Pahit Manis Hidup Berblog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kehidupan berblog ini samalah juga dengan lumrah kehidupan seharian kita yang pasti ada pahit manisnya. Yang pahit menjadi penambah perisa dalam kehidupan berblog. Kemanisan pula penambah semangat untuk terus rancak memeriahkan dunia blog.

Permulaan cik tom berblog ialah 15 Julai 2010 dengan mengunakan nama blog “Tomato Gurl’s Life” yang menggunakan platform blogspot. Kenapa tomato?? sebabnya cik tom memang suka sangat makan buah tomato semenjak dari sekolah. Nickname cik tom pun singkatan dari “cik tomato” kepada “cik tom”. Pada permulaan cik tom berblog serius zero pengetahuan pasal blog. Tak tahu apa pun pasal blog ni. Tapi terpengaruh nak buat blog bila tengok adik rajin update blog. Memang blur giler masa tue sama je macam muka baby ini. Blur bila mana tak tahu nak mula dari mana. Cik tom seperti bayi yang cuba untuk belajar semua perkara baru di dunia blogging. Bukan je kering idea tapi takde idea langsung!

***********************************************

Dari awal berblog memang di akui perjalanan dunia blogging cik tom tak seindah atau selancar mana. Selalu sahaja ada perkara yang tidak kena di pandangan blogger lain. Selalu kena kondem dengan bahasa kasar. Yelah budak baru belajar banyak perkara tak tahu kan. Patah semangat?? Yup memang down giler masa tue sampai makan tembikai banyak2 sebab nak release tension. Nape tak makan tomato?? Sebab masa tue harga tomato naik so inisiatif makan tembikai la jawabnya. Hehe…

***********************************************

Tapi alhamdulillah cik tom masih dikurniakan kawan-kawan blogger yang sentiasa bagi moral support untuk cik tom berblog. Sentiasa saling bantu membantu tanpa mengira blogger baru atau lama, bangsa dan agama. Di sini segala persahabatan yang bersemi berpaksikan pada ketulusan hati. Mereka bagi semangat untuk cik tom belajar tentang dunia blog. Bereksperimen try dan error dengan blog. Persahabatan di blog diteruskan sehingga di luar blog. Cik tom pernah jumpa blogger lain ketika gathering blogger di terengganu antaranya ben ashaari, shafiq@iniwootwoot, iqbalhakimi, tok esah, puteriiqaizyan dan ramai lagi [hanya senaraikan beberapa nama].

***********************************************

Dulu kalau sesiapa copy paste entry cik tom mesti cik tom akan rasa geram dan termenung tapi sekarang bagi cik tom semua itu dah tak penting. Baik teruskan hidup dengan gembira dan anggap itu semua pahala MLM. Selain itu, blog cik tom pernah juga “tegang” berbalas entry dengan beberapa blogger dalam dunia blogging akibat salah faham. Semua itu silap cik tom juga tak nak mengalah masa itu serta tidak fikir panjang dalam buat keputusan. Sekarang cik tom akan fikir dulu baik dan buruknya sebelum buat apa-apa perkara dan yang paling penting jangan mudah melenting.

***********************************************

Sekali dah terjangkit penyakit gila berblog pasti susah nak berhenti walaupun mood berblog ada pasang surutnya. Boleh dikatakan matlamat cik tom berblog sentiasa berubah. Matlamat terkini cik tom berblog nak kongsikan entry yang bermanfaat kepada kawan serta pelawat blog dan jana pendapatan sampingan dari blog. Semoga segala entry yang cik tom kongsikan dapat membantu sesiapa diluar sana dan ini salah satu bahagian bekalan cik tom dari blog bukannya berblog untuk mendedahkan aib orang lain. Selama mana cik tom nak berblog?? InsyaAllah cik tom akan berblog selagi mampu dan diizinkan oleh-NYA. Berblog ini banyak mengajar erti kesabaran, kerajinan, persahabatan dan nilai etika kemanusiaan dalam kehidupan cik tom.

***********************************************

Artikel ini adalah penyertaan cik tom bagi Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

58 thoughts on “Pahit Manis Hidup Berblog

  • May 25, 2012 at 8:09 am
    Permalink

    tiba2 teringat masa mula2 berblog dlu. hihi.. kelakar pun ye jugak.. tulisan yang diguna entah apa2. siap kaler2 lagi. haha.. 😛

    good luck cik tom. kalau menang rm50 tu, belanja KFC satu bucket pun okay dah. lalala~

    Reply
    • May 25, 2012 at 11:32 pm
      Permalink

      ingat sebab cik tom ada baca entry awal2 asada..hehe…
      nak suh belanja kfc boleh je..
      mai jalan ganu minggu ni..
      offer utk minggu ni je..hehee

      Reply
  • May 25, 2012 at 9:16 am
    Permalink

    yeala………..masing2 ada pahit manis berblog..
    tapi nic CIK TOM tue kiut sangat

    Reply
    • May 25, 2012 at 11:31 pm
      Permalink

      jomlah join juga ga ni..thanks cik mala…hee

      Reply
  • May 25, 2012 at 10:26 am
    Permalink

    Makan tomato byk kulit cantik…banyak pengalaman Cik Tom yer he3..

    Reply
    • May 25, 2012 at 11:20 pm
      Permalink

      rasanya pengalaman bro azman lagi banyak berblog dari cik tom..cik tom baru bertatih..hee

      Reply
  • May 25, 2012 at 1:12 pm
    Permalink

    entry yang menarik sekali.. blogging ni sama juga dengan kita bekerja diluar.. perlukan pengorbanan. selamat berjaya untuk contest Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012

    Reply
    • May 25, 2012 at 11:11 pm
      Permalink

      yup blogging ini lebih kurang sama juga dgn hidup bekerja diluar cuma beza sini alam maya..tekanan kurang sikit..

      Reply
  • May 25, 2012 at 1:58 pm
    Permalink

    berblog nie ingatkan senang rupanya macam2 cabaran jugak ea.. tp xpaa bila dah ada blogger yg berpengalaman boleh lar rujuk, macam ciktom.. hehe.. tapi merasai pengalaman itu sendiri lebih berbaloi kan..

    goodluck ciktom!! =)

    Reply
    • May 25, 2012 at 10:39 pm
      Permalink

      ada juga yang berblog mudah.. cik tom je kot ada cabaran sikit…hee
      thanks husna..

      Reply
    • May 25, 2012 at 10:38 pm
      Permalink

      thanks azim..same goes to u too..happy blogging.

      Reply
  • May 25, 2012 at 4:11 pm
    Permalink

    selamat berblog cik tom..sy pernh masuk blog cik tom yang tomato tu.masih ingat sy lagi tak ngheeeee

    Reply
    • May 25, 2012 at 10:37 pm
      Permalink

      eh ye ke suri?? cik tom lupa pulak kalau suri pernah masuk masa blog tomato dulu2..hee

      Reply
  • May 25, 2012 at 5:29 pm
    Permalink

    Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza ada yang sukar dan ada yang mudah.

    Reply
    • May 25, 2012 at 10:36 pm
      Permalink

      setiap orang memang berbeza pengalaman..pengalaman itulah lagi mematangkan diri kita..

      Reply
  • May 25, 2012 at 9:58 pm
    Permalink

    Ini mcm contest ben ashaari time 2010 je kan. Hehehe
    Cik tom lebih kurang je kita bergiat dalam dunia blogging ni.

    Reply
    • May 25, 2012 at 10:35 pm
      Permalink

      kuat daya ingatan ye..aah cuma edit2 ikut perkembangan terkini..

      Reply
  • May 26, 2012 at 12:06 pm
    Permalink

    a’a la, macam-macam dugaan berblog, ada pahit ada manis, macam kitaran hidup jugak. gud luck ye

    Reply
    • May 29, 2012 at 1:10 am
      Permalink

      yup pengalaman berblog ni sama je macam hidup biasa.. thanks

      Reply
  • May 26, 2012 at 12:38 pm
    Permalink

    setiap blogger melalui pengalaman yg unik.. 🙂

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:56 am
      Permalink

      yup..pengalaman yang menjadikan blogger makin matang dan tahan cabaran.

      Reply
  • May 26, 2012 at 1:27 pm
    Permalink

    Berblog ni kena sabar, rajin baik dgn semua org…lama juga tu cik tom…2010…dh 2 taun dh tuu

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:55 am
      Permalink

      bulan 7 lg mmg dah 2tahun berblog..hehe… yup berblog ni kena bina silatrurahim sesama blogger..

      Reply
  • May 26, 2012 at 3:44 pm
    Permalink

    Lama juga kita kenal , dr zaman blogspot lagi kan , dulu akk selalu ikut tutorial di blog ciktom hehehe

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:49 am
      Permalink

      cik tom ingt akak antara blogger terawal yg cik tom kenal..dr sm2 blogspot smpi tukar ke wp..hee

      Reply
  • May 26, 2012 at 10:00 pm
    Permalink

    memang banyak asam garam dalam setiap bidang yang kita ceburi
    blog pun sama
    moga2 kita tak nyusahkan orang dn orang juga tak susahkan kita
    hehe

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:28 am
      Permalink

      ye ke?? touching2… suka2.. thanks juan 🙂

      Reply
  • May 27, 2012 at 6:37 am
    Permalink

    sejak blogging..
    masalah saya ialah suka cakap dengan bahasa yang agak kasar..
    budak baru blogging kan…hehe
    ye lah kot, sebab ada blogger yang tak suka ngn saya..hehe

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:25 am
      Permalink

      ye ke bahasa kasar?? cik tom tgk ok je cam blogger lain..

      Reply
  • May 27, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    mula2 berblog dulu semua benda nak isi lagu la
    salji berterbangan lah…
    kalau diingatkan kelakar jugak

    Reply
    • May 29, 2012 at 12:06 am
      Permalink

      hehe… cik tom byk jgk xwidget2 kt blog..rs best je bl tgk kartun.. biasalah berblog semua menda nak letak..

      Reply
  • May 27, 2012 at 12:57 pm
    Permalink

    Memang susah nak hidup senang..haha..kena lalui pahit dulu..baru bermakna hidup ni..sy skrg tgh hadapi masalah traffic..masalah penlisan yang tak seceria mana. haiya sukar nya untuk menulis biar ayat tu tersusun dan sedap mata membacanya..TQ buat cik tom dan semua kerana sudi singgah di pondok kecil. hehe..

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:56 pm
      Permalink

      kenapa dgn masalah trafik?? cik tom rs ok je entry hafizul.. xpe ciktom mula berblog lg teruk entry..entah apa2..kita belajar n perbaharui cr menulis smpi rs best ye..thanks juga bt hafizul yg sudi singgh di blog ciktom.com.

      Reply
  • May 27, 2012 at 8:15 pm
    Permalink

    tq cik tom kerana join contest saya

    Reply
  • May 28, 2012 at 4:48 pm
    Permalink

    Terbaik Cik Tom. Macam baca kesimpulan bagaiman Cik Tom bermula dalam arena blogging ni. Byk kisah menariknya =)

    Moga blog ni dan Cik Tom jugak akan kekal ceria sokmo.

    Selamat berjaya jugak utk GA ni 😀

    Reply
    • May 28, 2012 at 11:11 pm
      Permalink

      thanks bro hafiz.. ini kesimpulan ringkas perjalanan cik tom blogging..kalau cerita panjang 10 entri pun xabis kot.. kena buat bersiri.. hehe..

      Reply
  • May 29, 2012 at 12:55 pm
    Permalink

    itu la..sekarang nampaknya ciktom dah kembali aktif..wellcome back!!

    Reply
  • June 1, 2012 at 10:42 am
    Permalink

    owhoo..suka mkn tomato rupanya..ehehe…perkongsian yg menarik..
    hurm.ada juga yg kondem cik tom….alhamdulillah.setakat ni chii x pernh bertemu lg ngn org2 cmni..harap2 xde la..ehehe

    anyway.all the best

    Reply
    • June 6, 2012 at 9:41 pm
      Permalink

      thanks chii… aah banyak kot kena kondem dr awal berblog..hehe

      Reply
  • June 6, 2012 at 11:48 am
    Permalink

    Tahniah cik tom…hadiah tu mesti nak beli alat make up ni…hehe

    Reply
    • June 6, 2012 at 5:22 pm
      Permalink

      heheh..cik tom xpakai alat make up..buat guna bayar sewa rumah..hehe..

      Reply
  • June 8, 2012 at 10:26 am
    Permalink

    betul sgt cik tom , ada pasang surut nya berblog ni , yang penting kesabaran 🙂

    Reply
    • June 10, 2012 at 1:14 am
      Permalink

      yup mmg berblog ada time semangat ada timenya down.. sarah ada blog? xmasukkan pun link blog dalam komen.

      Reply
  • August 10, 2012 at 7:15 am
    Permalink

    nak baca blog adik ciktom. hehe. mesti segempak ciktom.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!