik kahwin yang saya sempat pergi. Harga pelamin yang saya sewa RM300.

Baru-baru ini saya ada survey untuk pelamin untuk wedding saya dan bila pemilik butik lain minta saya tunjukkan gambar masa saya bertunang pun mereka cakap pelamin grand dan terkejut harga saya dapat murah. Kalau diikutkan harga standard pelamin macam tu around RM500. Alhamdulillah rupa dah murah harga saya dapat. hehe..
3. Hantaran (Tema warna, jumlah dulang hantaran, jenis barang hantaran & gubahan sendiri) (RM250)
Ok, saya nak cerita mengenai hantaran pulak. Hantaran ini anda boleh decide nak gubah sendiri atau tempah. Tapi of course lagi jimat buat sendiri. Untuk hiasan hantaran dulang ini saya mintak tolong kakak ipar buatkan. Bajet yang saya bagi RM200 untuk semua hiasan hantaran +hantaran bunga rampai+hantaran sirih junjung.
Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Alhamdulillah banyak barang hantaran tunang saya disponsor. Terima kasih pada semua famili yang sponsor pok, abg din, kak tiah serta kak uda. Bunga rampai dan sirih junjung masih dalam bajet hiasan RM200 untuk bunga, bakul, gabus, reben, bekas cincin, sirih, bekas rampai dan lain-lain.
Saya just beli belt harga RM50++ kat SOGO sebab kemeja tue Nazli ada beli 2 tapi 1 tue tak pernah pakai lagi. So dia cakap amik yang tue je tak perlu membazir beli baru. Kain samping pulak dapat percuma masa saya beli baju melayu Aaron Aziz untuk Nazli kat Jakel. Saya sengaja pilih samping tue siap2 ikut warna tema akad nikah nanti. hehe…
Hantaran perempuan (7 dulang)
- Kain pasang untuk akad nikah (sponsor)
- Kek tunang (sponsor)
- Cincin tunang lelaki (sponsor)
- Buah-buahan (sponsor)
- Bunga rampai (within bajet hiasan hantaran RM200)
- Tapak sirih/ sirih junjungΒ (within bajet hiasan hantaran RM200)
- Belt jenama BUM+Kemeja+Kain Samping (beli belt harga dalam RM50++)

Hantaran lelaki (5 dulang)
- Kain pasang untuk akad nikah
- Kek
- Sirih junjung
- Coklat dan biskut
- Cincin risik dan cincin tunang

4. Baju bertunang (RM200)
Actually saya planning nak upah baju untuk tunang tapi last sekali beli dress yang dah siap sebab lagi senang dan kos pun murah. Saya beli dress ni harga RM200 kat maju junction. Kalau cari boleh dapat harga lagi murah kat tempat lain tapi sebab saya nak tema baju warna peach so saya beli je kat kedai tue walaupun saya rasa harganya agak mahal. huhu…
Tunang saya datang jugak tapi just pakai baju kemeja biasa je. Takde sewa atau beli baju ikut tema. hehe…
5. Tudung & Veil (RM75)
Tudung satin, saya beli semeter setengah bidang 45 harga RM14 and then upah jahit buat shawl RM5. Veil beli 1 meter bidang 60 harga RM15 kat Jakel. Saya upah jahit veil ni jadi half moon pun sama harga RM5. Dapat harga murah sebab bakal ipar saya kenal tukang jahit.

Then, saya beli lace, yang lace ni mahal sikit 1 meter saya beli harga RM36 kat Jakel jugak. Lace ni dah ada manik sekali. Saya beli semeter sebab nak bajet ambil betul-betul tengah lace tu. Kalau ikutkan guna sikit je. Lace ni saya just jahit sendiri atas veil. Save bajet DIY. hehe.. So total cost untuk shawl satin dan veil RM75.
6. Makeup (free)
Makeup ni asalnya saya planning nak makeup sendiri dan simple je. Lagipun ayah tak suka anak2 dia makeup tebal2. Sehari sebelum tunang, kak ipar mintak tolong adik dia (part time mak andam) yang kebetulan balik kampung. Saya niat memang nak upah dia tapi bila dah siap dia cakap tak payah.. free je. Sebab dia just makeup natural je dan katanya muka saya jenis senang nak makeup.
7. Hand bouquet (RM14.50)
Hand bouquet ini jenis bunga plastik yang saya beli harga RM14.50Β kat Kaison. Kalau nak survey bunga cantik2 boleh la ke Kaison ye. hehe.. Tapi nanti wedding saya plan nak guna bunga ros hidup.

8. Jamuan makan majlis tunang (RM250)
Untuk jamuan makan ni emak dan saudara-mara masak sendiri je. Kami sediakan juadah nasi minyak, daging masak kurma, acar, sambal belacan, buah tembikai dan air sirap. Bajet beras mahal sikit sebab guna beras basmathi dalam 2 bungkus. Kemudian daging dalam 7kg. Nasi minyak masak dalam 3 gantang. Saya bagi emak RM400 tapi emak bagitahu anggaran kasar jamuan tue dalam RM250.
9. Khemah & Kerusi (takde)
Saya takde pasang khemah. Orang perempuan just makan dalam rumah. Tetamu lelaki makan kat bawah dah sedia tertutup tak perlu sewa khemah. Kerusi pun guna yang sedia ada banyak kat rumah. Pinggan mangkuk pun sama guna yang ada banyak kat rumah je. hehe.. Kat rumah memang banyak pinggan mangkuk, periuk besar untuk masak kenduri kendara.
Kalau nak buat majlis besar-besaran, tak salah untuk anda sewa khemah, kerusi dan juga perkakas untuk masak dan makan. Ini untuk keselesaan tetamu yang datang.
10. Goodie Bag (takde)
Saya ini memang saya tak sediakan bajet untuk goodie bag sebab mak ayah marah. Cakap baru tunang tak perlu goodie bag. Nanti bajet tue boleh save untuk goodie bag time wedding je. hehe.
Tapi kalau berkemampuan anda buatlah goodie bag ye. Kira share rezeki yang lebih dengan tetamu yang datang. InsyaAllah berkat asalkan tak melebih2.
11. Jurugambar (takde)
Takde amik khidmat jurugambar untuk majlis tunang. Just abang dan saudara-mara yang ambil gambar guna camera dan handphone. Kemudian saya kumpul gambar tue simpan dalam satu album.
12. Jumlah hantaran dan mas kahwin
Jumlah hantaran dan mas kahwin ni kena siap-siap discuss dengan pasangan supaya senang kalau jurucakap berdiscuss pasal jumlah hantaran time hari tunang nanti. Mas kahwin biasanya mengikut kadar negeri pihak perempuan. Seeloknya hantaran mengikut kemampuan pihak lelaki mampu sediakan.
13. Wakil Jurucakap pihak lelaki dan perempuan
Kena tentukan siap2 siapa yang akan jadi wakil sebagai jurucakap pihak lelaki dan juga perempuan. Kebiasaanya orang tua yang dah berpengalaman jadi wakil cakap2 ni. Jurucakap ni pun make sure korang dah pesan siap2 just discuss yang penting je sebab ada certain jurucakap kalau tak pesan habis semua ditanya & dijawab secara memandai.
Sebaiknya pesan kalau part diorang tak sure just jawab; “Biarlah nanti pihak pasangan pengantin discuss sesama diorang”.
14. Jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang
Tentukan jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang supaya tak terlebih sehingga membazir atau terkurang sehingga malu tetamu tak cukup makan untuk persiapan jamuan makan.
**************************************
Anggaran kasar majlis tunang yang saya spend excluded yang disponsor ialah around RM1000. Anda dan pasangan kalau pandai bajet boleh kurang dari tue lagi kalau betul-betul nak save bajet. Apa yang boleh buat sendiri try buat sendiri dulu (DIY) atau pinjam dengan sedara mara.
Strategi Nak Kahwin Cepat & Kaya
**************************************
Ringkasan Checklist Pertunangan!!
- Pilih tarikh, waktu & tempat β pelamin atau bilik tidur (katil berhias).
- Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan β Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
- Pilihan Tema hantaran β Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
- Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
- Pilihan Warna pakaian L/P β Bergantung pada tema
- Tentukan jenis barang hantaran β Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
- Tentukan jenis barang hantaran β Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)
- Jumlah wang hantaran & mas kahwin
- Cincin tunang & risik β 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)
- Pilihan Pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik.
- Makeup Β β Sebaiknya makeup soft & natural.
- Jurugambar
- Sediakan bajet jamuan makan β Katering atau pun masak sendiri
- Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp β Biasanya orang tua yang berpengalaman
- Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta β Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang



Sharing is caring
pamduan ini memang bagus sekali dan penting..tiap2 musim cuti ada sahaja orang yang nak kawin
Jom baca entri terkini faizal …SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R’BAIN
sepanjang thn ada org tunang dan kahwin..senarai semak persediaan tunang ni adik cik tom share untuk rujukan bersama pengunjung blog ciktom..
Jom baca entri terkini ciktom …Review Pengalaman Cik Tom Sebulan Minum Ephyra
Tahniah Yaty.
Jom baca entri terkini kak mahh …Africa Ride 2013 – Durban
thanks akk bg pihak yaty..hehe
Jom baca entri terkini ciktom …Panduan Lengkap Belajar Resepi Roti Canai dan Murtabak
pehh..panjang gila checklist..
Jom baca entri terkini titan …Teringin nak melawat Masjid Al Aqsa.
perancangan yang baik
Jom baca entri terkini faizal …SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R’BAIN
kenalah panjang dan details baru xde tertinggal mana2 yg penting..tapi ni untuk perempuan la..kalau lelaki just sedia cincin & duit je la..hehe
wah bagus ni, rujukan bagi yang nak kawin nih
ni rujukan checklist tunang..rujukan persediaan majlis kahwin insyaAllah penulis yaty rushdi akan share dalam artikel akan datang..
Jom baca entri terkini ciktom …Ikhtiar- Doa Hilangkan Jerawat
tahniah dear!
my ofc pon dkt MJ, mcm tau je beli kat kedai mane tu. hihi!
ofc area situ ke?
Jom baca entri terkini tips …Teater Bahayanya Wanita Istana Budaya
mungkin betul tekaan tips
Jom baca entri terkini faizal …SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R’BAIN
dear..ni tips dari adik ciktom, yaty rushdi.. aah dia kerja sime darby.. sis kerja mana?ntah2 korang ofismate??..hehe
cantik warna merah baju cik tom. macam background blog
Jom baca entri terkini faizal …SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R’BAIN
hehe..ni bukan majlis pertunangan ciktom tapi adik, yaty rushdi..dia penulis ketiga blog ciktom..
warna baju tue warna peach…
patutlah…rasa macam bukan cik tom…tgk betul2…meme bukan…hehe… =)
Jom baca entri terkini hafizmd …Jangan Nak Layan Emosi Sangat! Nanti Gemukβ¦.
Boleh past list ni kat adik…hehe
Betul tu…buat pilihan yg terbaik
Walaupun kita mampu, tak elok membazir
Jom baca entri terkini Naimah Wahab …10 Makanan Terbaik Bagi Jantung
list ini sangat berguna untuk bakal2 pengantin yang belum bertunang
Jom baca entri terkini faizal …SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R’BAIN
boleh sgt2..mmg checklist ni utk mudahkan kwn2 yg nak tau details apa senarai penting perlu disediakan untuk bertunang..
bersederhana lebih baik kan..
kahwin nanti jemput saya tak ni? Hehehehe
ni tunang adik cik tom..kalau kahwin cik tom..insyaAllah jmpt bro sekeluarga..dah kira jiran tue satu taman perumahan.hehe..
salam.. hai, cik tom.. nak tanya.,. hantaran utk lelaki ada cincin tunang.. awak bagi ke dia cincin tu bwk balik baru pakai ke ada acara sarung cincin ke lelaki jugak?
pls..sy confuse ni. ada org ckp mak sy kena sarungkan ke lelaki, bg sy mcm xlogik
wslm dear..sori ye lmbt reply skit..ni majlis tunang adik ciktom…
cincin tunang ni tak disarungkan pun kat lelaki time majlis tunang adik aritu..diorg just amik bawak balik je…kira bagi cincin tanda jelah..
incase awk nak buat acara sarungkan cincin lelaki jugak boleh je..tapi sebaiknya ayah hafizah yang sarungkan ke jari lelaki..sebab emak awk dikira bukan muhrim dengan bakal tunang awk.. tak elok bersentuhan ms nak sarung cincin..
smoga pertunangan awk bjalan dgn lancar ye..amin..
wallahualam..
Perghh buat suspen aje…hahaha
Jom baca entri terkini Hafizul …Sayonara 2013
hahaha…apa yang suspen??
Tunang tu la..ingtkan ciktom yang bertunang..
Jom baca entri terkini Hafizul …Luahan Hati Seorang Ayah
belum lagi..doa2kanlah..haha..
Jom baca entri terkini ciktom …Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!
Tahniah.. semoga majlis perkahwinan akan datang berjalan dengan lancar
Jom baca entri terkini dkna abza …Pengakhiran 2013
insyaAllah..thanks bg pihak my sis π
Memang pening kalau tak buat perancangan yang terperinci. Lagi awal persiapan lagi bagus.
Jom baca entri terkini Ahmad Ijat …Tahun Baru 2014 dan Zakat
yup..tue kelebihan kalau ada checklist..just tick and untick mana yang dah siap or belum..
Wah memang murah pelamin tu. terkejut tengok, 300 je?. tapi kalau Sya bertunang nanti, tak nak ada pelamin. hehe π
Tahniah Yaty π
Jom baca entri terkini Sya Isya …PROGRAM AFFILIATE KOMISEN 5 TIER WANG DOT COM KINI DILANCARKAN
ciktom pun kalau bertunang tak nak pelamin..segan..haha..ni pelamin adik…
mula2 kitaorang ingatkan mahal RM300 sebab tak sempat survey..just pergi kedai tue sebuah je..pastu amik pelamin tue sbb tgk cantik & harga ok..
tapi bila tunjuk kat butik2 lain gmbr ni..semua tak percaya cakap harga murah ktorg dpt..kat tmpt diorg around RM500..pastu diorg ckp tue cam pelamin kahwin bukan tunang..huhu..
la, ingatkan siapa yang tunang tadi..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Kita yang kawal kehidupan kita. Bukan βHARGAβ.
Dah macam majlis kahwin dah majlis pertunangan. Membazir betul. Baik sedekah je duit yg lebih tu kat rumah anak yatim.
ada kebenarannya pandangan awk..
bagi ciktom, mjls tunang adik ni dah simple dan save bajet..kalau part membazir ialah pelamin..yang lain masih ringkas dan tidak berlebihan..brg2 hntrn & baju digunakan utk keperluan diri selepas tunang..lagipun meraikan saudara mara, kawn, jiran yang datang ke majlis ini dengan jamuan makan2 pun dikira bersedekah dlm islam..
kalau ada lebih duit sendiri utk meraikan majlis sendiri apa salahnya..bukan sampai ke tahap meminjam duit bank/orang lain/miskin lepas tunang..bak kata orang ukur baju di badan sendiri..
kenapa apabila orang nampak majlis tue ala grand..orang akan cakap membazir betul baik bersedekah??padahal sedekah tue mmg perlu bagi semua yg berkemampuan..bukan hanya disebut22 sedekah ketika melihat sesuatu yang nmpk grand..
mungkin sebaiknya hanya nasihat bersederhana dlm sgala hal..xperlu kaitkan dengan sedekah.. bab sedekah tue kita xtau org tue mungkin sedekah banyak cuma xkan nak canang 1 malaysia dah sedekah, lebih sedekah tue buat majlis..nanti kata riak pulak..haha…
apa pun terima kasih atas pndgn yusri..
ambe rasa dah ok…cuma mungkin mcam cik tom cakaplah…bab pelamin tu mungkin ‘terlebih’ sikit…
apapun, moga2 semuanya diberi kemudahan dan keberkatan…ameen ameen ameen
makan2 tu bagus…antara amalan bersedekah juga tuh
Jom baca entri terkini hafizmd …Mom Blogger Top Referral Contest
Tahniah sebab dah bertunang π Semoga majlis perkahwinan nanti lagi Grand dan meriah daripada majlis pertunangan π
Terima kasih juga sebab kongsi tips. Pasti berguna untuk teruna dan dara di luar sana. Untuk yang dah beranak pihak macam saya, kena tunggu anak dah besar la kot baru refer balik sini π
Jom baca entri terkini Firdaus Azizi …Positifkan Diri Untuk Menghadapi Kenaikan Harga Barang?
Page ni mmg so helping utk org yg tgh planning nk tunang..
Tp..yg buat sy terkejut…
mcm knal je org dlm gmbr ni… tgk nama…yati rushdi??
Mak ai.. batch sy mse diploma akaun rupenya..hahaaa…
yatt, esok kita dtg knduri side nazli yea…
jumpe sana..insyaallah!
waaaaa tadi survey2 pasal pertunangan..tengok ciktom nya entry..terbeliak mas,cik tom dah tunang…waaaa xtahu..mesti da kahwin..
(gara2 tak aktive dalam blog..)
tahniah cik tom.. ingat lagi ke mas?hahaha
Jom baca entri terkini mayamaswany …BERBUKA PUASA BERSIRI & MALAM RAYA JALAN TAR
Lelaki msa brtunang mesti pakai simple ja hhhaa
memang pun..kalau pakai sama naik dengan perempuan dah macam kahwin terus je..hehe
Satu perkongsian yang sangat bagus. Memang tengah survey anggaran kos pernikahan ni. Terima kasih kerana membantu π
sama2.. ciktom doakan dipermudahkan segala urusan pernikahan awk dan pasangan..
InshaAllah esk rombongan merisik + tunang ke rumah pompuan… Neves gak la skg… Alhamdulillah sbb keluarga pompuan cuma nk cincin saje utk tunang & x perlu bawa ape2 lg…
Tahniah!! Alhamdulillah dapat famili perh perempuan yang tak kisah. Semoga dipermudahkan urusan ke arah perkahwinan pulak selepas ni.
Alhamdulillah cik Tom, bln dpn nk nikah dh… 25/8/17.. Tp dlm btunang mcm2 blaja.. Baik buruk mmg telan je… Dugaan lg bsr dr bcinta… Hrp dipermudahkanlah.. Amin π
Assalamualaikum…saya Ada menyediakan perkhidmatan makeup pada harga murah dan berpatutan area sentul Dan sekitar Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh call.
waalaikumussalam..maaf kak long…tak boleh drop no hp di ruang komen.. kalau berminat nak cuba pengiklanan servis makeup kak long di blog ciktom boleh hubungi di email; tomatogurl86@gmail.com. tq
nice sharing π
Jom baca entri terkini Reem Doorgift …Tips memilih barang hantaran