Perginya 2013 dan Datangnya 2014
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014….. Cik tom rasa macam baru semalam je masuk tahun 2013 tapi… tak sangka pejam celik dan perginya tahun 2013 meninggalkan kita semua dan takkan kembali lagi. Yang tinggal hanya segala kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa tersimpan erat dalam sanubari apa yang berlaku disepanjang tahun 2013.
Banyak kenangan manis dan pahit cik tom bersama dengan blog ini. Dengan blog ni juga banyaknya cik tom terjalin persahabatan dengan rakan maya.
Income Blog
- Alhamdulillah sepanjang 2013 memang income hasil dari blog2 cik tom masuk konsisten setiap bulan.
- Hasil income blog ni terdiri dari pengiklanan banner & advertorial, says, nuffnang, komisen affiliate dan menang contest.
- Alhamdulillah tahun 2013 boleh dikatakan berjaya hasilkan income paling tinggi sepanjang berblog dari 2010.
- Income paling tinggi ialah hasil dari advertorial dan juga komisen affiliate.
- Komisen affiliate paling masyuk dan konsisten tak pernah miss every month ialah jobdirumah.
Event
- Cik tom dapat banyak invitation event tapi terpaksa ditolak kerana kekangan masa dan tempat.
- Terima kasih pada yang menjemput dan maaf terpaksa menolak.
- Jangan serik jemput cik tom. InsyaAllah kelapangan memang cik tom akan luangkan masa hadiri event tersebut.
- Antara event yang sempat cik tom hadiri ialah;
- “Seminar buat duit dengan blog” anjuran denaihati
- Jomniaga Summit 2013 anjuran jomniaga.
- Blogger Workshop anjuran SEDA
Award & Newspaper
- Berjaya dapat award “Most Versatile Affiliate” berdasarkan pencapaian jualan pelbagai jenis affiliate jomniaga sepanjang 2012 di Jomniaga Summit 2013.
- Yang cik tom rasa tak percaya.. tak sangka masuk Metro Ahad cik tom terima award tue. hehe…

Kemenangan dari contest dan giveaway
- Sepanjang 2013 tak banyak mana contest yang cik tom join.
- ada sesetengah contest dari 2012 dan keputusan diumumkan 2013.
- menang tempat pertama contest review tak terkalah anjuran titan.
- dapat saguhati dari contest Jobdirumah
- menang contest ephyra, komen gambar entry, wa tak faham giveaways dari eyriqazz. Tak sangka banyak jugak join simple GA dan contest anjuran eyriqazz.
- menang giveaways dari mummy akmar, ummiehannie.
- terima kasih pada semua penganjur dan sponsor GA dan contest yang cik tom pernah join.
Artikel Blog
Jumlah artikel yang dihasilkan sepanjang tahun 2013 di blog ciktomdotcom hanyalah 117 artikel. Itu pun ada termasuk artikel penulis kedua dan ketiga. Memang diakui cik tom kurang aktif berblog.
- Januari (15)
- Februari (5)
- Mac (0)
- April (0)
- Mei (21)
- Jun (4)
- Julai (3)
- Ogos (1)
- September (10)
- Oktober (0)
- November (31)
- Disember (27)
Rakan Blogger
- Tahun 2013 banyak berjumpa rakan blogger secara live. Tapi sebab cik tom ni pemalu untuk starting bercakap especially dengan lelaki. Cik tom lebih pada low profile. Bukan sombong tau. huhu….
- Terima kunjungan kak laili a.k.a cik laili ke rumah cik tom di Terengganu. Seronok jumpa kak laili banyak share kisah awal pembabitan dalam blogging. Termasuk share kisah cinta kak laili dengan suami. So sweet. hehe… Details kisah boleh baca; Cik Laili vs Cik Tom
- Kat seminar denaihati, cik tom just sempat tegur Myra Jay dan berbual sekejap dengan Denaihati pastu balik walaupun duduk semeja je dengan bro Biomed dan Azwan.
- Di jomniaga summit sempat berjumpa dan berkenalan dengan Abang Ensem, Anuar dan Azwan. Memang peramah orangnya dan banyak share pengalaman masing2.
- Kat SEDA workshop semeja dengan titan, ladfeamir, hafizrahim dan ujang. Dah la datang lambat dekat 2 jam. Lagi cik tom nervous dan malu. Tengok muka diorang jadi speechless. huhu..
Penulis Blog
Cik tom tak sempat nak maklumkan di dalam artikel sebelum ni. Bermula akhir tahun 2013, blog cik tom menjemput dua penulis baru sebagai penulis tetap di blog cik tom.
Penulis kedua ialah eda rushdi dan penulis ketiga; yaty rushdi. Eda insyaAllah akan share entry berunsurkan review novel manakala yaty akan share segala tips dan kisah pengalaman persiapan dari yaty bertunang sehinggalah berkahwin. Kedua-dua penulis ni adik cik tom.
Semua kisah sepanjang 2013 itu hanya dari segi blogging. Personal life?? Rasanya tak perlu sebab dah panjang sangat. haha…
Azam 2014?? Kali ni biarlah rahsia. hehe… Harapan untuk dunia blogging 2014 cik tom akan lebih rajin untuk update blog dan dapat banyak lagi duit dari blog. haha..
Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan berkunjung ke blog cik tom. Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan. Semoga tahun 2014 ini membawa seribu kebahagiaan dan warna-warni pelangi kehidupan yang lebih ceria. ^_^
Sharing is caring
Tahniah ciktom.. Semoga makin sukses di tahun 2014
Jom baca entri terkini Syok Bola …Messi sudah sedia gempur
Tahniah Cik Tom dapat peluang masuk paper Harian Metro pada tahun lepas.. Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai pada tahun ini..
Jom baca entri terkini Anuar …Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Banyak kejayaan cik tom tempa pada 2013. Semoga cik tom lebih berjaya lagi pada tahun ini.
hehe nak juga jumpa secara live lah dengan ciktom hehe
Jom baca entri terkini onlajer …Pekerja Separuh Masa
Cik tom blogger yang ada Aura..mesti tahun ni blog cik toim lebih banyak hasil..heheh
Jom baca entri terkini diana …INI ALASAN KENAPA SEKS SEBELUM PERKAHWINAN DILARANG
Tahniah cik tom…great achievemnt ni..kena berguru dengan cik tom ni…
Jom baca entri terkini raudzah …5 Waktu Tidur Yang Di Larang Rasulullah S.A.W
great accomplishment!
Pasti puas hati kan setelah penat berhempas-pulas untuk mencipta kejayaan…tahniah!
Jom baca entri terkini yusri …DIY Pasang Tail Lamp
tambah satu lagi azam baru. kahwin.
Jom baca entri terkini titan …Handphone Giveaway by Syuhada1981.com
Tahniah CikTom dan selamat tahun baruuuu
Jom baca entri terkini Juan …Apa Itu Niche Market dan Hendak Bisnes Apa Di Internet
Salam tahun 2014… Walaupun kurang aktif di tahun 2013, tapi pelbagai kejayaan berjaya diraih. Semoga tahun ini lebih bersemangat dan berjaya. Glamour Cik Tom…masuk HMetro lagi. Tahun ni mau masuk TV pulak!
Jom baca entri terkini Bin Muhammad …Kreativiti seni gubahan pokok hiasan
Apa yang boleh dirumuskan tahun 2013 adalah tahun gemilang buat Cik Tom.
Tak sangka Cik Tom duduk semeja dengan saya dan Azwan.
Jom baca entri terkini akubiomed …Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014
saya harap akan dapat jumpa anak dara manis satu hari nanti.tahniah cik tom 😉
Jom baca entri terkini suri …Ilmu Guna Guna Paling Mujarab Untuk Suami
Tahniah di atas pencapaian yang superb untuk tahun 2013. Semoga blog Cik Tom semakin berjaya untuk tahun 2014.
Jom baca entri terkini Firdaus Azizi …Azam 2014 – Kembali Menjadi Seorang Blogger
Wah..siap masuk paper lagi. Macamana sis boleh terlepas paper tu ye…nampaknya kena buat permohonan berguru dengan ciktom lepas ni . Boleh tak ciktom ? Hihi
Jom baca entri terkini Dja@SisHaza …2014 TAHUN PENAMBAHBAIKAN
semoga lebih berjaya lagi di tahun 2014. dah ada penulis jemputan lak lepas ni. lagi meriah lah blog ni
Jom baca entri terkini azwan …Gunting Rambut Sebelum Ke Sekolah
Ala…main rahsia-rahsia pulak dah..apa-apa pun semoga ianya sempurna di lakukan dalam tahun 2014 ni..hehe
Jom baca entri terkini Hafizul …Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Tahniah atas pencapaian dan prestasi Ciktom di dunia blogging nie
Semoga kedepannya makin terus sukses dan jaya 🙂
Jom baca entri terkini Rina …Basic Tutorial : PHP If Else Statement With Multiple Conditions