Ulang Tahun Ke 2 Blog Cik Tom
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Alhamdulillah pada 15/07/2012 ini genaplah 2 tahun cik tom terjebak dengan dunia blog. Permulaan cik tom berblog menggunakan medium blogspot dengan nama blog “Tomato Gurl’s Life” dan url; http://tomatogurlslife.blogspot.com. Kemudian, cik tom amik inisiatif beli domain berbayar www.ciktom.com pada 22 November 2010 dan menggunakan hosting wordpress pada 4 April 2011 hasil hadiah dari top refferal affiliate NetKL. Perasaan selepas 2 tahun berblog? Rasa ianya tak dapat digambar dengan kata-kata. Anda hanya akan mengetahui bila merasainya sendiri. Sekali dah terjebak pasti akan rasa ketagih. hehe…
Cik tom tak naklah asyik duk ulang cerita yang sama, pada yang nak baca pengalaman cik tom berblog boleh baca artikel; Pahit Manis Dunia Berblog dan post ini genap 3 bulan cik tom berblog; Happy Anniversary Monthly Yang ke 3 Sayang.
Cik tom ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog cik tom samaada rakan blogger yang rajin berkongsi pendapat serta idea bernas di ruang komen atau email mahupun silent readers di blog cik tom. Korang semua penguat semangat untuk cik tom terus berblog. Tanpa kehadiran anda semua cik tom tidak akan konsisten update blog dan capai semua target dalam dunia blog.

Hasil penulisan blog cik tom selama 2 tahun ini ialah cik tom telah menulis sebanyak 596 posts, 18 pages, 41 kategori, 1, 398 tags dan 24, 892 komen yang dah diluluskan dan 10, 426 spam komen. Sebenarnya post cik tom lagi banyak dari jumlah tersebut especially post contests, giveaways dan awards tapi cik tom terpaksa delete kebanyakan posts itu masa nak pindah hosting pada bulan 4 tahun lepas bila pihak netKL sarankan delete mana artikel yang boleh sebab bila terlalu banyak posts susah @ lambat nak pindahkan ke hosting wordpress.

Pencapaian blog ini dari segi pagerank ialah alhamdulillah masih PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Harapan semoga ada perubahan untuk pagerank akan datang semoga dapat naik jadi PR4. amin.. Dari segi alexa rank, alhamdulillah Alexa Rank bagi ranking dunia ialah 75, 424 dan ranking Malaysia ialah 303. Ini ialah pencapaian alexa rank terbaik sepanjang 2 tahun cik tom berblog dan semoga nilainya akan semakin comel.
Cik tom tak dapat nak masukkan sekali statistik entri popular sebab sebelum ini cik tom buang plugin google analytics akhir tahun oleh sebab masalah cpu resources dan baru masukkan balik minggu lepas. Top 10 Keyword yang paling hot ialah tutorial blogspot, apam polkadot, netkl, hilangkan parut, hilangkan jerawat, pengalaman kena denda di sekolah, bidang kerja kerani, resepi ayam, kerja sambilan dan tips.
Bagi yang mempunyai target dalam dunia blogging ini kena rajin dan berani untuk mencuba perkara baru selagi tidak menyalahi etika dunia blog dan halal di sisi agama Islam. Jangan putus asa untuk mencari ilmu blogging percuma atau berbayar dan cuba praktiskan satu persatu untuk mencari kesesuaian dengan diri dan blog. Bagi yang menulis blog kerana minat insyaAllah segala perkara yang lain akan datang dengan sendirinya jika kita ada minat dan azam yang kuat.
Sebelum ini, blog cik tom pernah anjurkan satu giveaways julung kalinya dari cik tom hadiah pakej hosting dan juga satu segmen review blog. Sempena ulang tahun ke 2 dan alhamdulillah rezeki dari blog untuk dikongsi bersama, cik tom nak anjurkan satu pertandingan. Untuk post entry pertandingan ini akan di publish pada malam ini ye. Harap dapat penyertaan mengalakkan. Tungguu…
psstt: rindu kemesraan kebanyakan rakan blogger dari awal cik tom berblog yang mostly dah menyepi atau yang dah bertukar niche blog isu semasa.
Sharing is caring
TAHNIAH CIK TOM!
baru 2thn tapi pencapaian sgt WOW.
tahniah cik tom… selamat ulang tahun… smg maju jaya lagi… 🙂
taniah untuk pencapaian cik tom yang kebaboom he
heheh ko mesti rindu aku jugak kan, Tom? ekekee
tahniah cik tom 🙂
tq sis.
ramai yang dah hilang..masing-masing sibuk..
ada juga yang timbul tenggelam.. 😀
maybe sebab busy..ciktom pun pernah camtu tahun lepas..hee
Wah, Selamat Ulang Tahun Ke-2 ciktom.com
Selamat Hari Ulang Tahun ke-2 CikTomDotCom 😀 Sukses selalu yee, dan di doakan murah rezeki. Amin.
tahniah.. semakin maju blog cik tom ni.. dah hebat SEO.
tahniah.. mesti banyak suka duka dalam tempoh daru dulu sampailah sekarang kan?
tahniah cik tom..trus kan usaha dgn konsisten..hehe
Selamat Ulang Tahun Blog Ciktom
x makan2 ke 🙂
Wah, sudah 2 tahun. tahniah. saya baru ja bermula. Hehe. ranking alexa tu memang terbaik. sukar untuk saya mencapainya. Insyallah suatu hari nanti 😀
Salam Alaiyka,
Alhamdulillah dan syukur kerana akhirnya telah pun sampai dua tahun. Banyak penulisan tu dan banyak kategori.
Memang bila dah lama, ada yang di antara kita yang sesama awal peringkat akan berubah arah. Ada yang menyepi dan ada yang bertukar gaya penulisannya dan topik perbincangan. Itu perkara biasa yang dikira perkembangan.
Moga Cik Tom ini makin berkembang hendaknya. InsyaALLAH
tahniah, kejap aja masa berlalu kan, dah 2 tahun
tahniah ciktom.. satu perjalanan blogger yang cukup menarik
Tahniah.. blog ni mmg femes…
trumtamanya kakak sy yang nk cari resipi.. mesti jumpa blog ni..hehe
(iklan affliate pon boleh..asalkan saiz tu kena tepat)
femes dgn resepi ek?? hehe….
ok nanti nak join jugaklah..spnjg bulan puasa kan =)
haha..tahniah cik tom…blog yg sangat power….
blog farah lg power.. skali affiliate 1k tue sapu..
Tahniah, Cik Tom! Memang blogger yang superb. Tengok stats, lagi superb. Hehe.
takdelah.. blogger biasa je.. ramai lg yg superb2…thanks
Sebenarnya dari dulu saya kagum dengan CikTom, salah seorang blogger wanita yang ada sifat geeker dan exploratation dalam dunia Internet. Pelbagai info dari segi kewangan dan blog tricks yang CikTom kongsikan.
Selamat Ulang Tahun yang kedua ye. Saya belum ke tahap itu lagi.
thanks atas komen tue ye nizam… tersenyum cik tom baca.. ciktom kagum dgn gaya penulisan nizam..mmg unik n best. =)
wahh, bersemngat plak baca post cik tom =’) huhu, insyaAllah segala nasihat cik tom saya akan jdikan pegangan..huhu
ade kontest nnt free2 saya join ~,~ teringin nak kna review ngn cik tom huhu…
jom join GA cik tom ye yunk..
tahniah..meme ciktom antara blogger terbaik. moga bertabah success di ulang tahun ke3 nnt
mudah2an masin doa nazri..amin..
wah…tahniah….cuba bayangkan wajah comel budak pompuan2 tahun….rasa nak cubit2 je pipi dia..hihi
tq kak jie.. ish jgn la cubit..malu..hehe
Hoho, ketagihan berblog ya. Hmm, yang selalu merunsingkan ialah, nak berblog, idea tak datang pula. 😀
kalau xde idea jawabnya ciktom tak update blog la..hehe
Selamat menyambut ulang tahun ke 2 kepada Cik Tom. 🙂
tq bro azrin.
tahniah ciktom,. saya suka blog ni,. 😀
tq jaerul.. hehe
Tahniah ciktom , selamat ulang tahun ke 2 🙂
thanks akak sayam..
Selamat ulang tahun yang kedua untuk blog Cik Tom…. 🙂
tq dear..jgn lupa join GA ciktom.
(menyanyi dengan penuh semangat)
happy besday blog ciktom… happy besday blog ciktom… happi besday, happy besday, happy besday blog ciktommmmmmmmmm.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umor – khas buat tuan blog dan blonya sekali…
thanks… terharu pulak.. hehe
Wahhh dah 2 tahun ke blogging??pengalaman mcm belasan tahun dah..hehe..
haha.. baru 2 tahun la..
Dah 2 tahun domain ni yer….blogger byk datang dan pergi – biasalah tu.
domain xcukup lg 2 thn..akhir thn ni br cukup..hehe… tp blog ni dh cukup 2thn.. yup blogger dtg n pergi..
Eppy 2nd anniversary utk blog cik tom..semoga iktan yg terjalin antara kita selama kita berblogging akan berkekalan sampai bila2..insya Allah
insyaAllah semoga ikatan kita sesama blogger tak terputus n berkekalan sehingga diluar blog..amin
wah tahniah ye cik tom,skrg busy mmg jrg dpt bw.masa mula2 blogging cukup suka sggh blog ni sbb cik tom rajin bkongsi idea dan tutorial…tqvm tau!!!
thanks sis… jom join GA cik tom ye…
Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun ke-2 untuk blog Cik Tom. Semoga mencapai apa yang diingin dalam dunia blogging.
amin..thanks akak =)
tahniah ciktom…satu pencapaian yang sangat hebat….
tq daddydee…
tq..pencapaian biase je ni..
assalamualaikum..
selamat ulangtahun kedua blog ciktom..act, kagum dngan semangat &kesungguhan ciktom dalam dunia blog ni..teruskan menulis entri yg best2 yer..:)
wslm… terima kasih intan.. insyaAllah selagi diberikan peluang akan terus menaip di blog.
tahniah ciktom.. blog kita sebaya
owh aah rs mcm lbh krg.. eiela pnye blog bila?
Terbaiklah. Cik tom. Selamat ulangtahun ke2. Semoga terus sukses dalam dunia blogging dan jangan lupa PH k.
thanks PH.. sepatutnya ciktom yg ckp mcm tue kat PH.. jgn lupakan cik tom ye..
tahniah ciktom..haha… ! all the best ya
tahniah cik tom.. baru 2 tahun rupanya.. ingatkan dah berpuluh puluh tahun. hehe
Tahniah cik tom. 2 tahun bagi byk blogger satu tempoh ujian. Ada yg kekal dan ada yg timbul tenggelam.
Ciktom nampaknya terus komited. Mmg kagum ambe ngn cik tom ni.
Tahniah yer =)
Dalam diam je dah 2 tahun ye..
Assalamualaikum.
Titan bagi preview yang hebat pasal cik tom di blognya. Saya orang baru di dunia ni. Sila tunjuk ajar. 🙂